Font size: +
6 minutes reading time (1144 words)

KENAPA KANAK-KANAK ZAMAN NABI ﷺ HEBAT?

Islam hebat di zaman Nabi ﷺ sebab hebatnya kanak-kanak. Mereka hebat masa kanak-kanak, bukan masa tua.

Dalam sebuah hadis daripada Jundub bin Abdullah, beliau berkata:كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌وَنَحْنُ ‌فِتْيَانٌ ‌حَزَاوِرَةٌ، فَتَعَلَّمْنَا الْإِيمَانَ قَبْلَ أَنْ نَتَعَلَّمَ الْقُرْآنَ، ثُمَّ تَعَلَّمْنَا الْقُرْآنَ فَازْدَدْنَا بِهِ إِيمَانًا»

"Dahulu saat kami masih kanak-kanak bersama Rasulullah ﷺ, kami belajar iman sebelum belajar Al-Qur'an. Setelah itu, baru kami belajar Al-Qur'an. Sehingga iman kami pun semakin bertambah kuat." (HR. Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albaniy)

Hadis ini, kata Jundub bin Abdullah masa tu kami remaja (وَنَحْنُ ‌فِتْيَانٌ ‌حَزَاوِرَةٌ). Mereka hebat sebab apa? Siapa bersama mereka? Nabi Muhammad ﷺ.Dan Nabi ﷺ bersama kanak-kanak dan remaja pada zaman baginda, bukan sekali seminggu, bukan sekali sebulan, bukan masa perkhemahan tapi Nabi ﷺ sentiasa bersama mereka.Jadi, pengajarannya apa?

1) Orang yang hebat kena banyak masa dengan kanak-kanak, bukan banyak masa dengan orang tua. Nabi Muhammad ﷺ hebat tapi banyak masa Nabi ﷺ bersama kanak-kanak.

2) Nabi ﷺ ajar Al-Quran.Bila Nabi bersama kanak-kanak Nabi ﷺ ajar Al-Quran, Nabi ajar iman sehingga iman anak-anak ini semakin bertambah, semakin mantap.Cuba kita tengok sekarang, ustaz-ustaz yang hebat ada tak kelas khas bersama kanak-kanak?Tak ada kan.Kebanyakan ustaz bersama mereka siapa? Atuk kanak-kanak tu. Kan?Jadi, bila atuk kanak-kanak, apa yang atuk boleh buat? Nak suruh pergi berdakwah? "Atuk tak larat dah. Mata pun dah rabun."Nak suruh menyampaikan?"Atuk lupa. Belajar satu minit, minit kedua dah lupa."Betul kan?

Islam ini satu amanah yang besar dan berat. Tengok strategi Nabi ﷺ. Banyak masa Nabi ﷺ bersama kanak-kanak. Sebab itu kanak-kanak zaman Nabi ﷺ, umur 14 tahun dah berebut nak pergi berperang.Bukan nak pergi bermain, bukan nak kahwin, bukan nak pergi berkelah tapi nak pergi berperang, nak mati syahid!Sebab orang yang hebat bersama mereka ialah Nabi ﷺ ketika mereka masih kanak-kanak.Tapi perkara ini sekarang macam tak berlaku. Kalau tengok kelas agama, cuba cari ada tak kanak-kanak?Tak ada. Kalau ada pun lepas kelas sebab ada makan. Itulah budaya kita.Ini satu ketempangan yang sangat-sangat dahsyat.

Saya sebutkan isu ini sangat berat kenapa?Sebab ramai orang yang mengajar orang dewasa, orang tua. Tapi yang banyak rosak di luar siapa?Orang muda!Jadi, zalim tak kita? Kita duk mengajar orang tua tapi yang duk rosak di luar sana, anak-anak muda.Dengan sistem pendidikannya, dengan kawan-kawannya, mereka duk rosak kat luar. Kita duk mengajar orang tua? Betul tak? Betul kan?Betul tapi tak betul.Dia mengajar orang tua, baca kitab, tengok-tengok budak sekolah rogol kawan dia kat sekolah.Bila masuk sekolah menengah, dia baca kitab lagi. Tengok-tengok, budak sekolah bunuh kawan dia. Dia baca kitab lagi. Tengok-tengok kawan ni bunuh isteri pulak.Dia baca kitab lagi.Patut tak?Tak patut.Jadi, ini budaya yang patut kita ubah. Kena ada anjakan paradigma. Jangan ikut cara tradisional kita iaitu bila kelas agama je, orang tua. Bila kuliah je, orang tua.Budak-budak entah ke mana.Budak-budak itulah yang akan merosakkan masyarakat. Bukan masa dia dewasa tapi masa kanak-kanak.Masa sekolah dah pukul kawan.Masuk universiti bunuh kawan.Kita duk baca kitab kat dalam masjid.Tak. Itu bukan cara Nabi ﷺ.

Tengok kata Jundub bin Abdullah (dalam hadis ini), "Kami bersama Rasulullah ﷺ."Logiknya Nabi ni orang yang paling hebat, orang yang paling mulia, pemimpin negara! Sepatutnya tak duduk dengan kanak-kanak. Betul tak?Tapi tak. Salah tu.Orang yang hebat, orang yang bertakwa, lagi dia hebat, lagi dia bertakwa, lagi dia pemimpin, lagi dia kena duduk dengan kanak-kanak sebab kanak-kanak inilah yang akan mencorak masa depan masyarakat dan negara.Jadi, kena tukar cara pendidikan kita. Ajar agama, ajar akidah, ajar Al-Quran, kena lebih fokus pada kanak-kanak. Sebab kanak-kanak ni bila dapat Al-Quran dia akan jadi orang yang hebat.Dia ada tenaga luar biasa dan ada keberanian luar biasa untuk menyampaikan kepada sesiapa dan bila-bila masa.Tapi kalau orang tua, dia terhad."Pak cik kalau nak berdakwah tak boleh tapi kalau pergi ke Bali, OK." 

