IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
3 minutes reading time (657 words)

Street Dakwah Bulanan (Mei 2025)

WhatsApp-Image-2025-05-19-at-10.10.55-A_20250519-022021_1

Bulan ni kita tukar angin sikit. Biasanya Street Dakwah kita buat kat Taman Gelora tempat yang agak familiar sbb kita sllu buat disana.. Tapi kali ni, kita cabar diri buat kat Teluk Chempedak (TC) Yup, kawasan yang sentiasa penuh orang, especially hujung minggu. Sejujurnya… cuak jugak haha tambah dgn min kurang sihat haritu. Yelah sbb skrg kan musim mcm tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan. Masa nak gerak dari rumah pun langit dah mendung seolah2 dah nak hujan. Tapi kita jalan je haha. Tawakkal dan alhamdulillah, we did it…

Walaupun kami tak ramai, tapi Allah cukupkan dengan kehadiran yang ada. Special thanks utk adik2 dari UCYP yang join support program kali ni. Bila ada wajah2 baru join, rasa semangat tu naik balik. Setiap bulan, mesti ada je volunteer baru dan itu satu nikmat yg min sangat bersyukur dan berterima kasih.

Macam biasa, sebelum mula kita buat briefing dulu.. kenapa penting buat street dakwah? Macam mana cara mudah nak approach orang awam? Apa yang boleh, apa yang kena jaga. Min sendiri pun still nervous tiap kali buat, walaupun rasa2 ni kali keenam dah tahun ni turun. Tapi kita ingat balik firman Allah:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik..."
(Surah An-Nahl: 125)

Dakwah ni bukan soal pandai cakap je, tapi soal hikmah, sabar dan keikhlasan. So kita redah dengan niat nak sampaikan sedikit dari apa yang Allah dah beri pada kita.

Tengah2 bagi pamphlet, tiba-tiba terserempak dengan group adik2 Asasi UIA Gambang. Diorang tengah buat social interview berkenaan kerjasama pihak universiti dengan industri. Since min dulu pernah jadi mahasiswa dan skrg dah masuk dalam industri, min dgn adik2 dari UCYP boleh la share pendapat sikit berkenaan perkara ni then dapat juga selit dakwah dan sampaikan mesej ttg program dakwah yg kita buat ni.

Sedar tak sedar dah nak hampir maghrib so kita wrap up ttg apa yang kita dapat harini. Mereka tanya, Street Dakwah ni ada sllu ke? Kita kata inshaAllah kalau tiada halangan kita mmg buat setiap bulan. 


Mereka tanya lagi, knp perlu buat mcmni? Kan Dakwah boleh buat dengan org yg terdekat? Betul tapi kita kena ingat, Quran bukan hanya utk orang Islam tapi utk smua. Buktinya dalam Quran ada 19 ayat yang dimulakan dgn "Ya ayuhannas" yg bermaksud wahai sekalian manusia (termasuk yg bukan Islam). Rasa2 org bukan Islam ada tak mereka saja2 nak baca Quran? Tak atau jarang sekali melainkan ada tujuan atau kajian. Jadi, tugas kitalah utk sampaikan apa yg ada dalam quran. At least nti diakhirat Allah tanya, kita dah ada usaha utk sampaikan kalam Allah kpd mereka. Mereka terima atau tak, terpulang. Sbb hati dan hidayah dari Allah bukan dari kita. Yg penting kita usaha.

Selain non muslim, kita juga share dengan muslim. Sbb ramai sekarang, termasuk min baca Quran tapi tak faham ttg apa, tak tahu mcm mana nak gunakan al-Quran sbg panduan sdgkan ia rujukan utk setiap perkara dalam hidup kita. Kita share ni bukan nak paksa mereka tapi nak buka minda mereka. Nak ubah kebiasaan masyrakat yg sblm ni hanya baca tanpa faham kpd baca, faham, amal dan sampaikan kerana itulah tujuan al-Quran diturunkan. 

Sblm hantar adik2 ke kolej, ada yg kata "terima kasih min, saya happy sangat harini".. simple je kan? Tapi sampai skrg hati min berbunga bila teringat dia kata mcm tu. Adik2 ni orang jauh2, bukan org Kuantan. Taklama dah nak habis belajar. Smga lpsni kemana pun adik2 berada, terus jadi penyampai kebaikan dan pembawa harapan.

Inilah sekadar coretan program dakwah pd bulanni. Saja share di sini, nanti2 boleh tengk balik perjalanan mula2 street dakwah ni buat disini..

Love, Min

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Peluang Kedua
Tadabbur Surah Qiyamah
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Friday, 27 June 2025