IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
1 minute reading time (246 words)

PUASA TAPI TAK SOLAT...

WhatsApp-Image-2026-02-24-at-9.32.17-AM

Kadang kita nampak orang semangat puasa. Sahur bangun, siang tahan lapar, petang tahan godaan makanan, memang nampak struggle yang real. Tapi bila masuk waktu solat, dia tinggal macam tu je. Keadaan ni ibarat kita kumpul duit penat-penat, tapi dompet bocor. Kita rasa dah banyak simpan, rupanya senyap-senyap habis. Rugi tanpa sedar.

Realitinya, puasa memang ibadah besar. Tapi solat tu asas. Macam rumah, puasa ibarat cat cantik dan hiasan, solat pula struktur tiang dan rangka. Kalau rangka tak ada, hiasan secantik mana pun takkan bertahan. Sebab tu ulama selalu pesan, ibadah bukan soal satu amalan sahaja, tapi kesatuan amalan.

Puasa sebenarnya latihan taqwa. Kita tahan diri walaupun tak ada orang nampak sebab kita sedar dan yakin Allah nampak (so kita buat apa yang Allah suka tinggal apa yang Allah larang). Dan solat pula cara kita respon kesedaran tu. Macam check-in hati dengan Tuhan lima kali sehari. Bila puasa jalan tapi solat tak ada, latihan tu jadi separuh jalan saja.

Ramadan datang setahun sekali, bukan lama pun. Bayangkan orang tunggu peluang besar setahun sekali, tapi bila peluang datang dia buat separuh saja. Buat sambal lewa. Mestilah rasa rugi kan. Sama juga Ramadan. Kita dah tahan lapar seharian, sayang kalau pahala tu tak lengkap sebab solat kita abaikan.

Jadi kalau nak Ramadan kali ni betul-betul bermakna, cuba jaga dua benda ni sekali. Puasa jaga disiplin diri, solat jaga hubungan dengan Allah. Bila dua-dua hidup, barulah ibadah rasa penuh, hati pun rasa tenang, dan Ramadan tu sendiri jadi pengalaman yang betul-betul mengubah diri.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Seminar Panduan Profesional Ejen Korporat Zakat Pa...
Program Agihan Bantuan Asas Awal Ramadan
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Tuesday, 24 February 2026