IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (482 words)

Syukur

WhatsApp-Image-2025-07-21-at-11.12.59-AM

Sebenarnya, banyak masalah dalam hidup kita hari ini berpunca daripada satu perkara yang nampak kecil tapi sangat besar impaknya iaitu kita tak bersyukur pada Allah. Bila kita tak bersyukur, kita jadi lalai. Bila lalai, kita mula tak taat. Semuanya bermula dari rasa hati yang tak sedar bahawa segala nikmat yang kita ada ini, bukan milik kita, tapi pinjaman daripada Tuhan yang Maha Pemberi.

Kita selalu rasa rezeki tu hasil usaha sendiri. Bangun awal pagi, balik lewat malam, kerja sampai penat jadi bila gaji masuk dan bila hidup nampak selesa, kita rasa ni semua sebab kita usaha. Kita lupa, hakikatnya bukan semua orang yang kerja kuat dapat hasil. Ada orang kerja siang malam pun masih susah. Ada pula yang usaha sikit, tapi rezeki melimpah. Kenapa? Sebab yang bagi hasil tu Allah, bukan usaha kita.

Disebabkan rasa semua datang dari diri sendiri, kita mula meletakkan kerja melebihi Tuhan. Solat jadi lambat, Quran makin jarang dibuka, doa pun tinggal waktu susah je. Kita rasa kita yang handle hidup ni. Tapi hakikatnya, kalau Allah tak izin jantung kita berdegup, tangan kita bergerak, akal kita berfikir kita takkan mampu buat apa pun. Allah berfirman: "Dan tidaklah kamu memperoleh sesuatu nikmat, maka itu adalah daripada Allah." (Surah An-Nahl: 53). Ayat ni sepatutnya buat kita rasa malu bila kita anggap hidup ni hasil usaha sendiri.

Nak jadi hamba yang bersyukur? Satu je caranya iaitu kena selalu ingat nikmat. Kena sllu remindkan diri semua yang kita ada ni dri Allah. Tapi sayang, kita jarang ajar benda ni kat anak-anak kita. Bila anak malas belajar, kita mula cakap, "Ayah kerja siang malam nak bagi kamu sekolah. Mak penat cari duit." Kita ajar dia kenang jasa mak ayah, tapi kita terlupa nak ajar dia kenang jasa Allah.

Jarang kita dengar mak ayah cakap: "Nak, semua ni Allah yang bagi. Ayah mak cuma usaha, tapi Allah yang izinkan rezeki sampai. Jadi belajar sungguh-sungguh sebab tu antara tanda kita bersyukur pada Allah." Bila kita ubah cara fikir dan cara didik macam ni, barulah anak-anak kita akan belajar erti syukur yang sebenar bukan hanya tahu terima kasih pada manusia, tapi kenal siapa Tuhan yang beri semua ni.

Sebab tu, dalam hidup ni, kita kena sentiasa beringat yg kita bekerja bukan sebab nak kaya, tapi sebab itu amanah. Kita belajar bukan semata nak cemerlang, tapi nak guna ilmu untuk kebaikan. Kita hidup bukan sebab kita hebat, tapi sebab Allah masih pinjamkan nyawa. Dan bila hati kita mula terikat dengan Allah, barulah semua benda dalam hidup terasa ringan. Bila kita susah, kita yakin Allah tahu. Bila kita senang, kita tahu itu dari Allah.

Allah janji dalam Surah Ibrahim ayat 7: "Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah (nikmat) kepadamu." 

Tapi syukur yang sebenar bukan sekadar lafaz "Alhamdulillah", tapi bila kita taat. Bila kita solat di awal waktu, sabar bila diuji, redha bila tak dapat. Itu semua tanda syukur yang sebenar dan itu yang Allah nak dari kita. 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Rasa Iftiqar?
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Wednesday, 23 July 2025