YKAT Blog

Font size: +
2 minutes reading time (313 words)

TAJAAN IFTAR ' DRUGS INTERVENTION COMMUNITY' (DIC) KUANTAN

 25 Ramadhan 1443h

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, pihak Yayasan Kebajikan At Tibyan masih berkesempatan mengisi slot majlis Berbuka Puasa di DeRhu Beach Resort, Kuantan melalui penajaan kepada 60 orang ahli dibawah penjagaan DRUGS INTERVENTION COMMUNITY ( DIC ) cawangan Jalan Wong Ah Jang, Kuantan. Jemputan Ini adalah terdiri dari 30 orang Dewasa (peserta dan kakitangan) serta 30 orang kanak-kanak dibawah jagaan yg terdiri juga dari kanak-kanak yatim, miskin dan terbiar.

Menurut Puan Khairul Fauziah bt Muhammad atau lebih dikenali sebagai GEE, Organisasi ini telah wujud sejak 15 tahun lalu yang memberikan fokus kepada membimbing golongan penagih secara sistematik terdiri dari lelaki dan wanita , juga bertanggungjawab mengasuh anak-anak penagih yang terbiar dan tiada kemampuan supaya lebih terurus sehingga boleh berdikari sepenuhnya



"...DIC memberikan fokus kepada membimbing golongan penagih secara sistematik terdiri dari lelaki dan wanita , juga bertanggungjawab mengasuh anak-anak penagih yang terbiar dan tiada kemampuan..."

DRUGS INTERVENTIONS COMMUNITY KUANTAN

Menurut GEE yang merupakan seorang Pegawai Pentadbir Persona Grata Wanita(PGW), Pusat Singgah masuk ( drop in center) ini adalah satu Badan NGO yang memerlukan perhatian penuh untuk memastikan golongan ini tidak terbiar dan harus dibantu dalam pelbagai aspek kewangan , sosial dan kerohanian umumnya. Menurut Puan GEE juga, beliau amat berterima kasih kepada Yayasan Kebajikan At Tibyan kerana menaja program berbuka puasa ini serta penghargaan kepada YM Raja Badreen Ahmad bin Raja Badrol, selaku Ketua Eksekutif Dakwah ( CDO ) Yayasan Kebajikan At Tibyan yang banyak membantu program dalaman DIC serta membimbing ahli-ahli terbabit sejak dahulu lagi.

Sebelum akhir majlis , pihak Yayasan Kebajikan At-Tibyan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkhairi Md Ghani , Sukarelawan YKA, Abdul Azim Azhari dan YM Raja Bazil menghulurkan duit raya sumbangan YKA kepada anak-anak DIC Seramai 30 orang terbabit. Semoga dengan sumbangan ini dapat memeriahkan keharmonian aidilfitri untuk mereka semua. 

LAWATAN KE PEJABAT PGW
KEMPEN KUTIPAN DANA UNTUK DEWAN PEPERIKSAAN MABIQ ...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Saturday, 27 July 2024