YKAT Blog
BETUL KE KITA NI HAMBA TUHAN?
Pernah tak kita berdoa bersungguh-sungguh, menangis dalam doa, minta Allah mudahkan urusan tapi sampai sekarang macam tak nampak pun jalan keluar?
Sehingga kadang-kadang kita mula tertanya-tanya, kenapa Tuhan tak makbulkan doa aku. Act, bukan sebab Allah tak dengar, mungkin juga bukan sebab doa kita tak cukup kuat tapi mungkin ada satu soalan yang lebih besar untuk kita tanyakan kepada diri sendiri kita dulu yg kita ni hidup macam hamba Tuhan ke atau banyak hidup ikut kehendak diri kita?
Menjadi hamba Allah bukan sekadar memakai label sebagai seorang Muslim. Sifat seorang hamba ialah apabila Allah sudah menetapkan sesuatu, kita belajar untuk tunduk dan patuh. Bukan memilih mana yang kita suka sahaja.
Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 36:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍۢ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَـٰلًۭا مُّبِينًۭا ٣٦
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Ayatni sebenarnya sgt dekat dengan kehidupan kita. Contohnya, kita tahu solat tu wajib tapi bila kita sibuk, kita mula dahulukan kerja lain dulu then nanti nak dekat habis waktu baru nak solat atau bila rasa malas je terus kita tinggal sedangkan kita tahu solat ni Allah yang suruh tapi kita still ikut kehedak kita.
Contoh lain, kita tahu tutup aurat tu wajib, tapi dalam keadaan tertentu, kita mula kompromi sebab nak nampak cantik, kemas, trendy atau contoh lain, kita tahu mengumpat tu haram, tapi bila kawan2 sdg rancak bercerita ttg seseorang, kita mula duduk sekali. Mula2 niat nak duduk dengar je tapi pastu kita mula bagi reaksi then tanpa sedar kita dah mula tokok tambah cerita dengan andaian kita.
Disinilah kita perlu jujur dengan diri yang kita ni sebenarnya tgh mentaati Allah atau tgh mentaati nafsu dan keadaan sekeliling? Kalau kita sedar kita ni hamba Allah, kita akan act macam hamba. Sifat hamba ni bila kita tahu sesuatu yang Allah larang, kita akan cuba tinggalkan walaupun hati kita nak sangat buat tapi kat sini bukan bermaksud kita terus jadi yang sempurna. Kita tetap akan ada silap, jatuh dan berdosa tapi bezanya seorang hambatu takkan menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan. Bila dia tersedar, dia akan terus balik ke Allah.
Allah juga ada ingatkan yg manusiani mudah menjadikan hawa nafsu sebagai sesuatu yang diikuti. Cuba kita tgk realiti harini. Kadang-kadang kita boleh sangat disiplin dengan perkara yang kita nak. Kalau nak beli sesuatu, kita sanggup simpan duit berbulan-bulan. Kalau nak tengok drama, boleh berjaga sampai pukul 3 pagi. Kalau ada sesuatu yang kita minat, kita sanggup cari masa walaupun jadual penuh tapi bila ibadah, kita selalu ada alasan. Bukan ke ni yang patut kita renungkan?
Kita nak Allah atur hidup kita, tapi dalam masa yang sama kita nak Allah ikut aturan kita. Kita nak doa kita dimakbulkan, tetapi apabila Allah meminta kita meninggalkan sesuatu yang kita suka, kita mula memilih. Sebab itu, sebelum kita persoalkan kenapa doa kita tak makbul, mungkin kita perlu check, macam mana hubungan kita dengan Tuhan. Adakah kita hanya menjadi hamba Allah ketika kita perlukan sesuatu je ke atau setiap masa kita perlukan Dia?
Allah ni tak pernah berhenti menjadi Tuhan kita. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman
jika seorang hamba mendekat kepada-Nya sejengkal, Allah mendekat kepadanya sehasta; jika dia datang kepada Allah berjalan, Allah datang kepadanya dengan berlari.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jadi, kat sini mungkin persoalannya kenapa Tuhan masih tak makbulkan doa kita tapi mungkin sebab Dia tengah nak ajar kita sesuatu sblm beri apa yang kita nak kerana kita bukan hamba Allah hanya di tikar sejadah tapi hamba dalam setiap pilihan yang kita buat, sepenuh masa, tak kira ketika kita sendirian, masa senang masa susah dan sbgainya.
Mungkin bila kita dah belajar jadi hamba, kita akan mula memahami bahawa doa yang belum kita dapat bukan semestinya doa yang tidak didengar. Boleh jadi Allah tangguhkan dulu untuk didik kita sblm beri apa yang kita minta.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments