YKAT Blog
Tadabbur Surah Qiyamah
Dalam surah ini Allah menceritakan mengenai kebangkitan manusia semula dan pada masatu takde apa dah yang boleh manusia sembunyikan. Semuanya akan dibongkarkan nanti. Masa tu dah tak boleh balik semula ke dunia apatah lagi minta pertolongan dgn orang lain..
Semua amalan kita akan diperlihatkan dan tiada yang akan terlepas dengan hisab Allah tak kira dia mukmin mahupun orang yg ingkar (kufur). Setiap org akan dipanggil dan akan diperbentangkan di hadapan semuaorang setiap amalan yang mereka buat di dunia sama ada yg baik atau yg tak baik tanpa tertinggal walau satu noktah. Masani orang yang kufur akan mula mempersoalkan buku apa yang mereka terima ni sebab buku tersebut tulis sekecil2 amalan hingga sebesar2 amalan yang mereka buat. Masa tu nanti, hati dah resah gelisah, lidah terkelu dan jasad dah tak mampu berbuat apa-apa.
Tapi dalam suasana yang penuh ketakutan dan huru-hara itu, ada satu golongan yang Allah beri layanan istimewa iaitu kepada orang mukmin yang taat dan jujur dalam amalnya.
Hadis Nabi: Sesungguhnya Allah akan mendekatkan seorang mukmin, lalu menutupinya dan melindunginya (dari pandangan manusia), lalu berfirman kepadanya: 'Apakah kamu mengetahui dosa ini dan dosa itu?'
Dia menjawab: 'Ya, wahai Tuhanku.'
Maka Allah berfirman: 'Aku telah menutupinya untukmu di dunia dan pada hari ini Aku akan ampukanmu.
Lalu diberikanlah kepadanya catatan amal kebaikannya."
Siapa je kan tak bahagia bila dilayan sebegini. Itulah kelebihan orang yang beriman dan beramal soleh. Allah permudahkan hisab mereka.
Nabi SAW ada ajar kita satu doa agar dipermudahkan hisab (perhitungan). Doanya berbunyi:
اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا
Maknanya: "Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah."
Doa ni ringkas je, tapi berat maknanya. Ia bukan sekadar minta supaya senang di akhirat, tapi juga peringatan untuk kita sentiasa bersedia. Kalau sekarang pun kita tak sempat solat, suka mengumpat, abaikan amanah, dan masih lalai, agak-agak mudah ke hisab kita nanti? Jadi, doa itu bukan jampi, tapi dorongan untuk berubah. Kita usaha yang terbaik, doa semampunya selebihnya kita serah pd Allah.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments