Misi Kemanusiaan

Bantuan Banjir Chenor 2.0

Untuk kali yang keduanya Yayasan Kebajikan At-Tibyan turun sekali lagi (selepas tahun 2014) ke Chenor Seberang bagi membantu , membersih dan memberi bantuan tenaga, keperluan makanan, pakaian dan wang tunai kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR

Untuk kali yang keduanya Yayasan Kebajikan At-Tibyan turun sekali lagi (selepas tahun 2014) ke Chenor Seberang bagi membantu , membersih dan memberi bantuan tenaga, keperluan makanan, pakaian dan wang tunai kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.

Banjir kali ini adalah antara yang terburuk dan terkesan sepelas 7 tahun. Rata-rata keseluruhan kampung-kampung dilimpahi air Sungai Pahang kira-kira 10 - 15 kaki melepasi paras siling dan bumbung. Kesan banjir mengakibatkan limpahan selut 6 inci hingga 12 inci di jalan dan pekarangan rumah. Rata-rata semua barang dan kelengkapan rumah musnah. Sebahagian penduduk dipindahkan ke lokasi perpindahan banjir di kawasan selamat, selebihnya ada yang tinggal di loteng masjid (yang paling tinggi di bawah bumbung) dalam tempoh 5 hari. Mereka semua "bertapa" sementara berbekalkan Beras dan beberapa sarang telur sebagai bekalan makanan di loteng masjid ujar Encik A'asri yang merupakan anak jati kampung tersebut.

Yayasan Kebajikan At Tibyan (YKA) diketuai oleh Tuan Raja Badreen selaku ahli Lambaga Pengarah YKA, membawa 40 orang termasuk team dari Drug Intervention Community Pahang ( DIC Pahang) bertolak jam7.30 pagi dari Kuantan didalam mencapai misi ini. Memfokuskan kepada membersihkan dalaman bangunan dan luaran Ribat At TaufiQ, yang merupakan salah satu sekolah pondok di Chenor.

Operasi bermula jam 10 pagi berakhir jam 2 petang sebelum semua sukarelawan dijamu makan tengahari di rumah Dato' Abdul Ghani bin Sulaiman yang merupakan mantan SS Kerajaan negeri Pahang yang juga merupakan Pengarah / Timbalan Pengerusi Yayasan Kebajikan At Tibyan.
Di segmen acara yang berlainan , pihak YKA juga menyalurkan sumbangan barangan makanan , barangan dapur, pakaian, toto dan Wang Tunai kepada para penduduk di sekitar pondok Ribat At TaufiQ yang terkesan oleh banjir. Penyampaian dan agihan disempurnakan oleh Saudara Zulkhairi Md Ghani, Mohd Nasir Mohd Taib, Zailan Bin Sudin, Fitri Mokhtar, Arief Mokhtar dan beberapa individu lain yang turut menyertai misi ini.

Penghargaan juga untuk AL BAITY FOOD MARKET didalam menyumbang beras untuk diagihkan kepada para penduduk kampung. Sebelum berangkat pulang, Dato' Abdul Ghani Sulaiman melengkapkan agenda rasmi menyampaikan amanat dari Pengerusi YKA, Dato' Zulkifli bin Jaafar untuk menyampai cek sumbangan YKA kepada Mudir Ribat At TaufiQ , Ustaz Rujhan bagi kos pembaikanpulihan dan pembelian kitab ribat. Turut menyumbang Encik Azim ( Darulkitab.com.my ) dan Encik Khairul Anuar Bashir dari pihak LKPP Property Sdn Bhd yang turut sama menzahirkan program kali ini.
Pihak YKA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua team sukarelawan, syarikat dan individu-individu yang menyumbang tenaga dan Wang Tunai bagi melengkapkan MISI BANTUAN BANJIT 2.0 CHENOR, PAHANG tahun 2021.
Image
Image
Image
Image
Image