Font size: +
7 minutes reading time (1402 words)

AMANAH TERBESAR ALLAH KEPADA MANUSIA


;إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam surah Al-Ahzab (33:72)

 "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

Apakah amanah terbesar Allah kepada manusia? Yang Allah kata ramai manusia yang tak sedar dan jahil tentangnya. Yang apabila manusia jahil, dia akan buat zalim kepada diri sendiri dengan tidak melaksanakan amanah tersebut.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam surah al-Baqarah (2:30):وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً ۖ "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". 

Sebelum Allah cipta Adam a.s, Allah dah bagi tau tujuan Allah cipta manusia iaitu sebagai khalifah.Apa makna khilafah?Makna khalifah ialah pengganti. Sebab itu Abu Bakar radhiyallahu 'anhu dipanggil khalifah iaitu pengganti kepada Rasulullah ﷺ.Kata ulama, kalau manusia sebagai khalifah, kita menjalankan tanggungjawab, menjalankan perintah Allah di muka bumi iaitu kita menguruskan diri, menguruskan masyarakat, mengurus manusia mengikut kehendak Allah.Itu makna khalifah.Siapa yang faham selama ini bahawa tanggungjawab besar dia ialah khalifah iaitu menguruskan diri, keluarga, menguruskan masyarakat, memimpin manusia mengikut kehendak Allah dan memakmurkan dunia dengan syariat Islam?Tak ada kan? Sebab itu Allah kata manusia itu jahil.Ramai yang berfikir bila dia Islam, tanggungjawab dia, mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, kalau dia mampu, haji, kalau Tabung Haji panggil . Kan?Dia faham itu sahaja dan dia lupa tanggungjawab dia yang lebih besar ialah khalifah.

Sebab itulah bila turun ayat pertama, bukan turun pasal solat, bukan pasal puasa, bukan pasal zakat tapi iqra' (bacalah).

Ayat kedua, perintah bangun malam.یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡمُزَّمِّلُ (1) قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا (2) Wahai orang yang berselimut. Bangunlah malam kecuali sedikit. نِّصۡفَهُۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِیلًا Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Buat apa bangun malam? أَوۡ زِدۡ عَلَیۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِیلًا Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

Baca Al-Quran dengan betul-betul tartil, dengan tadabbur.Sebab Allah kata, إِنَّا سَنُلۡقِی عَلَیۡكَ قَوۡلࣰا ثَقِیلًا Kami nak bebankan kepada engkau kata-kata yang berat. [Surah Al-Muzzammil ayat 1-5] Itulah amanah. Amanah yang berat. Tapi prosesnya, persediaannya kamu kena bangun malam. Ini proses apa ni? Pertama, iqra', baca Qur'an sampai faham. Kedua, bangun malam dan baca Qur'an di waktu malam. Kemudian, ayat ketiga yang turun apa dia? یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (1) قُمۡ فَأَنذِرۡ (2) Wahai orang berselimut, bangun dan beri peringatan. [Surah Al-Muddaththir: 1-2]

Mana ada solat? Itulah amanah, itulah khalifah.Lepas dapat Al-Quran jangan tidur. Jangan pergi berjalan. قُمۡ فَأَنذِرۡ - bangun dan berilah peringatan! Bila datang ayat wajib solat? Setelah 11 tahun Nabi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah. Inilah amanah yang besar yang langit dan gunung menolaknya. 

Lepas tu baru turun ayat wajib puasa, wajib zakat. Setelah apa? Setelah berlaku proses dakwah.Jadi, dakwah dengan solat, yang mana lebih penting? Dakwah dulu! Semua yang tak solat sebab apa?Sebab tak didakwahkan.Semua yang solat tak betul sebab apa?Sebab tak didakwahkan.Ada yang solat tapi Allah kata masuk neraka.Sebab tak didakwahkan cara solat yang betul, solat yang khusyuk. Semuanya dakwah.Sebab itu Nabi bila sampaikan Qur'an, sahabat betul-betul kenal Allah, cinta Allah dan tak tinggal solat dan solat mereka betul-betul khusyuk dan solat mereka betul-betul mencegah kemungkaran.Sebab proses dakwah sebelum solat dah berlaku.

Tapi berapa ramai sekarang yang solat tapi buat kemungkaran dan bila lihat kemungkaran, tak cegah. Betul tak? Sebab apa? Sebab manusia zalim pada diri sendiri akibat daripada jahil tentang tanggungjawab dia yang sebenar.Dia ingat tanggungjawab dia, "Aku dah solat, aku dah puasa, aku dah umrah, cukup. Umrah pun dah lima kali. Aku pun AJK masjid." Tak! Abdullah bin Ubay kaki masjid tak? Kaki masjid dan dia solat pula di masjid Nabawi.Subhanallah. Abdullah bin Ubay solat di masjid Nabawi. Kita ni berebut nak pergi kan, nak jaga 40 waktu tu. Pukul tiga pagi dah pergi. Tapi dapat berapa hari je? Abdullah bin Ubay dapat berapa waktu solat di masjid Nabawi? Tapi dia masuk neraka yang paling bawah sekali. Kenapa?Sebab dia tak jalankan tanggungjawab sebagai khalifah. Dia zalim dan jahil tentang akibat tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut.Sebab itu kalau kita tengok, kebanyakan para sahabat bukan mati di Mekah, bukan mati di Madinah walaupun Mekah dan Madinah tempat terbaik, tempat suci, buat ibadat dapat pahala berganda. Sebab apa?Sebab tanggungjawab yang wajib ialah sebagai khalifah, bukan solat di Mekah atau Madinah!Cuba bayangkan kalau semua sahabat berebut nak pahala solat di Mekah dan Madinah, apa jadi?Islam tak sampai kepada kita.Subhanallah. Tengok bagaimana Nabi Muhammad ﷺ bagi kefahaman kepada para sahabat sehingga hilang kejahilan mereka tentang tanggungjawab sebagai khalifah, mereka tidak duduk di Mekah dan Madinah sebab mereka tidak jahil tentang tanggungjawab asas mereka sebagai khalifah.Sebab itu mereka bertaburan di merata tempat. Allah kata hijrah, mereka hijrah. Sebab mereka faham,


"Aku lahir bukan untuk tinggal dan beribadat di Mekah dan Madinah. Aku lahir sebagai khalifah."

