YKAT Blog
2 minutes reading time
(336 words)
Awal Zulhijjah
Nabi SAW sendiri kata:
"مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ"Tak ada hari yang amal soleh padanya lebih Allah cintai daripada 10 hari ni. Bayangkan, Allah paling suka amal kita waktu ni. Pahala besar. Opportunity besar. Tapi ramai terlepas sebab kita rasa macam hari biasa je.
Sampai para sahabat sendiri terkejut. Diorang tanya, "Ya Rasulullah, even jihad pun tak boleh lawan?" Nabi SAW jawab, tak boleh lawan jugak kecuali org yang keluar berjihad dengan harta dan nyawa dia, lalu tak kembali lagi. Maksudnya apa? Amal simple macam zikir, sedekah, puasa, solat sunat pada 10 hari ni nilainya boleh jadi sangat luar biasa di sisi Allah. Kita selalu hype Ramadan sebab semua orang tengah pulun ibadah. Masjid penuh, timeline penuh tazkirah, orang share Quran tracker sana sini. But Zulhijjah? Sunyi.
Ada orang tanya, "Solat waktu Ramadan atau Zulhijjah mana lebih baik?" Dari sudut umum amal soleh, Nabi SAW dah jawab tak ada hari yang amalnya lebih Allah cintai selain 10 awal Zulhijjah ni. Bahkan ada hadis lain sebut hari terbaik di dunia ialah hari-hari ni. Allah sendiri bersumpah dengan "وَلَيَالٍ عَشْرٍ" dalam Surah al-Fajr. Bila Allah bersumpah dengan sesuatu, itu tanda benda tu besar. Tapi sedihnya ramai tak rasa pun kehebatan hari-hari ni.
Ustaz Muein cakap, manusia paling zalim terhadap diri sendiri ialah manusia yang masuk 10 Zulhijjah tapi treat macam hari biasa. Scroll TikTok 24/7. Tidur macam biasa. Padahal ni peluang Allah nak ampunkan dosa kita, selamatkan kita dari azab kubur dan neraka. Tapi tulah cabaran dia, ramai orang tak buat dan bila sekeliling tak buat, kita pun rasa susah nak semangat.
Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat

Sebab tu mungkin tahun ni kita kena paksa diri sikit. Start small pun takpe, mula dgn solat taubat, zikir, puasa, baca quran, sedekah, tahajud, tolong orang. Jangan biar 10 hari yang Allah paling cinta ni berlalu macam tu je. Takut nanti satu hari kita baru sedar rupa-rupanya kita pernah ada peluang pahala besar depan mata, tapi kita choose untuk ignore macam hari-hari biasa.
Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat
Stay Informed
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Comments