Font size: +
4 minutes reading time (859 words)

Cuai Solat: Antara Punca Masalah Hidup & Jiwa Kosong

Mukaddimah

Solat adalah tiang agama. Mendirikan solat bermakna kita mendiri agama dan meninggalkannya pula bererti seseorang itu telah meruntuhkan agamanya. Meninggalkan solat bukanlah satu perkara yang kecik dan remeh. Ia adalah perkara mungkar dan berdosa besar. Solat adalah satu tuntutan wajib sebagai seorang muslim yang mengucapkan syahadah. Muslim yang benar akan melaksanakan tuntutan agama dengan baik.

Kesibukan masyarakat moden dalam urusan kerja harian pada hari ini menyebabkan ada segelintir tidak begitu mengendahkan solat, bahkan ada generasi yang sudah tidak kenal dan enggan bersolat. Lebih teruk dan parah lagi, mereka yang diuji dengan kesusahan hidup juga ada yang cuai dan tidak mengendahkan solat. Mencari rezeki lebih diutamakan, sedang kita lupa yang memberi rezeki adalah daripada Tuhan yang sama iaitu Tuhan yang mereka enggan sujud. Ini adalah satu bentuk musibah yang besar kepada masyarakat Islam khususnya dalam negara kita.

Masyarakat Muslim yang hidup tanpa asas solat, adalah generasi yang lemah rohani. Mereka hilang tempat bergantung utama iaitu Allah. Justeru, tulisan ini adalah sebagai usaha untuk menerangkan keperluan hidup bersama Tuhan dan panduan untuk mendidik masyarakat agar tidak meninggalkan solat dalam kehidupan kita walau sepayah mana keadaan yang berlaku.

Tujuan Hidup Kita

Setiap yang diciptakan pastinya mempunyai tujuan tertentu, mengapa dan kenapa ia dijadikan. Allah beritahu kita yang Dia telah menciptakan manusia dengan satu tujuan, iaitu hanya untuk beribadah kepadaNya.

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.( Ad-Zariyat 51:56)

Allah telah menjadikan dunia ini sebagai medan ujian kepada kita. Dia yang telah menjadikan segala-galanya langit, bumi dan semua diantaranya untuk melihat siapakah diantara kita yang mempunyai amalan yang terbaik.

Semua kita akan mati dan akan kembali kepada Allah, sama ada suka atau tidak.Ketika itu kita akan kembali membawa amalan dan meninggalkan semua kesenangan yang kita cari sewaktu hidup.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى ٱلْأَرْضِ زِينَةًۭ لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. ( Al-Kahfi 18:7)



Punca Masalah Hidup & Jiwa Kosong

Perasaan rungsing, tekanan perasaan, panas baran, jiwa tidak tenteram,masalah keluarga, kewangan dan seribu satu masalah hidup merupakan ujian hidup yang datang dari Allah yang Maha mentadbir segala sesuatu, zahir dan tersembunyi. Masalah jiwa & mental sebenarnya bermula dari diri kita sendiri, bukannya orang lain.

Ia bermula dengan keegoan kita yang rasa mampu hidup sendiri, lupa, berlepas atau memutuskan hubungan antara diri dengan pertolongan Allah ﷻ. Punca segalanya adalah kerana tidak mahu dekat kepada Allah. Apabila tidak tahu punca masalah, kita pun akan mencari ketenangan dengan jalan yang lain.

Jika tidak kembali kepada Pencipta, maka akan menyebabkan kita semakin jauh dari rahmatnya. Ketenangan yang dicari mungkinlah kita akan dapat, tetapi hanyalah untuk seketika sahaja, ia tidak kekal lama. Jiwa kita tetap kosong dari hidayah dan cahaya kasih-sayang Allah.

Manusia perlu hidup bertuhan kerana diri kita sendiri dicipta oleh Allah. Semua keperluan hidup kita Dia yang penuhi dan cukupkan,segalanya bergantung denganNya. Amat malang dan rugi bagi mereka yang tidak meletakkan kebergantungan diri mereka kepada Allah ﷻ, pasti mereka akan menjadi orang yang rugi di dunia dan di akhirat selama-lamanya.

Allah Tempat Kita Minta Pertolongan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Dalam Surah Al-Fatihah, sebagai seorang berimana kita mengaku hanya kepada Allah SWT kita sembah dan minta pertolongan. Bagi yang bersolat 5 waktu, akan melafazkan sebanyak 17x sehari memohon petunjuk, hidayah dan jalan yang lurus.

Solat itu doa,dan doa pula itu senjata paling ampuh bagi orang mukmin. Maka, apakah Allah akan membiarkan mereka yang selalu mengingatiNya berada dalam kesulitan? Bagaimana pula kalau mereka yang tidak memohon doa tersebut dengan mengerjakan solat? Bagaimana hidup mereka? 


Masalah hidup banyak tetapi tidak mahu minta tolong.

Ada orang menghadapi pelbagai masalah dalam hidup dia, semua serba tak kena, sehingga buntu, tak tahu lagi apa jalan boleh selesaikan. Ada yang menjadi panas baran, bunuh diri, penderaan anak-anak, hisap dadah dan sebagainya. Adakah ada kita minta, merayu mohon bantuan dari Allah dengan bersolat? Atau pergi cari cara lain?

وَٱسۡتَعِینُوا۟ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِیرَةٌ إِلَّا عَلَى

ٱلۡخَـٰشِعِینَ

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu' ". (Surah Al-Baqarah ayat : 45)

Tapi ramai dari kita sombong dan langsung tidak mahu minta tolong. Bila disuruh minta tolong, dia kata " Ah, aku boleh selesaikan masalah, dah jangan sibuk hal orang" Bila ada yang sudi hendak menolong, kita menolak dan tidak sudi ditolong,itu adalah sifat sombong.

Begitulah Allah, Dia menyuruh kita memohon pertolongan denganNya kerana Dia Maha Mendengar, tetapi kita sendiri yang membuat pilihan untuk tidak meminta, maka ketahuilah Allah amat benci kepada mereka yang ada kesombongan dalam diri. Ia adalah sifat Iblis. Dengan ada sifat sombong itulah, Iblis di halau dari syurga dan

menjadi kafir serta dilaknat selama-lamanya.

إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَـٰفِرِينَ...

"...ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir." ( Al-Baqarah 2:34)

"Bila Allah SWT tak tolong kita,ketahuilah, kita adalah orang yang binasa!" 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Ziarah Asnaf Kg. Tg Agas
The Miraculous Ants and the Divine Revelation to P...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Sunday, 22 December 2024