YKAT Blog
Street Dakwah bersama adik-adik dari Smart Tahfiz
Macam biasa, setiap bulan, yayasan akan cari masa untuk turun ke lapangan buat street dakwah. Kali ni special sikit adik-adik dari Smart Tahfiz UCYP, Kuantan pun turun sekali.
Masa sesi briefing, ramai antara adik-adik share rasa takut nak approach org. Min faham sangat rasa tu sbb min pun mcmtu. Memang la kan, sebab budaya approach orang random ni bukan budaya kita kat Malaysia. Kita more to 'jaga privacy', 'tak kacau orang'. So bila nak buat street dakwah, rasa awkward, takut kena marah, takut kena reject. Tapi, sini min nak bgtau.. Rasa tu normal.
Min sendiri pun dulu rasa benda sama. Even sekarang pun, ada masa rasa takut tu still ada. Tapi honestly, most of the time, fear tu datang dari overthinking je. Kita yang create 1001 negative scenario dalam kepala. Hakikatnya, orang Malaysiani generally baik2 belake. Mereka tak marah pun, maybe just politely decline.
Kalau Everyday issa learning day. Klu tak buat, memang takkan tahu kita boleh ke tak. Bila kita try, baru kita boleh self-check mana yang ok, mana kena improve & teknik yg blg adjust. Kalau kita stay dalam comfort zone, kita akan stuck kat situ je forever.
Dalam street dakwah, kita kena prepare mental "Aku akan kena reject." bak kata Bro Azim dari MRM sebab tak semua org nakterima
- Bagi flyers, orang taknak ambil - it's okay
- Share something pasal Islam, orang taknak dengar - it's okay
- Nak ajak buat kebaikan, orang buat muka - also okay
Janji kita dah usaha, dah sampaikan. Hidayah is not in our control. Kita hanya perlu jadi penyampai yang baik.
Min, sejujurnya selalu rasa takut, tapi apa yang min buat, min cuba ingat balik usaha Nabi kita. Kita sebar dakwah takde pun dipalau, dipukul, tapi nabi kita? Macam2 dah baginda rasa. Nabi putus asa? Tidak sama sekali. Zaman kita, agama Islam mostly orang malaysia dah familiar with it, tapi zaman nabi, islam ni lain, mcm benda baru, sebab bertentangan dekat adar dan budaya masyarakat mereka. Bukan mudah nak ubah amalan yangdah jadi kebiasaan. Tapi nabi tetap teruskan... Jadi, apa alasan kita taknak buat dakwah, kan?
Untuk pembaca, dakwah ni bukan untuk org lain tapi sbnrnya untuk diri kita juga. Jangan mudah putus asa. Perbaharui niat, tanamkan azam, inshaAllah takkan lelah jika Lillah. Wallahu a'lam.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments