Font size: +
6 minutes reading time (1117 words)

Agama Tidak Beri Kesenangan di Dunia Betul Ke?

Agama tak beri kesenangan kepada kita di dunia. Sebab tu agaknya orang tak berapa berminat nak kejar untuk beramal. Buat gitu-gitu je sekadar lepas syarat. Betul kan?

Perasan tak, bila kita nak berjaya kita akan berusaha betul2. Nak SPM, kalau ada matapelajaran lemah kita akan pergi dan cari tuisyen. takde pusat tuisyen, cari pulak yg online.mak ayah sanggup bayar walau mahal.mak ayah akan risau kalau kita gagal atau dpt markah rendah dalam exam.

bila dah besar, nak jadi arkitek,engineer,lawyer,doctor pulak, kita akan pulun setiap minggu utk pergi kelas,pergi seminar berbayar, dengar dari tips2 dari mereka2 yg dah berjaya..supaya kita dpt berjaya mcm mereka jgk.Tak pernah missed group discussion, study sampai lewat malam dan sanggup tinggalkan benda2 lain sekejap,main bola,futsal,badminton semata2 utk fokus dekat exam.Tak reti trade saham, boleh ambik kelas saham dan belajar satu2 supaya trade tidak rugi dan untung memanjang. 


Tpkan, utk berjaya akhirat, untuk agama kita tak buat begitu pula, utk masuk syurga yg kekal selama2nya tu kita buat lebih2 kurang je.kita tak ada kerisauan pun bila pengetahuan agama kita lemah.siap boleh mengaku,"aku tak pandai sgt agama2 ni" tp lepas tu tak buat apa2, tak ada usaha. masa berlalu mcm tu sampailah baru kite tersedar umur dah makin meningkat.amalan biasa2, solat tak ke masjid, quran kurang baca, zikir pagi petang tak buat, sedekah jarang skali. kita kata tak ada masa, dan paling malang kita tak nak berikan masa langsung utk belajar tadabbur dan faham ayat2 al-quran. Kita tak usahapun cari kelas atau grup2 utk betul2 nak faham ayat-ayat Allah sepertimana kita buat utk kita berjaya jd arkitek engineer lawyer apa semua tu.

Sebab apa? sebb kita tak nampak agama boleh beri kesenangan & keuntungan kat dunia utk kita sebagaimana pekerjaan dunia dapat bagi. Banyak orang kata, bila dah pencen nanti barulah boleh bg masa pergi surau masjid, skarang tak cukup masa sgt, kerja ofis byk balik pulak jem,lewat dan penat. siapa nak bagi gaji besar kalau belajar agama je kan? Sedar tak, kita lupa yang sebenarnya Allah yg atur rezeki kita. Dia maha kaya pemilik seluruh alam.

"Hidup mesti berpandukan Al-Quran dan sunnah. tapi cuba renung dan cuba tanya diri kita, apa panduan Al-quran yang kita dah ikut tu?" 

Betul tak kita kata kita orang beriman? Ya, semua orang Islam akan cakap mcm tu. Hidup mesti berpandukan Al-Quran dan sunnah. tapi cuba renung dan cuba tanya diri kita, apa panduan Al-quran yang kita dah ikut tu? kata beriman tapi Mulut masih mengumpat bercakap buruk,tangan masih menulis di medsos yang bukan2,share benda2 mengarut takde faedah, mata masih lihat aurat orang, buruk sangka sokmo dgn orang, orang buat kebaikan dipandang serong,masa duduk sorang2 masih melakukan dosa,sakitkan hati kawan & jiran,pentingkan diri & keluarga,kurang bersyukur dengan nikmat, jeles tengok orang lain senang, merungut bila dapat musibah, batu api dan melagakan kawan2 d pejabat, tak cari orang miskin dan beri makan, masih tak memuliakan anak yatim,keihkhlasan bila buat kebajikan dan masih harapkan balasan,ponteng dan mengular masa kerja, buat claim tak betul, tengok orang atau rakan buat salah tak berani nak tegur,menipu bila berkata-kata , dakwah belum buat dan macam-macam lagi tanda sebenarnya kita masih tak betul-betul beriman dan tak ikut Al-Quran.kita patut risau tu.solat kita masih tak dapat cegah kita buat benda2 mungkar, tanda solat kita bermasalah.kene cek sebab kalau solat yang diterima mesti dia dapat tinggal semua benda-benda mungkar.

