Misi Kemanusiaan

Misi Kemanusiaan YKA ke Kg. Pantai Chenor, Maran pada 10hb dan 11hb Januari 2015. Team 1 yang bertolak pada 10hb Januari 2015 diketuai oleh Saudara Zulkhairi, Raja Badreen dan Sheikh Rosli. Team 2 yang bertolak pada 11hb Januari 2015 diketuai oleh Saudara Hj. Azhar dan Dato' Zul. Objektif adalah membantu membersihkan rumah Imam 1 Masjid Kg. Pantai Chenor (Ustaz Ahmad Rujhan Bin Sulaiman) serta menghantar bantuan keperluan seperti beras, gula dan tepung kepada Ketua Kampung - En. Burhanuddin Bin Hj. Mokhtar