Font size: +
4 minutes reading time (877 words)

Islam Belum Tentu Beriman

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُوا۟ وَلَٰكِن قُولُوٓا۟ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَٰنُ فِي قُلُوبِكُمۡۖ وَإِن تُطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتكُم مِّنۡ أَعۡمَٰلِكُمۡ شَيۡـٔٗاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٌ

En"Orang-orang Arab Badwi itu berkata, 'Kami telah beriman.' Katakanlah (kepada mereka), 'Kamu belum beriman, tetapi katakanlah (sebagai ganti), 'Kami telah tunduk (memeluk Islam)', kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'"

 Surah Al-Hujurat, 49:14

Hari ni kita nak bincang tentang satu perkara yang ramai mungkin terlepas pandang — antara Islam dan iman. Dalam ayat ni, Allah bagi satu teguran kepada orang-orang Arab Badwi.Dan ianya juga adalah teguran untuk kita.Jangan kita rasa selesa sangat ya. Apa mereka kata? Mereka kata, "Kami telah beriman." Tapi Allah pula menafikan keimanan mereka, Allah kata, "Belum lagi." Kamu baru sahaja Aslamna—bermakna kamu baru tunduk kepada Islam, tapi iman belum masuk ke dalam hati. Apa maksudnya..Maksudnya keislaman kamu tu perlukan bukti. Bukti itulah keimanan! Perasan tak Allah selalu gabungkan dalam ayat Quran, Orang beriman dan beramal soleh? Salah satu bukti orang beriman adalah melaksanakan amalan soleh!

Apa maksudnya ayat ni? Maksudnya, Islam dan iman tu tak sama. Ramai yang sangka, "Oh, aku dah Islam, aku solat, aku puasa, aku pergi masjid, jadi aku ni orang beriman." Tapi Allah nak ajar kita, Islam itu belum tentu lagi beriman. Islam itu perbuatan zahir —kita bersaksi, solat, puasa. Tapi iman tu lebih dalam; ia soal hati. Adakah hati kita benar-benar yakin, benar-benar taat, benar-benar redha dengan apa yang Allah turunkan? Sebab tu ramai sahaja kita tengok namanya Islam,tapi mereka buat maksiat rogol,bunuh,merompak,zina,minum arak,bercakap bohong,pecah amanah,buat dosa-dosa besar,susah nak bertaubat dan mengaku kesalahan...itu tanda iman tak ada dalam hati mereka.Sebab apa? Sebab orang beriman tak buat apa yang Allah larang!

1. Amalan Tanpa Iman—Apa Jadi?
Allah sebut dalam ayat ini bahawa jika kita benar-benar beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Allah tidak akan sia-siakan amalan kita. Tapi bagaimana pula dengan amal tanpa iman? Ini persoalan yang sangat penting. Kalau seseorang itu hanya Islam pada nama tetapi hatinya tidak beriman, apa yang jadi pada amalannya? Mungkin dia solat, berpuasa, dan bersedekah, tetapi semua itu tidak ada nilai di sisi Allah jika iman tidak ada di dalam hati. Ya lah, dia buat ibadah, tapi kata " ye ke ada hari akhirat? " itu belum beriman lagi. Amalan tanpa iman adalah kosong, tiada ruh. Allah mahukan amalan yang datang daripada hati yang yakin, hati yang benar-benar tunduk kepada-Nya. Kalau amal tanpa iman, itu ibarat pokok tanpa akar—nampak elok di atas tapi tiada asas yang kukuh, mudah tumbang.

2. Amal Sekadar Syarat—Cukup ke?
Ramai hari ni buat amal sekadar syarat sebab orang kata kita ni orang Islam. Amal yang dibuat "asal cukup"—solat lima waktu, itu pun kalau sempat. Puasa Ramadan, sebab itu wajib. Tetapi amalan mereka itu tak lebih, tak kurang—sekadar yang wajib sahaja, tiada lebih untuk mendekatkan diri kepada Allah, tiada usaha untuk beramal sunat sebab malas. Sedangkan amalan itu untuk dirinya sendiri. Sama macam bekerja, kalau bos kata nak bagi gaji bonus kalau buat extra kerja, kita sanggup kan  buat kerja 'sunat' tu, sebab tahu kalau kita buat,kita akan dapat. Sampai kita kata pulak kat member kita yang tak buat OT," Weh rugi ko tak buat OT, banyak ni bos nak bagi", pastu jawab member tu, " Ah taknaklah,gaji dah dapat cukupkah, taknak lah lebih-lebih, malas la bro! " Pastu akhir bulan, mari minta pinjam. Itulah ibaratnya. Cukup ke amal macam ni? Kalau kita tengok ayat ni, Allah tegaskan bahawa iman perlu masuk ke dalam hati. Kalau kita hanya buat yang wajib tanpa ada rasa kecintaan, tanpa ada pengorbanan dan keikhlasan, itu belum cukup untuk membuktikan iman kita. Sedekah bila tiba time bulan Puasa je.Tanda ibadah dia bukan kerana Allah, tapi kerana bulan Ramadhan. Kalau kerana Allah, dia akan buat sepanjang masa kerana Allah yang ada pada bulan Ramadhan itu ada juga pada bulan-bulan lain. Kita kena tanya diri sendiri—adakah kita buat ibadah kerana takut kepada Allah, kerana cinta kepada Allah, atau sekadar kerana terpaksa? Kalau sekadar terpaksa, di mana letaknya iman kita? Iman itu bukan hanya percaya, tapi mesti ada rasa dan tindakan.

3. Mengukur Iman dengan Pengorbanan dan Ketaatan
Allah sebut juga di hujung ayat: "Jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun amalanmu." Maksudnya, bila kita benar-benar beriman dan taat, Allah tidak akan sia-siakan amalan kita. Dia akan tambah lagi, akan gantikan setiap usaha dengan ganjaran yang lebih besar. Iman yang sebenar mesti disertai dengan pengorbanan dan ketaatan tanpa syarat. Bila kita kena bangun subuh untuk solat—itu pengorbanan. Bila kita bersedekah walaupun kita susah—itu bukti ketaatan. Setiap ketaatan dan pengorbanan ini membuktikan bahawa kita bukan sekadar Islam tetapi juga beriman.

Jadi, persoalannya sekarang—adakah kita hanya Islam, atau kita benar-benar beriman? Jangan puas hati dengan hanya mengaku Islam, tapi berusaha supaya iman masuk ke dalam hati, supaya kita benar-benar yakin dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jangan biarkan amalan kita jadi kosong, tanpa ruh. Kita perlu pastikan hati kita hidup dengan iman supaya setiap ibadah yang kita buat diterima dan bernilai di sisi Allah.

Mudahan kita beramal agama Islam ini dengan iman, iaitu dengan cara yang Nabi SAW ajarkan kepada kita. Wallahu a'lam. 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

The Garden of Arrogance
Mengapa tak buat dakwah?
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 05 December 2024