Font size: +
4 minutes reading time (736 words)

An Naba' 21-25 : Penerangan Hari Kiamat

Ayat 21 – 30 adalah menceritakan balasan buruk bagi pendusta Hari Akhirat.

إِنَّ جَهَنَّمَ كانَت مِرصادًا Sesungguhnya neraka Jahannam telah disediakan –

Allah ﷻ memberitahu kita yang Neraka itu telah ada dan ia sekarang sentiasa mengintai ahlinya. Neraka sedang duduk menunggu untuk menyerang dan menangkap sahaja sesiapa yang akan memasukinya. Jangan kita ditangkap olehnya. Ini adalah satu perumpamaan untuk menjelaskan neraka itu.

Ini adalah kerana Neraka itu akan menunggu siapa yang akan kena tangkap. Dalam Maryam:71, kita telah diberitahu bahawa kita semua akan melalui neraka melalui Titian Sirat. Sama ada kita ditakdirkan sebagai ahli syurga atau ahli neraka, pasti kita kena lalui juga. Hanya ahli syurga dapat melepasinya. 

Siapakah yang akan kena serang dan kena tangkap semasa cuba melepasi Titian Sirat itu?

لِلطّاغينَ مَآبًا Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

Neraka itu akan mengintai orang yang pemberontak, derhaka, yang banyak buat dosa. Mereka itu yang akan kena tangkap oleh Neraka, dan Neraka akan menjadi tempat tinggal mereka.

Lihatlah bagaimana Allah ﷻ gunakan lafaz طّاغينَ dalam ayat ini. Merekalah yang akan ditangkap oleh Neraka. Allah ﷻ tidak gunakan pun lafaz 'kufur' dalam ayat ini. Kerana Allah hendak menggambarkan satu lagi sifat orang yang engkar itu. Mereka itu adalah yang memberontak dengan hati mereka. Walaupun mereka mungkin tahu kebenaran tetapi mereka masih lagi menentang perasaan hati mereka. Itulah yang dimasukkan dengan memberontak.

Mereka hendak buat apa yang mereka hendak buat, tidak kira apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka mahu ikut nafsu mereka sahaja. Dan ini sudah melawan kehendak jiwa mereka sebenarnya kerana setiap hati manusia sudah ada fitra 

Apabila sudah masuk ke dalam neraka, berapa lama mereka akan tinggal di dalamnya?

لابِثينَ فيها أَحقابًا Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

Mereka akan tinggal lama – tidak ada penghujung. Lafaz أَحقابًا adalah jamak (plural) bagi lafaz حقب yang jangkamasanya adalah 80 tahun. Nampak macam tidak lama, tetapi kita kena ingat yang setiap hari di akhirat adalah darab seribu tahun.

Jadi itu pun sudah jangkamasa yang sangat-sangat lama sampai hendak kira pun sudah tidak sanggup lagi! Oleh itu, walaupun perkataan حقب itu mungkin boleh bermaksud boleh dikira, nampak macam ada penghujungnya, tetapi kerana pengiraannya adalah terlalu banyak, ianya seperti selama-lama.

Ibnu Jarir telah meriwayatkan dari Ibnu Humaid, dari Mahran, dari Sufyan Ats-Tsauri, dari Ammar Ad-Duhni, darr Salim ibnu Abul Ja'd yang mengatakan bahawa Ali ibnu Abu Talib pernah bertanya sehubungan dengan penanggalan qamariah hijriah, "Apakah yang kalian jumpai dalam Kitabullah tentang makna al-hiqbu? Lalu dijawab, "Kami menjumpain 

Selepas disebut tentang masa di dalam neraka, bagaimana pula keadaan dalam neraka itu? Agaknya selepas disebut ini, adakah sanggup hendak masuk neraka?

لا يَذوقونَ فيها بَردًا وَلا شَرابًا Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman –

Dalam kehidupan bangsa Arab, kesejukan dan minuman adalah istirehat untuk mereka. Ini adalah kerana mereka duduk di kawasan yang panas dan berpasir. Jadi selepas berpanas dan mengembara dalam cuaca yang panas terik, rehat yang mereka mahukan adalah tempat yang teduh dan air sejuk yang menyegarkan tegak.

Tetapi ditekankan di sini yang penghuni neraka tidak akan dapat istirehat tersebut. Angin yang paling sejuk dari neraka pun sudah tidak tahan, kerana ianya panas sangat. Maka ketahuilah yang suasana dalam neraka itu sentiasa sahaja panas. Tetapi penghuninya tidak mati kerana tubuh badan mereka telah dinaiktaraf supaya dapat menerima segala azab itu. Memang tidak akan mati kerana tidak ada kematian di dalam neraka, sebaliknya mereka 

 tApabila mereka dahaga, tentulah mereka akan cuba meminta diberikan air sejuk untuk hilangkan dahaga mereka itu. Mereka akan diberi juga minuman, tetapi lihatlah minuman jenis apa:

إِلّا حَميمًا وَغَسّاقًا Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, –

Telah disebut yang penghuni Neraka tidak akan diberikan suasana sejuk dan tidak akan diberi dengan air minuman kecuali minum air panas menggelegak. Panasnya entah berapa ribu juta darjah. Apabila diletakkan dekat dengan muka sahaja, maka punahlah muka mereka kerana panas yang teramat sangat pada air itu. Itu belum minum lagi.

Dan air panas akan dicurahkan ke atas mereka. Dan air itu akan dimasukkan ke dalam mulut (secara paksa) dan perut mereka akan pecah kerana kepanasan air itu.

Dan mereka juga akan diberi air minuman, tetapi air dari nanah, keringat dan darah yang keluar dari ahli neraka. Semua cecair itu akan dikumpulkan dan diberikan kepada penghuni neraka. Itulah air minuman mereka. Sanggupkah?

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Menjauhi Rahmat Allah
KHUTBAH TERAKHIR BAGINDA
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Sunday, 22 December 2024