12 Februari 2026, Yayasan Kebajikan at-Tibyan turut hadir dalam seminar Pemeriksaan Rakan Strategik Panduan Profesional Ejen Korporat bersama pihak ZAKAT. Seminar ni santai je, tapi penuh ilmu dan praktikal untuk semua yang nak faham zakat dengan lebih jelas.
Program bermula dengan pendaftaran jam 9:30 pagi, diikuti ucapan aluan jam 9:55 pagi. Selepas itu, slot pertama ialah Slot Dakwah, di mana peserta diperkenalkan kepada asas zakat harta, pengiraan zakat, dan sesi soal jawab. Dari slot ni, kita dapat belajar benda yang asas tapi penting spt cara kira zakat sendiri, siapa yang layak terima dan kenapa zakat itu bukan sekadar kewajipan, tapi satu ibadah yang membersihkan harta dan hati.
Kemudian jam 11:30 pagi, Slot Perhubungan Awam dan Korporat berlangsung. Di sini peserta diberi panduan tentang program zakat, kaedah bayaran, tuntutan imbuhan, serta perkongsian info wakalah. Banyak tips praktikal yang berguna kalau kita nak jadi ejen atau wakil korporat yang uruskan zakat. Slot soal jawab pula bagi peluang untuk kita tanya secara langsung tentang situasi sebenar yang kita hadapi.
Slot ICT pada jam 12:15 pula tunjuk cara teknologi boleh bantu uruskan zakat dengan lebih mudah dan teratur. Lepas tu, seminar bersurai jam 12:30 tengah hari.
Dari seminar ini, banyak manfaat yang kita boleh bawa balik ke kehidupan harian. Kita bukan sekadar faham teori, tapi belajar secara praktikal tentang tanggungjawab membayar zakat dari macam mana nak kira sendiri, bila perlu bayar, siapa yang layak terima, dan jenis harta yang kena zakat. Semua ini buat kita lebih yakin untuk ambil langkah pertama, tanpa rasa ragu atau keliru.
Selain itu, seminar ini ajar kita perspektif yang lebih luas. Zakat bukan sekadar "wajib bayar", tapi satu amalan yang memberi impak kepada masyarakat. Bila kita keluarkan zakat, kita bantu mereka yang susah (keluarga asnaf, anak yatim, atau golongan miskin). Dengan bantuan itu, dapat ringankan sedikit bebanan mereka. Dalam masa yang sama, kita belajar bahawa duit dan harta yang dikongsi itu bukan berkurang, tapi sebenarnya diberkati.
Seminar juga buka mata kita bahawa zakat boleh jadi pintu rezeki dan keberkatan. Harta yang dibersihkan melalui zakat akan memberi ketenangan hati, mengurangkan rasa tamak dan menjadikan hidup lebih seimbang. Kita mula faham bahawa setiap ringgit yang dikeluarkan dengan niat ikhlas bukan hilang begitu saja, tetapi Allah gantikan dengan rezeki dalam bentuk lain, kadang lebih besar dari yang kita sangka.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments