Font size: +
2 minutes reading time (474 words)

Ziarah Dakwah Tg Agas Pekan

Hari ini team Yayasan Kebajikan At-Tibyan bersama-sama dengan Team Ghulam Ad-Dakwah daripada Shah Alam melapangkan masa untuk menziarahi dan menyantuni asnaf di daerah Pekan, Pahang iaitu di Kg Sekukuh dan Tg.Agas. Ini adalah program pertama yang dijalankan secara bersama. Kami telah menziarahi dan menyampaikan beberapa barangan keperluan dapur serta sejumlah bantuan kewangan.Mudahan-mudahan bantuan itu dapat meringankan sedikit beban yang mereka hadapi. 

Apa yang diberi sememangnya tidak cukup,dan akan habis kerana itulah sifat dunia.Ia akan habis,hancur dan tidak kekal lama. Namun disebalik sumbangan yang diberikan, terdapat perkara yang lebih penting yang akan kekal iaitu ilmu yang dikongsi bersama mereka. Perkara penting yang perlu difahami oleh semua orang khasnya orang islam, ialah tentang matlamat sebenarnya hidup kita diatas muka bumi Allah ini. Bukan tujuan untuk mencari harta,bukan juga untuk mencari pangkat, tetapi untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa taat. Tiada ucapan dan perkataan yang lebih baik dari berpesan kepada kebaikan dan kebenaran.

Tujuan ziarah adalah tidak lain hanya untuk berpesan kerana kita sudah lama terleka dan terlupa. Ia juga membuka mata kepada kita semua tentang betapa penting ziarah untuk mengenali saudara-saudara kita yang dilanda kesempitan.

Segala kesusahan,kesulitan dan ujian yang diberikan Allah akan menjadi mudah dan senang apabila kita faham tujuan dan matlamat ini. Kemiskinan bukanlah ujian yang besar kerana ia bukanlah sebab manusia menjadi hina. Jika miskin menyebabkan manusia hina, maka ramai sahabat Nabi akan menjadi hina kerana mereka ramai yang miskin, sehingga tahap tiada rumah, nabi juga miskin. Jika kaya, harta & pangkat menjadi ukuran kemuliaan manusia, nescaya akan mulialah Firaun & Qarun. Tetapi tidak begitu. Yang menjadikan manusia itu mulia adalah taqwa, iman dan sejauh mana manusia itu dapat taat perintah Allah.

Jika dia kaya tetapi tidak taat, dia boleh menjadi manusia hina walau mulia di pandangan manusia.Tetapi, jika dia miskin,tidak berharta tetapi menjaga solat fardhu 5 waktu, menjaga aurat,menjaga halal dan haram, membaca dan cuba fahami isi kandung Al-Quran, maka dia ada manusia yang mulia di sisi Allah. Namun, jika dia diuji dengan kemiskinan dan tidak pula mentaati perintah Allah, dia menjadi manusia yang tersangat rugi. Sudahlah di dunia susah, di akhirat bertambah-tambah kesusahannya kerana enggan jadi manusia yang patuh pada perintah Allah. Jadi, Kemuliaan mana yang kita nak cari, dari mata manusia atau pandangan Allah.

Sebanyak 5 keluarga terpilih yang telah kami ziarahi. Insyaallah jika ada kesempatan lagi, kami akan usahakan untuk bertemu dengan penduduk lebih ramai. Pihak Ghulam juga ada menawarkan kelas pengajian percuma kepada yang ingin belajar Al-Quran. Program tamat pada zohor dan kami mengambil kesempatan untuk bersolat di Masjid Tg Agas. Selesai majlis, kami disambut ramah oleh AJK masjid yang diketuai oleh Pengerusi Masjid, Tok Ampat Abu Bakar dan AJK-AJK mereka. Kami amat berharap, program sebegini kekal akan dapat diteruskan untuk mengajak kita semua kembali bergantung kepada Allah.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Memenuhi Jemputan Sebagai Hakim Bagi Program Hari ...
Ziarah Koloborasi Yayasan Bushra
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 26 December 2024