Hari Arafah, persamaan yang ramai tak sedar

 Padang Arafah ni mengingatkan kita tentang padang mahsyar. Tempat semua manusia dihimpunkan depan Allah tanpa beza pangkat, darjat, kaya atau miskin. Raja, menteri, orang biasa, semua sama sahaja. Dekat Arafah kita masih berpakaian, masih ada dunia. Tapi di padang mahsyar nanti keadaan manusia bergantung pada amalan masing2. Ada yang dimuliak...

Continue reading
  55 Hits

Nak buat apa je awal bulan Zulhijjah ni?

 Bila masuk je 10 awal Zulhijjah, ramai mula share posting3 galakan berpuasa. Tapi, kita boleh ke puasa 1-9 zulhijjah, sebab rasanya tiada hadis jelas yang kata nabi berpuasa pada masa tu. Ustaz Muein jawab, boleh. Sebab kita ikut sunnah Nabi dari sudut galakan dan perkataan baginda tentang kelebihan hari-hari ni. Ustaz juga pesan kalau tak ma...

Continue reading
  59 Hits

Awal Zulhijjah

 Nabi SAW sendiri kata: "مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ"Tak ada hari yang amal soleh padanya lebih Allah cintai daripada 10 hari ni. Bayangkan, Allah paling suka amal kita waktu ni. Pahala besar. Opportunity besar. Tapi ramai terlepas sebab kita rasa macam hari biasa je. ...

Continue reading
  57 Hits

Menjejak Generasi 'Gelek': Mengapa Skor KAFA Belum Cukup Menyelamatkan Anak Kita?

Menjejak Generasi 'Gelek': Mengapa Skor KAFA Belum Cukup Menyelamatkan Anak Kita? Bayangkan kita membeli sebuah perkakas dapur yang sangat canggih dan mahal. Di dalamnya ada cip komputer, skrin sesentuh, dan pelbagai fungsi kecerdasan buatan. Apabila dibawa pulang, kita hanya menggunakannya sebagai pengganjal pintu rumah. Bunyinya kelakar dan tidak...

Continue reading
  117 Hits

Cegah Maksiat Itu Tanda Kasih Sayang

Baru-baru ni timbul isu pesta air di KL yang jadi perbincangan ramai orang. Ada yang nampak ramai muslim buat posting, tegur, nasihat dan kempen supaya muslim tak pergi. Ada pula yang anggap semua ni terlalu busybody. Tapi kalau kita faham konsep amar makruf nahi mungkar dalam Islam, sebenarnya teguran tu lahir daripada kasih sayang sesama muslim. ...

Continue reading
  94 Hits

"Ala benda kecil je pun"

Semua anak Adam tak akan lari daripada dosa. Itu memang fitrah manusia sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Kita bukan malaikat yang maksum, yang tak pernah buat salah. Kita manusia, ada nafsu, ada keinginan, ada kelemahan. Tapi yang cantiknya dalam Islam, Allah tak nilai kita pada "pernah buat dosa atau tidak", tapi bagaimana kita respon selepas kita ...

Continue reading
  104 Hits

Kenapa kena berdoa lagi? Bukan semuanya dah ditetapkan ke?

Pernah tak kita terfikir, kalau semua benda dalam hidup ni dah ditetapkan oleh Allah, kenapa kita masih perlu berdoa? Soalan ni nampak simple, tapi sebenarnya menyentuh cara kita melihat hubungan dengan Allah. Dalam Islam, kita memang percaya kepada takdir. Tapi dalam masa yang sama, Allah juga ajar kita tentang konsep asbab, iaitu sebab atau jalan...

Continue reading
  105 Hits

Bersyukur bukan sekadar cakap Alhamdulillah

Selalu bila sebut pasal syukur, kita terus bayangkan ucapan "Alhamdulillah". Memang betul, lidah yang memuji Allah itu satu bentuk syukur. Tapi syukur yang sebenar jauh lebih besar daripada sekadar sebutan. Syukur yang sebenar ialah bila kita guna nikmat itu dengan cara yang Allah suka.Kalau Allah bagi kita duit, syukur bukan hanya cakap "Alhamduli...

Continue reading
  97 Hits

Kelas Tadabbur Muslimat: Surah At-Takathur Ayat 6–8

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita terlalu sibuk kejar banyak benda sampai tak sedar kita sebenarnya sedang penat dengan dunia. Hari-hari fikir pasal kerja, duit, commitment, target, masa depan, comparison dengan orang lain dan macam-macam lagi. Kita rasa hidup akan okay bila "nanti" semua benda dah cukup. Nanti bila gaji naik. Nanti bila rumah leb...

Continue reading
  136 Hits

Ramadan Datang Setiap Tahun Tapi Kenapa Kita Masih Sama

Ramai orang perasan satu benda setiap kali Ramadan datang. Bila tiba Ramadan, terutama awal Ramadan, masjid penuh, Al Quran dibaca sampai mampu khatam sehari 1 juzuk sebab ada target nak khatam 30 juzuk dalam sebulan, hati rasa lembut. Tapi peliknya bila Ramadan berlalu, suasana itu hilang perlahan-lahan. Ibadah yang dulu terasa ringan jadi berat s...

