Font size: +
1 minute reading time (221 words)

Ziarah Asnaf Kg. Tg Agas

Mnggu ini beberapa program ziarah telah dijalankan oleh pihak YKA. Di Pekan Pahang, kami bersama pihak pengurusan Kampung Tg.Agas Pekan telah menziarahi beberapa buah keluarga bagi mendapatkan maklumat tentang kesusahan dan permasalahan yang dihadapi mereka.

Didalam ziarah ini kami banyak mendapat input dan idea. Bila melihat keadaan sekeliling dan sekitar, terdapat banyak perkara yang dapat dibuat dan dibantu bagi meningkatkan lagi mutu hidup penduduk. Rata-rata adalah nelayan yang bekerja dengan pendapatan tidak tetap. Bila musim ombak kuat, mereka tidak dapat kelaut, tidak kurang pula yang rosak enjin bot, bot rosak, jala dan pukat koyak dan sebagainya. Insyaallah beberapa program cuba diaturkan bersama kerjasama pihak pengurusahan masjid dan kampung. Fokus Yayasan adalah kepada pembangunan jati diri anak-anak muda di sini khususnya tentang perkara asas sebagai seorang muslim iaitu dengan menjaga solat fardhu. Dengan terjaganya perkara ini insyaalah ,perkara dan masalah lain dapat diatasi dengan mudah.

Ini adalah perkara pokok sebagai individu muslim yang perlu dijaga. Solat mencegah perkara buruk dan mungkar. Apabila solat dapat dilaksanakan dengan betul dan terjaga, insyaallah komuniti akan menjadi terbaik.

Manakala Di Kuantan, kami menerima kes seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan sokongan kerana telah bersalin awal dari jangkaan. Lawatan di hospital sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada beliau yang amat memerlukan sokongan ketika ketiadaan suami di sisi.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Ziarah Koloborasi Yayasan Bushra
Cuai Solat: Antara Punca Masalah Hidup & Jiwa Koso...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Sunday, 22 December 2024