Font size: +
3 minutes reading time (559 words)

An-Naml (Semut) 27:56

Daily Quran Reflection 2

۞ فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِۦٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓا۟ أَخْرِجُوٓا۟ ءَالَ لُوطٍۢ مِّن قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌۭ يَتَطَهَّرُونَ ٥٦


Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci ".

Reflection Ayat

Mengapa kaum Nabi Lut nak halau Nabi Lut dari kampung mereka? Bukankah Nabi Lut juga sebahagian dari mereka? Sebab Nabi Lut menasihati mereka atas perbuatan jijik dan kotor mereka menyukai dan mendatangi kaum sejenis (homoseks). Di akhir ayat 55, Nabi Lut mengatakan orang-orang yang menyukai kaum sejenis ini sebenarnya adalah kaum yang bodoh(jahil). Disebabkan nasihat inilah Nabi Lut nak dipinggirkan dan dibuang daerah.

Tapi mari kita perhatikan apa kata-kata kaumnya. " Sesungguhnya mereka( iaitu Lut dan pengikutnya) adalah orang yang mendakwa diri mereka suci". Kaumnya tak boleh terima teguran dan melenting, marah dan mula mengejek nabi. Hari ini nabi memang dah tak ada untuk tegur kita bila buat silap. Tapi yang ada adalah orang-orang alim,orang yang berilmu dan juga orang yang menjalankan suruhan amar makruf dan mencegah mungkar. Nak cegah mungkar tak perlu tunggu jadi alim besar baru boleh tegur. Sesiapa sahaja yang nampak kemungkaran mesti kene usaha cegah. Tapi sabarlah, pasti akan kena cemuh lepas tu.

Begitulah kita hari ini,kita tidak suka orang menasihati akan kesalahan kita, dan kita akan kata macam-macam kepada orang yang menasihati kita. Misalnya, " alah, ko ingat ko ni suci sangat ke yang nak nasihat orang ni, macam lah kau tu tak buat dosa". " Tak payah nak perasan baik sangatlah, macam kau tu ahli syurga ". Itulah gambaran keadaan masyarakat kita hari ini, tak boleh terima nasihat dan mula membenci orang yang memberi nasihat kepada mereka. Jika kita lihat dalam surah Luqman ayat 17, dia menasihati anaknya untuk sentiasa jaga solat dan buat suruh buat kebajikan dan cegah mungkar. Lepas tu Luqman nasihat anaknya agar kena kuatkan diri dengan bersabar sbb pasti orang akan cemuh dan mengejek kita bila tegur benda salah.

Sepatutnya kita bersyukur kerana ada orang mengingatkan kita tentang kesalahan yang kita buat. Apakah kita ada sikap seperti kaum nabi lut ini apabila ada orang datang menasihati kita? Bila nabi Lut nasihat kaumnya, kaumnya telah berpecah kepada dua, satu yang dengar nasihat dan satu lagi golongan yang menentang dan membenci. Allah beritahu, hanya orang yang beriman sahaja yang akan selamat bersama Nabi mereka. Isteri nabi lut juga menjadi dari golongan yang menerima azab kerana bersekongkol dengan golongan yang enggan menerima nasihat 

Apa maksud yang kita faham disini? Walaupun isteri Nabi Lut itu bukan homeseksual(dia normal kerana berkahwin dengan Nabi Lut), tetapi perbuatannya menggambarkan dia bersetuju dengan perbuatan homoseks ( dikatakan dia telah memberi tahu kaum tentang kehadiran dua pemuda kacak menemui Nabi Lut). Pelaku maksiat dan juga orang yang dia tidak menegur pelaku atau bersekongkol dengan ahli maksiat adalah sama sahaja kerana itu Allah tidak selamatkannya walaupun dia isteri kepada seorang Nabi. Begitu juga kita hari ini, jika kita hendak selamat hendaklah kita juga mentaati apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Ada ramai yang kata mengikuti baginda Nabi Muhammad, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak sepenuhnya beramal dengan ajaran Al-Quran. Al-Quran melarang beramal dengan amalan yang tidak di ajar oleh Nabi, tetapi ramai masyarakat hari ni membuat inovasi dalam agama dan menggangap perbuatan itu baik dan berpahala, sedangkan ia perbuatan yang sia-sia dan merugikan.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

True Success: A Reflection on Life, Death, and the...
Aali-Imran 185

Related Posts

 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Saturday, 21 December 2024