YKAT Blog
//-->
5 minutes reading time
(940 words)
Bicara Pemuda dari KL
Satu hari dalam tahun 2023,dalam satu perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan, sebelah seat aku ada seorang pemuda, Kamal namanya. Wajahnya tenang, bersih, usia sekitar 25 tahun. Dalam perbualan awal, aku dapat tahu dia seorang guru tahfiz, memiliki syahadah 30 juz, dan pernah belajar di negara jiran. MasyaAllah, hati aku terusik kagum. Topik perbualan kami? Sudah tentu tentang Al-Quran.Aku memulakan bicara dengan soalan yang kelihatan mudah, tetapi sebenarnya mendalam."Kamal, kamal rasa apa tujuan Al-Quran diturunkan?" tanyaku sambil tersenyum.Dia termenung seketika, mungkin mencari jawapan yang tepat. Akhirnya dia menjawab, "Untuk panduan hidup manusia, bang."Jawapan itu memang aku jangka. Aku angguk perlahan sebelum menyambung,"Panduan macam mana tu?" Dia berfikir lagi, kali ini lebih lama. Mungkin soalan ini jarang sekali dilontarkan kepadanya."Panduan cara untuk hidup dan beramal soleh. Setiap apa yang kita buat mesti ada matlamat, kan?" jawabnya yakin. Aku sengaja mencabar lagi."Kalau begitu, apa pula matlamat Kamal hafal Quran?" Dia tersenyum kecil, mungkin jawapan ini sudah lama tertanam dalam mindanya."Nak beri mahkota kepada ibu ayah di akhirat nanti, dan beri manfaat kepada ahli keluarga.""Setakat ibu ayah Kamal je? Sikit sangat manfaat Quran yg ada pada diri awak" soalku dengan nada sedikit provokatif. Aku mahu mencungkil lebih dari dirinya. Kamal terdiam, tersenyum kelat sambil menggaru kepala."Apa matlamat yang lebih besar dari mak dan ayah awak? Ada lagi? " Aku cuba membuka fikirannya.
Lama dia termenung, akhirnya dia menjawab perlahan, "Saya ajar budak-budak menghafal.""Alhamdulillah," aku puji. Jarang anak muda yg nak bergelumang dengan Al-Quran. Masing-masing ada matlamat lain yang nak dicari. Kata Nabi, Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarkan kepada orang lain.... Sebelum bertanya lagi,"Kamal dah ada syahadah, kan? Cuba cerita sikit pada saya, satu dua ayat, apa pengajaran ibrah dari Al-Quran yang benar-benar jadi panduan hidup Kamal?, satu pun takpe" Aku perasan, wajahnya berubah sedikit. Soalan ini mungkin terlalu berat. Berat sebab mungkin tak pernah terfikir sebelum ni. Baca sekadar baca, itu lah yang kita tahu dari dulu. Aku faham, kerana aku juga pernah berada di situasi yang sama—menghafal tanpa benar-benar memahami.Aku cuba pendekatan baru."Quran diberikan kepada Nabi Muhammad, betul tak?""Betul," dia mengangguk."Lepas Quran diturunkan, apa yang Allah suruh Nabi buat?""Sampaikan," jawabnya ringkas."Quran diberikan kepada kita tak?" aku soal lagi."Berikan bang, sebab tu Quran ada pada kita hari ni, kita boleh hafal," dia jawab dengan nada yakin."Kita sampaikan tak macam nabi buat?" aku sambung lagi.Dia menjawab, "Sampaikan, saya ajar anak-anak mengaji Quran. Itu sayalah,kalau orang lain saya tak pasti, mungkin susah juga nak sampaikan.""Cukup ke sekadar ajar ngaji?" aku tanya sambil memandang tepat ke wajahnya, seperti cuba menggugah fikirannya. Dia diam."Pada pendapat awak, ajar Quran tu sekadar ajar baca sahaja atau ajar supaya faham untuk ambil manfaat?" Aku cuba beri alternatif jawapan."Mestilah nak beri orang faham, bang," dia akhirnya menjawab."Kamal sebagai ahli Quran, ada tak beri anak didik awak faham Quran ?"