Continue reading
  135 Hits

PUASA TAPI TAK SOLAT...

Kadang kita nampak orang semangat puasa. Sahur bangun, siang tahan lapar, petang tahan godaan makanan, memang nampak struggle yang real. Tapi bila masuk waktu solat, dia tinggal macam tu je. Keadaan ni ibarat kita kumpul duit penat-penat, tapi dompet bocor. Kita rasa dah banyak simpan, rupanya senyap-senyap habis. Rugi tanpa sedar.Realitinya, puasa...

Continue reading
  227 Hits

Tanda amal diterima

 Pernah tak lepas kita buat satu benda baik, tiba-tiba rasa tenang dan ringan. Pastu dalam hati terdetik macam nak buat lagi. Contohnya lepas solat , rasa nak tambah lagi solat sunat dua rakaat. Lepas sedekah sikit, rasa macam tak puas, nak sedekah lagi. Sebenarnya itu antara tanda yang sangat cantik. Ulama kata, bila lepas buat amal...

Continue reading
  235 Hits

Tadabbur Surat Al-Fil ayat 1

Surah al-Fil ayat 1 mengajak kita merenung satu cerita ttg tentera bergajah yang gagah dan menakutkan dikalahkan oleh burung-burung kecil. Tapi bila Allah tanya "Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Tuhanmu bertindak terhadap tentera bergajah?" sebenarnya Allah bukan suruh kita kagum pada burung atau batu. Allah suruh kita berfikir tentang siapa di...

Continue reading
  250 Hits

2 NIKMAT YANG SERING MANUSIA LUPA

Alhamdulillah hari ni dapat temankan salah seorang asnaf untuk appointment di hospital. Sambil duduk tunggu giliran, teringat satu hadis Nabi SAW yang simple tapi sangat kena dengan hidup kita. Nabi kata ada dua nikmat yang ramai manusia selalu lupa ialah nikmat sihat dan nikmat masa lapang. And honestly, it makes so much sense. Sebab bila kita sih...

Continue reading
  296 Hits

Kejayaan Sebenar

Masuk je tahun baru, ramai yang share macam-macam pencapaian.Career naik, target tercapai, hidup nampak makin "on track". Tapi pernah tak kita tanya, apa sebenarnya maksud berjaya dari perspektif Islam? Allah jawab terus dalam Al-Quran, dalam Surah al-Mu'minun (23:1-11). Allah sebut:"Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman."Dan ciri pertama yan...

Continue reading
  248 Hits

Banjir 2025

Kuantan 2025 - Setiap kali musim hujan tiba, penduduk2 Pantai Timur dah mula nuat persediaan dari segi fizikal dan mental kerana kawsan sini mudah utk naik air. Bagi yang tidak mengalaminya, mungkin sekadar melihat di media sosial. Tetapi bagi yang diuji, banjir bukan sekadar air tapi merangkumi kehilangan, keletihan dan kesabaran yang diuji b...

Continue reading
  236 Hits

Ahlan Syahr Rejab

Bila masuk bulan Rejab, kita sering dengar pelbagai perkongsian tentang amalan-amalan tertentu yang dikatakan khas untuk bulan ini. Hakikatnya, kita tidak dianjurkan untuk mengkhususkan amalan tertentu semata-mata kerana bulan Rejab. Para ulama yang meneliti isu ini menjelaskan bahawa walaupun Rejab merupakan salah satu daripada bulan haram yang mu...

Continue reading
  234 Hits

Adab Dalam Berdoa: Belajar Dari Doa Nabi Ayub

Ramai antara kita berdoa seolah olah sedang memberi arahan. Nada doa penuh tuntutan, kecewa dan keluhan. Kadang kadang doa kita lebih mirip rungutan daripada pengharapan. Sebab itu doa Nabi Ayub sangat bagus untuk direnungi. Di saat baginda diuji dengan sakit yang panjang, tubuh yang lemah dan hampir kehilangan segalanya, cara baginda bermunaj...

Continue reading
  354 Hits

16 Nov - Coretan Street Dakwah

Ramai orang fikir, yang Allah marah ialah orang yang tak tahu agama. Yang jahil, yang tak belajar, yang kosong ilmu.Tapi sebenarnya, dalam Quran Allah mula-mula mengherdik golongan yang lain. Bukan yang jahil, tapi yang berilmu. إِنَّ الَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّ...

Continue reading
  277 Hits

Bila Allah bagi ujian

Kadang kita rasa pelik kan, kenapa hidup ni susah. Kenapa orang lain senang je, rezeki melimpah, sihat tubuh badan. Tapi kita, macam tak habis-habis diuji. Duit tak cukup, kerja penat, badan pun selalu tak sihat. Padahal kita tak buat jahat pun. Tapi sebenarnya, Allah tahu siapa yang sesuai dengan ujian yang Dia bagi.Kalau kita kuat, Allah bagi uji...

Continue reading
  445 Hits