Allah kata hijrah, mereka hijrah.Bila Madinah dah aman, sebarkan Islam, pergi ke tempat lain. Merata-rata sahabat pergi. Ada yang pergi ke Syam, ada yang pergi ke Parsi, ada yang pergi ke Rom.Sebab mereka tak jahil tentang tanggungjawab mereka dan sebab itu Islam tersebar.Ramai orang yang tak perasan tanggungjawab ini. Kalau kita tak solat kita rasa bersalah betul tak?Tapi tak ramai yang rasa bersalah bila tak berdakwah. Ok je, senyum je. Dia akan ada 1,000 alasan.""Aku lahir bukan untuk tinggal dan beribadat di Mekah dan Madinah. Aku lahir sebagai khalifah."

.Sedangkan syarat nak berdakwah apa dia? Kena tahu berapa ayat?ًبَلِّغُوا عَنِّي وَلَو آيَة "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." Kita tahu kan bagaimana Nabi Muhammad ﷺ di Mekah, di bawah kerajaan musyrikin Mekah. Masjid pun tak ada, centre pun tak ada.Di bawah tekanan, di bawah kawalan musyrikin Mekah, tapi Nabi Muhammad ﷺ sempat berdakwah kepada semua penduduk Mekah dan Nabi ﷺ berjaya melahirkan seorang pendakwah yang hebat seperti Mus'ab bin Umair.Kemudian, dalam keadaan tertekan akibat kawalan hebat musyrikin, Nabi ﷺ bukan setakat boleh melahirkan pendakwah tapi boleh hantar seorang pendakwah hebat ke Madinah.Subhanallah. Centre tak ada, masjid tak ada, di bawah tekanan kerajaan musyrikin, Nabi ﷺ boleh didik pendakwah dan boleh eksport pendakwah ke Madinah.Berapa orang?Seorang sahaja, Mus'ab bin Umair. Dan Mus'ab bin Umair ini bawa apa?Ayat Qur'an je. 

Tapi dengan dia seorang, dengan ayat Qur'an, dakwah sampai kepada semua orang Madinah.Jadi, malu kita dengan Mus'ab bin Umair. Mus'ab bin Umair tak ada centre dan seorang je tapi mesej Islam sampai kepada semua orang Madinah.Dia pergi ke kebun, dia pergi ke rumah sehinggakan tidak ada satu rumah pun di Madinah melainkan semua mesej dakwah sampai kepada mereka melalui seorang pendakwah.Dilahirkan oleh siapa?Nabi Muhammad ﷺ.Di mana?Di bawah tekanan kerajaan musyrikin Mekah.Maknanya kalau ikut logik, kita lagi baik. Tapi sebab apa dakwah tak berlaku? Sedangkan pengajian berlaku.Pengajian ada di mana-mana dan semakin bertambah. Tapi penyebaran ilmu tak berlaku atau sangat kurang berlaku. Kenapa?

Yang belajar terus belajar. Habis satu surah, habis satu bab, habis satu kitab. Belaaaajar je. Kenapa dakwah tak tersebar? Kenapa ilmu yang dipelajari tak disampaikan? Sebab manusia zalim pada diri sendiri dan jahil. 

Zalim tak kita bila kita tengok berapa ramai orang yang tak faham Al-Quran dan kita duk belajaaar je. Zalim tak kita?Zalim! Cuba tengok Nabi ﷺ. Nabi dapat satu ayat, Nabi tak pernah simpan, Nabi terus sampaikan. Selepas sahabat faham dan amal, Nabi ajar lain. Dan sahabat pula sampaikan, sampaikan, sampaikan .Cuba bayangkan bila Nabi dapat ayat Qur'an, simpan. Buka kelas tajwid, buka rumah mengaji.Apa jadi?Nabi akan zalim sebab pentingkan diri sendiri.


"Kita, kalau kita tengok orang jatuh tepi jalan dan kita tak hiraukan, zalim tak kita? Zalimlah. Tengok orang jatuh, "Ah lantaklah." Tengok orang patah kaki, "Ah lantaklah." Tapi kita tak sampai hati jgk,pergi tolong kan. Tapi bila tengok orang tak solat, kita macam tak ada perasaan.Yang patah kaki dengan yang tak solat, mana lebih parah & mana bahaya? Tak solat kan? Tapi yang mana kita lebih kesian? Yang patah kaki."

Sebab kita jahil tentang tanggungjawab kita.Kenapa kamu sanggup bantu dia yang patah kaki. Sedangkan kaki tu kat dunia je. Tapi kamu tak sanggup nak bantu dia untuk selamat di dalam kubur, yang jauh lebih lama.Tak sanggup nak bantu dia di padang Mahsyar yang 50 ribu tahun. Tak sanggup kamu duduk sekejap nak bantu dia daripada azab neraka yang kekal abadi.Sebab kita zalim dan jahil tentang tanggungjawab kita.Wallahu a'lam..
×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

The Garden of Arrogance
Islam Belum Tentu Beriman
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 05 December 2024