Font size: +
5 minutes reading time (1034 words)

Kisah dua pemilik kebun dalam Al-Quran

Setiap ayat Al-Quran membawa mesej yang penting untuk kita.Bahkan tidak ada satu pun ayat yang tidak penting,kerana Allah tidak akan buat dan kata sesuatu yang sia-sia. Hari ni kita lihat satu ayat Al-kahfi 18:35. Allah ceritakan tentang 2 pemilik kebun, salah seorang pemilik tu yang masuk kedalam kebun dalam keadaan menzalimi diri sendiri. Secara logik, ada ke orang yang menzalimi diri sendiri? Tidak ada, kalau menzalimi orang lain adalah, memang ramai.Apa kita kata pada orang yang menzalimi diri sendiri ni? Bodoh kan. Jadi, apa perbuatan zalim terhadap diri dia tu?

Dia kufur.Kufur tu perbuatan tak bersyukur. Dia rasa hebat dengan nikmat yang dia dapat. Ada rasa gah dalam diri, usaha yang dia buat selama ni menjadi, berjaya dan berhasil.Bila ada kufur, maksudnya dia ada rasa tak bersyukur dengan apa yang Allah kurnia kat dia iaitu kebun yang hebat,subur dan pelbagai jenis buah-buahan ada sungai-sungai. Bukan itu sahaja Allah bagi,bahkan dia ada pengikut dan pekerja yang ramai dan taat pula. Apa bukti dia tak syukur?

Apa dia kata?

"Aku rasa kebun ni akan kekal subur hebat dan keluarkan hasil yang hebat macam ni selama-lamanya".

Mafhumnya, " Aku dah bangunkan kebun ni dengan penat lelah, banyak fikir dan kos dihabiskan, dah buat sistem yang terbaik,pembajaan dan saliran, pekerja yang rajin dan ramai, kebun ini pasti terus mengeluarkan hasil yang hebat." Itulah seolah-olah katanya.

"Dan aku tak fikir kiamat akan terjadi, kalau aku matipun pasti Allah akan bagi lebih baik dari ini."


Jadi,apa kaitan kebun dengan hidup hari ini?


Kebun adalah tempat kita mencari rezeki. Pejabat kita, bisnes kita yang kita bangunkan. Melihat ayat ini, saya terfikir betapa ramai dari kita terlepas pengajaran dari sini. Ada yang dapat kerja dan pangkat tinggi, mula lebar dadanya, rasa hebat. Ada yang membinar empayar perniagaan berjuta-juta mula rasa hebat, gaya percakapannya dah jadi lain,berbeza berbanding masa dia mula-mula berniaga dulu. Ini kerana dia mula rasa semua usahanya dulu, pergi kursus belajar itu ini, telah berhasil,kakitangan yang ramai,bangunan pejabat yang hebat,berpuluh-puluh cawangan dan pendapatan yang sentiasa mengalir masuk. Dia rasa, inilah bisnes yang aku akan tinggalkan untuk waris aku bila aku dah tak ada nanti. Empayar perniagaan ini dah berdiri lama, stabil, ada ramai pekerja mahir. Pasti akan terus berkembang dan maju. Anak-anak akan senang dan tak jadi orang susah macam aku dulu-dulu.

Kalau kita ada bisnes macam ni, agak-agak ada tak dalam fikiran perasaan kita bila masuk ke 'kebun' kita , ada terdetik dalam hati macam ni? Mungkin ada. Bahkan lebih teruk lagi, mungkin ada pula perasaan merendah-rendahkan orang lain yang kurang harta darinya. Inilah takabbur (sombong). Takabbur ini yang menyebabkan dirinya tercampak kedalam neraka. Sebab sombonglah yang menyebabkan iblis dihalau dari syurga dan dijanjikan tempat di neraka. Mencampakkan diri sendiri kedalam neraka perbuatan zalim pada diri sendiri tak? Ya zalim.

Dia kata lagi, "Dan aku tak fikir kiamat akan terjadi, kalau aku matipun pasti Allah akan bagi lebih baik dari ini." 

