YKAT Blog
Menjauhi Rahmat Allah
" Apa khabar pakcik?", "Baik, Alhamdulillah" Jawab Pakcik seusia 65an sambil tersenyum.
" Meh la solat dulu,orang baru azan ni" pelawa sy sambil menuding ke arah speker masjid yang masih mengalunkan azan.
" Eh xpelah, aok pergi la dulu, kawan isi air ni kejap, ade kerja skit lagi nok buat di rumah, sibuk sikit hari ni kebetula ada org nok mari", jawab balas pakcik, " Owh,xpelah kala gitu, tapi smayang tak lama pun" sy cuba pujuk lagi. Tapi kalau hati dah xhendak, mmg taknaklah. Doakan semoga hati kita ringan untuk melangkah ke masjid.
.
Solat adalah waktu Allah bagi kita rehat,berjumpa Pencipta mohon keampunan & rahmah, petanda kita nak jadi hamba yang bersyukur. Allah beri macam2 rezki dari kita kecik sampai ke tua,setiap hari,kenyang dan tak lapor,dapat bukak mata,pergi pasor ke sana ke sini,tapi waktu sekejap Allah minta pergi sujud depan dia kita tak hendak.Hamba yang macamana kita ni ya?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." - Al-Munafiqun ayat 9
.إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ
Maksudnya: "Sesungguhnya, yang membezakan antara seorang hamba (yang mukmin) dengan seorang yang kafir dan syirik, iaitu meninggalkan solat." [13]
Ingatlah solat ni membezakan kita dengan org bukan Islam dan solatlah perkara no.1 ditanya bila kt masuk ke kubur. Atas dunia boleh bagi alasan, tp disana xde daya dan kesempatan nak menjawab. Ada orang rasa solat ni akan melambatkan dia siapkan kerja. Tp kerja dia pun tak siap2 juga. Semoga Allah kurniakan kita jalan untuk sentiasa jadi hamba yang bersyukur..
Bila kita jauh dari rahmat Allah, hidup kita akan mula sempit. Rezeki yang dapat rasa tak cukup.ada je masalah, kejap kete rosak,kejap lampu padam.jiwa rasa tak tenang sokmo.Pernah rasa x? . Allah ada rakam dialog ringkas tentang mengapa manusia dihumban ke dalam neraka.
Bertanyalah ahli syurga kepada ahli neraka: Mengapa kamu dimasukkan ke neraka Saqar?
2. Ahli neraka menjawab: Kami tidak mendirikan solat dan kami tidak memberi makan kepada orang miskin. Dua perkara ini ialah simbol utama mewakili dua elemen penting dalam kehidupan manusia.
3. Yang pertama, menjaga hubungan baik dengan Allah. Hak-hak Allah seperti menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya mestilah ditunaikan. Begitu juga dengan hak makhluk. Kita hendaklah berlaku ihsan dan tidak menzalimi makhluk. Kejahatan kepada makhluk lain boleh mengheret kita ke neraka.
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments