Font size: +
4 minutes reading time (727 words)

Aali-Imran 185

Daily Quran Reflection 1

كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ

وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلْغُرُورِ ١٨٥

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ~ Aali-Imran 185

Reflection Ayat

Ayat ni semua biasa dengar. Tidak ada makhluk yang kekal, dan semuanya pasti merasai fasa yang semua manusia takut untuk lalui, iaitu mati. Jika tanya sekarang kamu nak mati tak. Pasti tak ada orang berani kata ya. Tapi, satu hari kita akan mati juga. Allah nak bagitahu, sebenarnya kamu sendiri pun dah tahu benda tu benar, so bila kamu dah tahu kamu akan mati, sepatutnya kamu kenalah bersedia betul-betul dengan amalan yang benar. Macam kita tahu tarikh kita nak exam, kita akan buat persiapan dengan rapi dan pastikan semua topik kita baca dan buat latihan dengan baik. Kita tak nak gagal, sebab bila gagal akan malu. Tapi gagal exam mungkin boleh repeat, tapi bila gagal di akhirat memang tak ada peluang langsung nak balik. Dalam Surah As-Sajadah(12), Allah beritahu dialog orang yang minta balik ke dunia sebab nak buat amal soleh, sebab masa tu baru mereka yakin yang rupanya hari akhira tu rupa-rupanya sungguh, buka main2.

Dalam ayat ni, Allah bagi tahu bila dah dicabut nyawa,kamu akan mati dan kita akan sampai satu tempat dimana segala amalan yang kita usahakan kat dunia akan dihitung. Lepas habis hitung akan diberi balasan.Tapi Allah guna perkataan 'disempurnakan' balasan.Sebab apa? Ini kita nak fikir, maknanya sebenarnya dah ada dah balasan yang diberikan sebelum ini(sekarang di dunia) tapi balasan tu belum lagi sempurna, sebahagian yang lain(balasan)akan dibagi masa akhirat untuk disempurnakan. Balasan di dunia itu Allah mungkin dah bagi dalam bentuk keberkatan, rezeki, kekayaan, anak-anak, perasaan, kesihatan dan lain-lain. Dan ada juga balasan tu dalam bentuk kesusahan hidup, bala,penyakit,hidup tak tenteram,jiwa kosong,resah,stress dan sebagainya. Itu cumalah sebahagian balasan sahaja tapi tak sempurna lagi.

Dunia ni tempat beramal & bekerja. Orang bekerja untuk dapat apa didunia ni? Untuk dapat gaji,naik pangkat,hidup yang stabil keluarga & kewangan, ada rumah dan kenderaan selesa, ada simpanan untuk hari tua yang cukup,dan itulah kejayaan yang kita faham kan?. Kita sanggup bangun pagi awal2 untuk cari semua benda ni. Kemudian Allah sendiri bagi maksud kejayaan yang sebenarnya tu macamana.

Bisnes & kerjaya hebat tetapi lupa tanggungjawab kepada Allah. Itu bukanlah berjaya. Sibuk dengan kerja, tetapi tinggal & leka untuk solat, itu bukanlah kejayaan walaupun gajinya besar dan pangkatnya no 1 dalam syarikat. Itu semua bukan kejayaan disisi Allah.Bahkan yang kamu ingat yang kamu dapat itu kesenangan, Allah kata itu bukanlah kesenangan pun. Tapi hari ini ramai orang kita rasa itu satu bentuk kesenangan kan? Ye lah bila ada harta dan duit yang banyak, kita dapat buat macam-macam. Tapi semua itu (waktu,harta) bukan sahaja kita akan tinggalkan, bahkan semua itu akan dihitung-hitung bagaimana kita gunakannya.Samada guna untuk mendekatkan diri dengan Allah atau sebaliknya.

Allah bagitahu lagi semua itu kita tinggalkan, tak ada bawapun ke akhirat walaupun satu sen walaupun hari ni kita seronok tengok akaun KWSP kita. Kejayaan disisi Allah ( inilah yang kita nak cari) adalah orang yang bila dihitung amalan dia,dan amalan timbangan kebaikannya berat dan dia dapat masuk syurga serta terselamat pula dari api neraka. Inilah kejayaan sebenar. Sebab apa? Sebab kita akan masuk syurga selama-lamanya. Allah gunakan perkataan 'Telah Berjaya' sedangkan ia masih belum terjadi. Inilah janji Allah untuk meletakkan orang yang benar-benar taat kepada dia dalam syurga. Ini adalah satu berita gembira sebenarnya. Buat orang yang ditakdirkan tidak dikurniakan kesenangan di dunia tidaklah harus dia merasa sedih dan dukacita kerana itu bukanlah ukuran kejayaan. Lihatlah sahabat nabi, Mus'ab bin Umair, daripada seorang yang kaya, akhir hayatnya, kain kafan pun tidak cukup untuk menutupi tubuhnya.Bersabarlah. Dan jika kita diuji pula dengan kekayaan,kesenangan, seharusnya kita kembalikan syukur itu kepada Allah dan gunakanlah kelebihan yang dikurniakan itu untuk kebajikan kita nanti.Tidak berjaya di dunia bukan beerti kita tidak boleh berjaya di akhirat. Allah kata, Jangan jadi orang yang tertipu dengan dunia, mencari siang malam harta, pangkat,kedudukan, akhirnya kita tinggalkan dan menghadap Allah dalam keadaan yang tak ada apa2. Wallahualam, semoga mendapat manfaat!.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

An-Naml (Semut) 27:56
Makan, Ai, dan Agama: Pentingnya Pilih yang Asli!

Related Posts

 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Saturday, 21 December 2024