Font size: +
5 minutes reading time (1068 words)

Buntu Hidup Tak Boleh Move On!

Dalam suasana ekonomi yang kurang stabil dan tidak menentu saat ini, ramai yang merasa terjejas. Dengan tekanan perasaan, masalah kewangan, masalah keluarga dan masalah masyarakat yang kian meruncing, yang buntu dengan hidup dan struggle mencari jalan keluar. Namun, sebelum kita mencari jalan keluar, kita mesti memahami sebab-sebab utama masalah ini, baca artikel ini adalah untuk anda!

Musibah yang datang dalam hidup kita bukanlah semata-mata masalah. Ia adalah bentuk ujian untuk menilai apakah betul apa yang kita ucapkan atau ucapan kita itu hanya sekadar kata-kata beriman pada bibir. Bagi orang mukmin, musibah itu adalah nikmat. Allah berfirman dalam Al-Quran, "فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا" yang bermaksud "Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyirah: 5-6). Ini bermakna, setiap rintangan atau masalah yang kita hadapi, pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Bagaimana kita hadapi perkara, samada dengan sabar atau sebaliknya.

Dalam menyelesaikan masalah hidup itu, ramai yang terperangkap dalam rutin harian untuk mencari pendapatan tambahan, bekerja siang malam dengan harapan hidup mereka akan berubah. Namun, kehidupan tetap sama malah semakin kusut dan mereka menjadi semakin penat dan akhirnya kecewa. Kenapa? Kerana ramai daripada kita merasakan diri dan usaha kuat kitalah yang dapat membuatkan hidup ini berubah, sedangkan banyak dari kita lupa bahawa sumber kesenangan dan kelapangan hidup adalah hanyalah dari Allah semata-mata.  Kita tidak bersyukur atau kurang bersyukur lantas bagaimana nikmat akan ditambah? Allah berfirman, "وَلَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ" yang bermaksud "Dan jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmatKu kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih" (Ibrahim: 7). Walaupun diuji hebat, kalimah dan perasaan syukur mesti lahir di hati kerana pasti ada insan lain yang lebih menderita siksa dari kita.

Tetapi bagaimana pula orang yang tak beriman? Kenapa hidup mereka dilimpahkan kesenangan dan kemewahan?

Lihat apa Allah jawab dalam surah Al-Isra', مَّن كَانَ يُرِيدُ ٱلْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُۥ فِيهَا مَا نَشَآءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُۥ جَهَنَّمَ يَصْلَىٰهَا مَذْمُومًۭا مَّدْحُورًۭا, yang bermaksud ,"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah." ( Al-Isra' 18). Allah tetap berikan rezeki kepada mereka kerana itu sifat 'Rahman' Allah namun itu hanyalah sementara untuk keseronokan mereka di dunia sahaja.Bukankah kita tahu, yang dunia ini hanya sementara, perhiasan dan segalanya tidak kekal?

Banyak dari kalangan kita yang bekerja keras hingga larut malam, hingga terlupa kebajikan kepada diri dan keluarga. Anak-anak dan isteri terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sepatutnya. Masa tidak ada untuk anak-anak melepaskan kasih sayang dan rindu padahal, membahagiakan keluarga juga termasuk dalam kategori sedekah, malah ia lebih baik. Bukankah dengan sedekah itu Allah akan memberikan balasannya nanti?.Tapi kita hanya nampak dalam bentuk yang boleh dipegang, iaitu duit. Malangnya, yang lebih sedih apabila ada yang begitu sibuk hingga melupakan solat atau menunda-nunda solat. Kerja cari duit lebih diutamakan sehingga tak menyempat nak solat. Ini adalah kesalahan fatal besar kerana solat itu yang lebih besar daripada pekerjaan yang dia sibukkan itu. Firman Allah dalam Al-Fatihah: "إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ" yang bermaksud "Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan". Perkataan "Sembah" didahulukan berbanding " Mohon Pertolongan". Ini menunjukkan bahawa penting untuk tunduk patuh terlebih dahulu sebelum mohon bantuan dariNya. Bagaimana kita nak minta bantuan sedang kita dalam keadaan tidak menunaikan suruhanNya. Apakah Allah akan menyayangi kita dengan perbuatan lalai tak solat itu? Tidak, bos syarikat pun enggan memberikan bonus kepada pekerja malas dan selalu ponteng, atau datang lewat.

