Font size: +
2 minutes reading time (384 words)

Ziarah Koloborasi Yayasan Bushra

Ziarah ke Yayasan Bushra .Alhamdulillah semalam hari Ahad, 23 Julai kami berkesempatan meluangkan sedikit waktu untuk menziarahi YB sebagai rakan strategik dan koloborasi. Kami diberikan taklimat tentang visi serta wawasan Yayasan Bushra yang agak komprehensif dalam mewujudkan sebuah Yayasan yang dapat memberi manfaat kepada ummah. Dari segi penyampaian ilmu, kerja-kerja kebajikan, pengurusan hartanah, dakwah serta ekonomi dan pelaburan. Mereka benar-benar serius dan  membuatkan kami di YKA betul-betul teruja. 


Banyak perkara yang dapat dipelajari dalam pengurusan dan strategi untuk memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat. Sistem atau asas idea yang diwujudkan ini boleh diimplementasikan di mana-mana kerana ia adalah milik ummah.

Disamping kerja-kerja kebajikan, ilmu dan juga bidang ekonomi harus sama-sama diperkasakan. Yayasan Bushra juga memberikan sumbangan barangan atau material dakwah yang boleh disebarluaskan oleh YKA. Insyaallah ini memberikan semangat kepada kami untuk terus bergerak aktif dalam lapangan dakwah dan kebajikan.

Semoga ziarah ini akan membuka lebih banyak ruang koloborasi antara YB dan YKA pada masa akan datang dengan impak yang lebih besar,Insyaallah. 

Ini membuatkan kami teringat akan firman Allah SWT dalam Al-Quran tentang bertolong-menolong atas dasar takwa.


وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰىۖ وَلَا تَعَاوَنُوْا عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۖوَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]

Dan juga satu peringatan kepada semua yang terlibat dalam dunia kebajikan,juga peringatan kepada diri kami akan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah 177 :



۞ لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَـٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَـٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَـٰهَدُوا۟ ۖ وَٱلصَّـٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ

Ia berkaitan tentang kebajikan dan ketakwaan ," Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala Malaikat dan segala kitab dan sekalian Nabi-nabi dan mendermakan seorang akan hartanya- sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta-minta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi

Al Baqarah: 177
×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Ziarah Dakwah Tg Agas Pekan
Ziarah Asnaf Kg. Tg Agas
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Sunday, 22 December 2024