Dan mak ayah kita pun tak kata apa2pun kalau kita tak faham al-quran.relaks je kan. Bila tak faham quran menyebabkan manusia tak endah pasal hal agamanya, amal kurang,semayang lewat dan ada yg takkisah pun kalau x solat. Hidup sama je mcm org tak beriman. Lembu kambing,bangun tidur,lapar,cari makan,buang air pastu penat rehat,pastu balik tidur.esok sambung lagi macam tu setiap hari sampai malaikat maut datang. orang yang tak beriman, mereka pun tak baca dan faham al-quran. Ibuayah sekarang tak risau sgt seperti mereka risau kita tak lulus matematik atau matapelajaran di kolej. tp cuba tgk kalau tak dpt masuk universiti? punyalah sedih dan kecewa mak ayah. Mak ayah boleh menangis anak tak berjaya audition bintang besarkecil,dan akademi fantasia-sia. Makayah boleh ucap syukur,bangga.siap alhamdulillah anak-anak berjaya jadi protege mentol dan program hiburan2 nyanyian & joget. 

Tapi bila tak solat, atau melewatkan solat, mak ayah boleh tak rasa apa2 kesalahan. Tak ada rasa sedih. Walhal anaknya sedang membuat dosa dan mengundang murka Allah.Walhal solat itulah penentu kejayaan anaknya nanti. Nampaknya minda masyarakat kita dah rosak, mereka jauh dari panduan agama yang sebenar.makin parah cara kita berfikir.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ٦
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. ( Surah Tahrim Ayat 6)

Sebagai muslim yang kata beriman, apa yg kita perlu risau adalah kalau kita anak2 keluarga kita tak faham Al-Quran. Ia satu bala & musibah sebenarnya bila anak isteri kita tak faham Al-Quran.Allah turun panduan nak bagi penawar kepada penyakit yg ada dalam hati manusia supaya kita dpt berjaya dunia akhirat, tp ramai manusia tak peduli sgt, tak nak ambik tahu...mungkin nak berjaya d dunia shj. ramai kita lihat Al-quran tu mcm kitab sejarah je, bila ada sakit & kematian baru nak baca, itupun surah yasin je.Khatam setahun sekali masa Ramadhan. 

مَنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةًۭ طَيِّبَةًۭ ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ٩٧
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

Tulisan ini bukan bertujuan merendah-rendah atau mengata kepada sesiapa, tetapi lebih kepada muhasabah diri dan jugak keadaan realiti masyarakat hari ini yang mungkin terlupa akan tujuan asal hidup ini. Semoga ianya menjadi peringatan buat kita, keluarga dan masyarakat. 

Jadi jom mari kita ubah, bagi dan sediakan masa hari ni untuk kita sama2 faham dan belajar lebih mendalam ttg Al-Quran. Insyaallah ia boleh menjadikan kita manusia yang lebih baik, bukan sahaja d dunia. Ia satu kebajikan utk diri kita, dan Allah janji akan berikan satu kehidupan yang lebih baik.  

@abuwaidz Cerita Malam 1 Aku nak cerita tentang kisah realiti hidup kita hari ni, tentang diri aku, tentang kita semua. Tentang bicara lidah kita yang pasti akan ditanya satu hari nanti.Tentang masa dan umur kita untuk apa dihabiskan. #kisahnyata #kisahinspirasi #ceritapendek #tazkirahringkas #tazkirahmalam #ingatanuntukdirisendiri #cinta #muhasabahdiri #wanitamuslimah ♬ original sound Abdul Azim
×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

BERIMAN TAPI MASIH BELUM SEMPURNA
Syaitan Hiaskan Amal Buruk Menjadi Baik, Tapi Kita...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Sunday, 22 December 2024