Dia terdiam sejenak.Berfikir panjang barangkali. Pelik-pelik soalan abang ni, perlahan dia jawab, "Takde, bang.""Kenapa tak?" tanyaku, lembut tapi tetap ingin tahu.
"Sebab saya faham satu, pastu tak mahir bahasa Arab," katanya ringkas.Aku tersenyum kecil, bukan mengejek, tetapi simpati. Itula kebanyakan pelajar tahfiz hari ni."Semua hukum Allah, apa yang boleh, apa yang tak boleh, tentang mengenal Allah, ciri-ciri orang beriman, munafik, dan kafir—semua Allah terangkan kat mana?" Aku sengaja mempermudahkan soalan."Mestilah dalam Al-Quran," jawabnya perlahan."Kalau kita tak faham apa yang kita baca, ada besar kemungkinan tak kita langgar perintah Allah?" soalku serius.
Dia diam, merenung jauh. "Ada kemungkinan, besar" jawabnya perlahan sambil mengangguk."Ada tak kemungkinan ciri-ciri munafik atau kafir yang Allah sebut ada dalam diri kita?" Aku teruskan, perlahan-lahan cuba membuka fikirannya.Dia mengangguk lagi, lebih yakin kali ini."Jadi, kalau kita tak faham, macam mana nak jadikan Al-Quran sebagai panduan? Agak-agak kita selamat tak kalau kita tak faham?"
Dia menarik nafas panjang, "Tak selamat."Aku tersenyum kecil. "Contoh mudah, semua orang nak jadi orang beriman, betul? Tapi kalau kita tak tahu apa ciri-ciri orang beriman, macam mana nak pastikan kita benar-benar beriman? Semua ciri-ciri itu Allah dah listkan dalam Al-Quran. Kita tak boleh agak-agak, apatah lagi pandai-pandai reka sendiri."
Dia mengangguk, mula nampak titik-titik kefahaman.
"Apa jadi kalau kita mengaku beriman, tapi hasad dengki ada dalam hati? Mulut kata beriman, tapi suka mengumpat di pejabat. Nabi tunjuk cara zikir, tapi kita pandai zikir lain dan rasa lebih baik,kononnya nak lebih dari nabi. Itu bukan ciri-ciri beriman, tapi ciri-ciri Bani Israel yang keras kepala.Bukankah Bani Israel sering mengubah-ubah apa yang Allah perintahkan kepada mereka? Sebab tu Allah ceritakan kisah mereka dalam Al-Quran untuk kita ambil pengajaran."
Aku berhenti sejenak, memberi ruang dia merenung.
"Ramai yang baca Quran, tapi tak faham. Sebab tu, ada ramai orang Islam yang ulangi apa yang Bani Israel buat,sombong,dengki,tak ikut taurat,degil tak nak folow nabi —semua tanpa sedar. Bahaya tak?"
"Ya, bahaya," dia menjawab dengan nada serius.
"Itulah pentingnya tadabbur. Bukan sekadar baca, tapi memahami dan menghayati. Quran bukan untuk jadi hiasan di hati, tapi panduan dalam hidup," aku mengakhiri dengan nada lembut." Sebab tu ada kita tengok mereka yang belajar Al-Quran,tapi akhlak mereka buruk,sebab apa? Sebab mereka tak faham apa yang mereka baca." Cuba tengok dalam surah Al-Jumuah, dengan apa Allah samakan ahli kitab yang tak faham kitab mereka? Keldai.
Dia mengangguk tanda setuju, matanya masih memikirkan sesuatu. Lama kemudian, dia menguap kecil.
"Nampak macam dah penat, Kamal berehatlah,nanti kita sambung. Semoga beri manfaat," kataku sambil menepuk bahunya.
Aku duduk kembali dan berdoa dalam hati. Semoga pemuda ini menjadi generasi yang bukan sekadar menghafal, tetapi benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidupnya. Kerana pada akhirnya, keindahan akhlak itu lahir dari kefahaman, bukan sekadar hafalan.
Stay Informed
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
//-->
Comments