Kehidupan akan menjadi semakin sulit jika kita tidak memahami dan mengamalkan ajaran agama dengan benar. Allah berfirman, "وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا" yang bermaksud "Barangsiapa yang menjauhkan diri dari peringatanKu, maka bagi dia hidup yang sempit" (Taha: 124). Tidak beramal dengan agama seperti tidak solat, lupa Al-Quran, jarang bersedekah, tidak berbuat baik kepada ibu bapa, anak-anak dan isteri, bercakap dan akhlak buruk adalah bentuk berpaling dari peringatan agama. Allah dah janji akan beri kehidupan yang sempit. Sebab itu, inilah punca kenapa hidup tak boleh move on.

Jika kita tidak menyerah dan meminta bantuan dari Allah, siapa lagi yang boleh membantu kita? Jawapannya, Tak ada. Allah bukan sahaja berikan punca, tapi Allah juga berikan solusi kepada masalah manusia. Allah juga berfirman, "وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ" yang bermaksud "Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya" (At-Thalaq: 3). Nah ini solusinya, Dia akan cukupkan kepada siapa yang bertakwa. Jadi persoalannya, bagaimana nak bertakwa?

Takwa merupakan kualiti yang amat penting dalam kehidupan seorang mukmin. Ia merujuk kepada kesedaran yang mendalam terhadap keberadaan Allah dan berusaha untuk menjauhi segala yang Dia larang dan melakukan apa yang Dia perintahkan. Melalui takwa, seseorang akan lebih berhati-hati dalam tindak tanduknya, selalu memeriksa niat dan tindakan, serta berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Allah berfirman dalam Al-Quran: "يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ" yang bermaksud "Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu dapat bertakwa" (Al-Baqarah: 21). Oleh itu, untuk mencapai tahap takwa yang tinggi, seseorang perlu memperbanyak ibadah iaitu sembah Allah, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran, serta sentiasa meminta pertolongan dan petunjuk dari Allah dalam setiap langkah kehidupan. Melalui proses ini, seseorang akan merasai kedekatan dengan Allah dan kehidupan yang lebih tenang dan bermakna.

Jadi, kita harus selalu ingat bahawa Allah adalah sumber segala-galanya. Banyak ayat dalam Al-Quran yang mengingatkan kita tentang hal ini, seperti, "وَكَأَيِّن مِّن دَابَّةٍ لَّا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ" yang bermaksud "Dan berapa banyak makhluk yang tidak membawa rizkinya sendiri. Allah memberi rizki kepadanya dan kepadamu" (Al-'Ankabut: 60).

Jadi jika hendak memohon rezeki,mintalah pada Pemberi Rezeki yang maha kaya. Syaratnya bila Dia panggil, pergila tunaikan haq. Solat 5 waktu jangan ditinggal. Itu lebih baik dan mudah dari kerja siang malam yang akhirnya mendapat penat dan kekecewaan. Jika kita faham, untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik sebenarnya tak susah, kita perlu hanya menjadi orang yang taat, memahami dan mengamalkan agama dengan benar serta ikhlas. Hanya dengan cara itu, kita dapat meraih kebahagiaan dan kesenangan dalam hidup ini dan di akhirat kelak. Nampak macam tak berkaitan tapi itulah hakikatnya. Dunia ini Allah yang dibawah kekuasaan Dia, dan dia akan beri kepada orang yang Dia mahu sahaja. Orang yang jauh dari agama, pasti Allah akan biarkan dia dengan usaha dirinya dan dia pasti tidak akan berjaya walaupun sekuat mana usaha yang dibuat. Wallahualam! 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Ghurur: Peringatan Agar Tidak Terpesona Dengan Dun...
给非穆斯林朋友的伊斯兰教简介
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Monday, 16 September 2024