Tengok Abdullah bin Abbas. Dia digelar hibru al-ummah (dakwat umat) kerana ilmunya terlalu banyak dan hebat. Kalau kita buka tafsir Al-Quran, mesti ada kata-kata Abdullah bin Abbas.Abdullah bin Abbas ni dapat ilmu daripada Nabi ﷺ. Dia jadi hebat sebab ilmu daripada Nabi Muhammad ﷺ.Mungkin ketika ini umurnya 8 tahun. Tapi ilmunya sampai kepada kita.Siapa yang pindahkan ilmu tu?Ni budak ni. Yang umurnya 8 atau 9 tahun.Tapi tahu tak masa Nabi ﷺ wafat, berapa umurnya?10 tahun. Cuba bayangkan umurnya 10 tahun tapi dia boleh jadi hebat. Logiknya kalau Nabi ﷺ wafat masa umur dia 10 tahun, dia belum sempat dapat apa-apalah kan?Tapi dalam masa umur dia 10 tahun tu macam-macam dia dapat daripada Nabi ﷺ walaupun umurnya masih remaja dan masih mentah.Apa antara yang Nabi ﷺ ajar pada Abdullah bin Abbas? 

Kata Nabi ﷺ,يا غُلاَم ، إِنّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَات"Wahai budak, aku nak ajar kamu beberapa kalimat." Nabi nak ajar akidah. Akidah apa?احْفَظِ اللّه يَحْفَظْكَ Kalau kamu nak selamat dunia akhirat, bukan kamu kena bekerja keras, bukan kamu kena cemerlang akademik, bukan kamu kena cari rezeki tapi kalau kamu nak selamat dunia akhirat kamu kena jaga Allah!Macam mana nak jaga Allah? Adakah Nabi ﷺ ajar, kamu jaga Allah, Allah jaga kamu, lepas tu Nabi ﷺ tak ajar dah?Tak! Nabi ajar seterusnya bagaimana cara nak jaga Allah supaya Allah jaga kita. Maka Nabi ﷺ ajar Al-Quran kepada Abdullah bin Abbas sehingga dia menjadi antara pentafsir di kalangan sahabat yang paling hebat.

Sebab apa?Sebab dia diajar oleh Nabi ﷺ.Dan kita tahu tak Nabi ﷺ ajar Abdullah bin Abbas di mana?Di atas unta.Walaupun di atas unta tapi ilmunya sampai kepada kita.Tapi berapa ramai yang duk belajar dalam masjid (bukan atas unta pun), berpuluh-puluh ustaz setiap bulan, bermacam-macam kitab, bertahun-tahun tapi ilmu itu sampai tak kepada kita?Dalam rumah sendiri pun kadang-kadang tak sampai.Abdullah bin Abbas beza dengan kita 1,400 tahun yang lepas tapi hadis yang Nabi ﷺ ajar pada dia sampai kepada kita.Subhanallah! Apa sebabnya?1) 

  • Pertama, yang mengajarnya hebat iaitu Nabi 
  • ﷺ.2) Kedua, yang Nabi ﷺ ajar adalah budak. Fresh!Kalau Nabi ﷺ ajar Abdullah bin Abbas, masa tu umur Abdullah bin Abbas 90 tahun, sampai tak hadis tu kepada kita?Tak sempat sampai.Maknanya kalau nak ajar, kena pilih yang muda, yang kuat ingatan, yang fresh dan tak ada jerebu dalam hati dia.
  • 3) Ketiga, Nabi ﷺ bukan ajar sekali. Abdullah bin Abbas istiqamah belajar dengan Nabi ﷺ. Tapi Nabi hidup bersama kanak-kanak!

Kita kadang-kadang bukan setakat tak mengajar tapi tak bersama kanak-kanak.Kadang-kadang ustaz tak mesra kanak-kanak. Budak-budak nak pergi kat ustaz pun takut."Ustaz ni tak boleh. Dia dengan orang-orang tua je. Geng-geng dia je."Jadi, cara kita bukan cara Nabi ﷺ. Nabi sangat mesra dengan kanak-kanak. 

Rasulullah ﷺ, pemimpin, ketua negara tapi mesra kanak-kanak.Jadi kanak-kanak kita macam mana nak jadi baik bila mereka jauh daripada Al-Quran, jauh daripada masjid, jauh daripada pendidikan yang benar? Saya rasa berdosa tapi saya rasa yang duduk mengajar kat masjid je ni lagi besar dosanya sebab asyik duk mengajar kat masjid je, asyik duk mengajar orang tua je.Yang duk rosak kat luar ni, budak-budak. Yang akan jadi remaja dan dewasa. Kamu tak peduli langsung.Di mana rahmat kamu?Wallahu a'lam. 


Ustaz Abdul Muien Abd Rahman
Ghulam Al-Dakwah 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Ease the Path for Others, and Allah Will Ease Your...
Erti Jiwa Merdeka

Related Posts

 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Monday, 16 September 2024