IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
4 minutes reading time (730 words)

Munafikkah aku?

WhatsApp-Image-2025-05-07-at-12.36.40-PM

Setiap umat Islam wajib menuntut ilmu. Kita tak wajib pergi sekolah tapi wajib cari ilmu sebab ilmu kunci kepd amalan. Sekarang zaman dah moden. Nak belajar sesuatu, semuanya di hujung jadi. Tinggal nak ke taknak je. Tapi dalam masa tuntut ilmu ni, kita sering terlupa yang ilmu ni bukan hanya untuk kita seorang. Bila kita dapat sesuatu ilmu, kita mesti amal dan sampaikan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ramai org tak nak sampaikan ilmu sebab rasa berat, rasa tak layak, belum alim dan takut terkena balik. Jadi, lebih memilih untuk jaga hal sendiri, padahal kita mmg WAJIB untuk sampaikan ilmu. Yang rasa berat nak sampai sebab rasa ilmu tu kena sampaikan dekat org lain. Act tak pun. Dapat ilmu, boleh share dengan adik beradik, family terdekat dan kalau ilmu tu berbentuk teguran dan rasa takut nak tegur, mulakan dgn doa dulu. Doakan supa Allah bukakan jalan dan sedarkan sesoramg itu dari jalan yang dimurkai. atau cukup kita tunjukkan dengan contoh peribadi. See, mudah je kan.

Nak sampaikan ilmu, banyak cara yg kita boleh guna. Boleh sampaikan dgn nada gurau senda, santai dan sbgainya. Macam2 cara boleh guna. Kalau malu untuk berdepan, boleh sampaikan thru medsos. Tapi tulah, kita lebih memilih untuk simpan sorang ilmu tu sebab "takut" akan penerimaan org yang situation tu kita sendri create dalam otak kita. Lepastu, mula la kita cipta mcm2 alasan utk tak sampaikan ilmu. Sebenarnya, itu semua bisikan syaitan untuk hentikan kita daripada buat dakwah. Allah tak minta kita jd sempurna dlu, Allah cuma minta usaha.

Saya teringat kisah Perang Tabuk yang diceritakan oleh Ustaz Muein sewaktu tour beliau berjumpa dgn anak muridnya di Kuantan baruni. Perang Tabuk ni merupakan perang terakhir nabi dan pd waktu tu, Nabi Muhammad tlh berjaya buka Kota Mekah dan berita ni sampai ke orang Rome. Mereka kata umat Islam makin kuat jadi mereka tak boleh biarkan. Sampaikan ke pengetahuan nabi, maka Nabi seru umat Islam bersiap sedia untuk ke Tabuk. Sahabat2 Nabi, dari yg kaya raya sehingga yang miskin, berlumba-lumba bagi bantuan sebagai persediaan perang.

Ada sebahagian org munafik mula gelakkan yang miskin.

Kata mereka, "sikit mcmtu pun nak sumbang?"

Orang munafik ni smuanya Islam. Mereka beribadah sama macam org Islam tapi bila diajak berperang pertahankan Islam/menyebarkan Islam, mereka mula memberi 1001 alasan untuk mengecualikan diri dari mengikuti perang. Macam2 alasan yang mereka beri sedangkan Allah kata tak kisah cuaca macam mana, bila diseru berperang, kena pergi berperang. Org munafik tak suka ikut perang, sebab risau susah dan tak selesa. Mereka siap bersumpah lagi kata kalau mereka mampu, ada tenaga, harta mereka akan ikut berperang.

Lalu Allah bongkarkan sikap mereka dalam Surah At-Taubah:

"Dan di antara mereka ada yang berkata, 'Izinkanlah aku (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan aku terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah, mereka itulah yang telah jatuh ke dalam fitnah."
(Surah At-Taubah: 49)

Ok so apa kaitan dengan kita. Kita dari kecil belajar, kan? Ilmu berkenaan fardhu ain, sirah, akhlak, ibadah, tapi cuba reflek balik. Kita amal tak sampai skrag? Kalau ya, alhamdulillah. Lepas beramal kita ada share tak dgn org sekeliling? Atau kita simpan ilmu tu sorang2, sedangkan di sekeliling kita ada orang buat mungkar?

Kata Allah org yng beriman bila dia dgr pasal perang, dia akan volunteer pergi. Takperlu tunggu nabi ajak baru nak pergi.

Firman Allah: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan berjihad dengan harta dan diri mereka di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."
(Surah Al-Hujurat: 15)

Cuba bandingkan dgn kita? Cth mudah, klu org ajak buat dakwah, join program ilmu, ziarah kita mudah tak nak pergi? Atau kita mula cari alasan untuk tak pergi? Dan kalau org tak ajak, ada tak kita usaha nak turun juga buat? Jadi, kita sebanrnya sama macm org munafik atau tidak?

Jangan tunggu sempurna baru nak amal dan sampaikan.
Mulakan dengan sekecil-kecil tindakan, kerana itulah bukti keimanan.

"Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."
(HR Muslim)

Ilmu yang tak diamalkan/disampaikan, akan jadi beban di akhirat. Bukan sebab tak tahu, tapi sebab tahu, tapi tak buat apa-apa.

Jadi, munafikkah aku?
Bukan orang lain yang jawab, tapi diri sendiri. Wallahu a'lam.

Penulisan ni bukan utk org lain, tapi juga peringatan untuk penulis sendiri. Moga ada manfaat utk pembaca. Btw, setiap bulan Yayasan Kebajikan at-Tibyan ada buat Street Dakwah sekitar Kuantan. Nak join? Boleh pm facebook kita. 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Tadabbur Surah Qiyamah
Betul ke al-Quran itu penawar dan buka jln penyele...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Friday, 16 May 2025