Font size: +
2 minutes reading time (352 words)

BERIMAN TAPI MASIH BELUM SEMPURNA

Dalam surah Al-Baqarah ayat 8, Allah beritahu ada manusia yang berkata mereka dah beriman kepada Allah dan hari kiamat ,tetapi sebenarnya masih belum lagi. Keimanan mereka tak sempurna, hanya berkata-kata di mulut, tapi amalan dan perbuatan mereka tidak menggambarkan mereka beriman. Iman mesti diterjemah dan dibuktikan dengan amal perbuatan.

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Allah bagitau manusia ni kalau hal dunia mmg hebat, serba-serbi tahu,detail,boleh explain step by step.kalau xreti ssuatu hal, rela ambik cuti dan bagi masa pergi belajar. Tp pasal hari akhirat mereka tak ingat,slalu lalai dan xminat ambik tahu. Sedangkan mulut mereka berkata," Aku beriman dengan hari kiamat". 

Mereka lebih minat yg zahir sahaja,yg usaha2 terus dapat. kalau kerja siang malam dapatlah pendapatan lebih sikit. Ada yang sampai rela tak solat semata-mata nak siapkan kerja, yang tangguh da lewat-lewatkan solat sebab nak selesaikan urusan dunia. Ini salah satu bukti keimanan kita hanya di mulut sahaja. Kalau betul-betul beriman, perbuatan mesti tidak begitu.Solat akan didahulukan sebab kita tahu, Allah akan berikan kemudahan dalam urusan kehidupan kita.

Berbeza dengan bab dosa pahala ni. Kalau akhirat buat amal kebajikan ni xdpt terus,benda pahala tak nampak pulak tu, tak boleh pegang macam duit.Tp Allah kata kebanyakkan manusia tak tahu yang Allah tu takkan mungkir janji.

Kalau dengan manusia berjanji, kita boleh pulak yakin. Member nak pinjam duit janji nak bayar.kita boleh je bagi kan. Tp ni Allah janji nak bagi syurga kita mcm tak berapa yakin je. Kalau Dia kata nak bg syurga, mmg akan bg. Kalau Dia kata ada balasan api neraka, mmg akan dan pasti adalah. 


وَعْدَ ٱللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ ٱللَّهُ وَعْدَهُۥ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
٦يَعْلَمُونَ ظَـٰهِرًۭا مِّنَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ ٱلْـَٔاخِرَةِ هُمْ غَـٰفِلُونَ ٧

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. ~ Surah Rum 6-7  

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Generasi Media Sosial - Keyboard Warrior
Agama Tidak Beri Kesenangan di Dunia Betul Ke?
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Monday, 16 September 2024