Al Kahf 18:40

Tengok dia rasa Allah sayang kat dia. Apa bukti yang dia rasa Allah sayang kat dia? Sebab Allah kurniakan rezeki yang berlimpah-limpah kat kebun dan kehidupan dia. Kalau mati pun pasti Allah bagi yang lebih baik. Yalah, kalau kat dunia pun Allah dah bagi macam ni bagus, pasti kat syurga lebih lagi.Allah sayang aku kan! Guys, dia perasan ahli syurga dengan sebab nikmat-nikmat yang Allah bagi kat dia je. Bukan sebab amalan soleh ke apa! Perasan tak?

Allah bagi kehidupan,pekerjaan yang baik,anak yang bagus,rumah yang hebat, pejabat bagus dan pekerja yang baik dalam hidup kita. adakah ia bukti Allah merahmati dan sayang kita? Ya lah, Allah sayang kita sebab tu dia beri sebegitu. Orang miskin susah sebab Allah tak rahmat kehidupan mereka. Allah uji mereka. Betul ke gitu? Ramai dari kita rasa macam tu kan? Tapi belum tentu.

Kesenangan boleh jadi ujian kepada kita. Bahkan mungkin lebih besar dari ujian kesusahan. Ini yang nak diceritakan dalam Al-kahfi ni. Kerana Allah juga berikan kehebatan dan kemewahan hidup kepada Firaun, Qarun dan Haman, tetapi hidup mereka binasa kerana menzalimi diri sendiri. Di dunia pun dah dapat bala, apatah lagi di akhirat. Sahabat nabi? Ramai tak miskin? Ya, ada ramai. Ada yang miskin sampai tak ada rumah pun. Mereka dikenali sebagai ahlus suffah. Tapi iman mereka macamana? Pengakhiran mereka bagaimana? Mashaallah hebat!

Kadang-kadang bisnes kita taklah sebesar mana pun, baru nak start dan nampak macam berhasil sikit,tapi kita dah mula ada rasa perasaan macam ni kan?. Kadang-kadang projek masuk sana sini, menyebabkan kita sibuk dan lupa. Allah nak uji je sebenarnya, nak tengok kita macamana. Dengan nikmat ujian tu kita syukur ke atau kufur. Ini yang kita kena ingat.

Cuba tengok apa Nabi Sulaiman kata bila dikurniakan nikmat dan kerajaan hebat dalam An-Naml 27: 40

"Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

Kita kerajaan pun tak ada, tapi dah mula rasa hebat kan. Jadi apa yang Quran ajar? Cuba perhatikan apa yang sahabat dia nasihat.

"Sepatutnya masa engkau masuk kebun tu engkau kena kata, مَا شَآءَ ٱللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah) Al-Kahf 18:39

Tak salah bina bisnes dapat kerja hebat. Mukmin yang hebat adalah seperti sahabat-sahabat nabi ramai yang kaya. Luar biasa kaya.Tapi apa mereka buat dengan kekayaan mereka? Kaya mereka bukan untuk diri sendiri,tapi untuk manfaat orang lain.Untuk manfaat agama. Itulah mungkin yang membezakan kita dengan mereka. Ingat, semua yang kita dapat hasil tu, bisnes hebat tu pada hakikatnya bukan dari usaha kita pun. Bahkan ia dari kurniaan Allah belaka. Allah yang mudahkan.

Jadi kembalikan syukur pada Allah. Ada je kawan-kawan kita buat bdan usaha bermacam-macam bisnes tapi tak menjadi-jadi kan. Lepas satu bisnes try, rugi tak menjadi, try pula bisnes lain. Usaha bergantung dengan Allah.Sebab itu pentingnya kita cari kawan & bersahabat dengan kawan yang sentiasa boleh ingatkan kita tentang diri kita.Kadang-kadang kita tak sedar ,sebab terleka dengan 'nikmat' yang sedikit Allah uji kita. Allah bagi sikit je baru, kita dah rasa hebat. Wallahualam!

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Bengkel Street Dakwah Kuantan
The Garden of Arrogance
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 05 December 2024