IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (318 words)

NISFU SYAABAN

WhatsApp-Image-2025-02-13-at-10.48.49-AM

13 Februari 2025- Harini, dah riuh dah media sosial netizen kongsi amalan-amalan yang perlu di buat ketika tiba Malam Nisfu Syaaban iaitu malam ni. Ada pula yang tanya, maksud disebalik nisfu syaaban. Jadi, harini penulis nak share mengenai makna dibalik perkataan "Nisfu Syaaban". Malam Nisfu Syaaban merupakan malam ke-15 (pertengahan) dalam bulan Syaaban, yang sering dikaitkan dengan keistimewaan dan keberkatan dalam kalendar Islam. Ia dianggap sebagai malam 'penutupan akaun' amalan setahun dan menjadi peluang untuk umat Islam bermuhasabah serta memperbaiki diri.

Menurut beberapa riwayat, pada malam ini, amalan seseorang sepanjang tahun akan diangkat dan dipersembahkan kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui setiap rahsia yang tersimpan di hati hamba-Nya. Ini memberikan kita peluang untuk merenung kembali amalan kita selama setahun yang lalu, memperbaiki kekurangan dan mengekalkan kebaikan yang telah dilakukan.

Walaupun begitu, tiada amalan khusus yang diwajibkan pada malam Nisfu Syaaban. Masyarakat kita sering mengamalkan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali. Perlu diingatkan bahawa tiada dalil sahih yang mewajibkan bacaan Yasin pada malam ini, namun jangan lupa yang paling utama adalah keikhlasan hati. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa dan ibadah. Luahkan segala isi hati dan hajat kepada Allah SWT.

Pada malam ni juga, Allah mengampunkan semua dosa-dosa hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan bermusuhan. (HR Ibn Hibban). Jangan biarkan dendam menjadi penghalang kepada ketenangan dan keberkatan hidup. Kita cuba ikhlaskan hati memaafkan semua orang yang telah sakiti kita dan doakan yang baik-baik untuk mereka.

Selain itu, Malam Nisfu Syaaban juga menandakan bahawa Ramadan semakin hampir, hanya tinggal dua minggu sahaja lagi. Ini adalah masa yang sesuai untuk mempertingkatkan ibadah seperti membaca al-Quran, tadabbur, bersedekah, berzikir dan melakukan solat malam. Jika sebelum ini kita jarang melakukan amalan-amalan tersebut, inilah peluang untuk memulakan secara perlahan-lahan. Inilah peluang untuk kita memperbaiki diri sebelum bertemu dengan Ramadan.

Manfaatkanlah malam ni untuk berdoa, memohom ampun dan berazam untuk menjadi yang lebih baik. Jangan biarkan malam ini berlalu tanpa kita bermunajat kepada Allah tanpa linangan air mata. Wallahu a'lam. 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Memahami Objektif Puasa yang Sebenar
Mengikhlaskan Sesuatu yang Pergi, Meraih Sesuatu y...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Wednesday, 12 March 2025