YKAT Blog
Apa doa yang nabi ajar selepas solat subuh?
Seusai solat subuh berjemaah semasa Program Youth Camp anjuran Yayasan Kebajikan At-Tibyan, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi berkenaan doa yang diajarkan nabi selepas solat subuh:
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as-aluka 'ilman nafi'a,
wa rizqan thayyiba, wa 'amalan mutaqabbala.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ILMU yang bermanfaat, REZEKI yang baik dan AMALAN yang diterima."
-Hadith Riwayat Ahmad & Ibn Majah, 925-
Waktu doa dibaca: Selepas selesai wirid solat subuh.
*Ada juga qaul yang menyatakan bahawa ia dibaca sejurus selepas salam (sebelum wirid), ataupun sebelum salam. Yang sepakat, ia dibaca pada waktu subuh. Wallahua'alam.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments