IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (560 words)

Betul ke al-Quran itu penawar dan buka jln penyelesaian utk setiap masalah?

WhatsApp-Image-2025-05-06-at-2.37.31-PM

Kita selalu kata al-Quran itu petunjuk hidup kita. Tapi bila datang ujian, resah, kecewa, kita btul2 rujuk Quran atau tidak? Bukan kata org lain , tapi terkadang min sendiri pun tak kembali dan bila tanya orang lain pun begitu. Kenapa? Sebab kita tak faham apa yang ditulis dlm quran. So,kita tak tahu mcm mana nak relatekan ayat-ayat Quran dengan hidup kita sendiri.Tapi jgn takut, jgn putus asa.. mmg banyak, tapi kita kena cuba dah utk mula faham al-Quran.

Waktu Nabi mula terima wahyu, nabi pun takut sehingga balik rumah dalam keadaan menggigil dan minta diselimutkan. Kita semua familiarkan dgn cerita ni.. Tapi kita pernah terfikir tak kenapa nabi takut?

Nabi takut sebab tahu wahyu yang baginda terimatu berat sangat. Ayat yang Allah turunkan akan mengubah dunia dan dalam masa yang sama bertentangan dengan nafsu manusia. Manusia tak akan mudah2 terima, jadi nabi takut. Apa Allah kata?

Wahai org yg berselimut, bangun! (Surah Muzammil: 1-2) (Bangun malam dan dirikan solat).

Kenapa kena bangun malam

1. Rutin Orang Soleh

2. Amalan terbaik utk mendekatkan diri dengan Allah

"Sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat malam."
(HR Muslim)

3. Penghalang diri dari buat dosa

4. Penghapus dosa

5. Penghilang penyakit dengki. Bila berdamai dengan takdir Allah- akan lebih cintakan Allah berbanding cintakan dunia-jd, manusia tak akan dengki dengan kehidupan org lain


Nampak tak, bila ada masalah, rasa risau, tak yakin, Allah tak suruh cari jalan penyelesaian terus, tapi Allah suruh bangun malam.. Solat malam ni akan bantu beri kekuatan dalaman pd mental dan fzikal manusia. Nampak macam mustahil kan sgla masalah boleh selesai hanya dengan solat malam. Tapi ini Allah yang kata. Tuhan yang cipta kita, cipta masalah dan cipta jalan keluar. Tiada mustahil bagi Dia. Kalau kita betul2 yakin, pasti Allah akan buka jalan. Yang penting, buat dulu dan letakkan sepenuh keyakinan hanya pada Dia.

Nah tahu apa lagi solusi yang ada dalam quran? Mulakan dengan tadabbur.. Tak perlu banyak terus, mulakan dengan 1 hari 1 ayat atau 1 hari 1 surah pendek. Kita sudah ada solusi/panduan untuk dirujuk bagi setiap masalah, cuma bergantung pada kita sama ada nak gunakannya atau tak.

Macam ubat. Kalau kita ada ubat, tapi tak tahu cara nak guna ubat atau pakai guna je ubat tu tanpa faham funginya, ubah tu tak dpt merawat pun sakit malah mungkin akan mendatangkan mudarat pula. Macam quran juga.. Kita smua ada access kepada Quran, terpulang pada kita nak faham ke tak fungsinya.

Jangan tunggu tua baru nak mula belajar faham quran, sebaliknya mula dari sekarang.. Satu ayat pun cukup beri kesan dalam hidup kalau kita faham dan amalkan. Jangan takut untuk mula. Kalau rasa jauh, takut, ingat, Nabi Muhammad pun takut waktu mula-mula menerima wahyu. Tapi dengan bimbingan Allah, Baginda bangkit dan bawa perubahan besar kepada dunia. Allah tak minta kita jadi sempurna atau hebat terus macam ustaz/alim ulama, tapi Allah nak tgk usaha kita.

Lepas dah dapat sesuatu ilmu, ia dah jadi amanah untuk kita share dengan orang sekeliling kita. Tak perlu tunggu buat kuliah atau org jemput utk bagi sharing, ada peluang terus share. Ingat tak tadi kisah nabi menggigil lps dapat wahyu (ilmu)? sbb nabi takut. Ilmu yang diterima bertentangan dgn cara hidup kebiasaan manusia akan tetapi amanah yang perlu disampaikan kepada manusia. Tapi jangan pula kata taknak tuntut ilmu sebab malas nak share. Tuntut ilmu WAJIB bagi mengelakkan jahil. Lepas tuntut, cuba amal dan sampaikan dengan cara yg termampu. 

Dapat sesuatu? Moga bermanfaat..

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Munafikkah aku?
Street Dakwah bersama adik-adik dari Smart Tahfiz
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Friday, 16 May 2025