Font size: +
3 minutes reading time (585 words)

Siapa 7 Golongan Terselamat di Mahsyar?

Bagaimana Keadaan Manusia di Padang Mahsyar nanti? Hari mashyar adalah satu janji yg pasti berlaku. bagaimana Keadaan manusia di padang mashyar nanti? Apa nasib diri kita nanti? Dalam Quran dan hadis banyak menceritakan kepada kita, beberapa keadaan yg berlaku akibat dari perbuatan dan amalan kita supaya kita dapat bersedia dan bawak amalan-amalan  yg baik.

Kita semua akan dihimpunkan dalam keadaan telanjang bulat,tidak beralas kaki. Aisyah ra bertanya kepada Nabi masa tu xmalu ke,takut org tgk aurat kemaluan kita,nabi kata keadaan sgt sukar,genting,cemas.. sampai tak sempat nak ambik tahu hal org, masing2 fikir tentang diri masing, anak isteri yg dia syg2 sgt, sampai tak leh tinggal dulu pun dia tak kisah dah.tak ingat langsung..nak jeling2 pun xdan.

يَوْمًا لَّا يَجْزِيْ وَالِدٌ عَنْ وَّلَدِهٖۖ وَلَا مَوْلُوْدٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَّالِدِهٖ شَيْـًٔاۗ

Pada hari tu,si ayah ni tak dpt nak tlg anaknya.kalau waktu di dunia dulu, nampak je anak ada bahaya, binatang berbisa,nyamuk ke.., pasti ayahlah yg berusaha utk selamatkan anak dia, dia cedera pun xpe,janji anaknya selamat. dan seorang anak pun tak ada peluang nak membela bapaknya sedikit pun - Surah Luqman 33

Kemudian Allah bagitahu wajah kita tertunduk lesu

وَعَنَتِ الْوُجُوْهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّوْمِۗ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا

semua manusia takut, hati berdegup kencang. Dan orang-orang yang paling rugi pada hari tu adalah org yg datang membawa dosa-dosa menzalimi diri mereka sendiri, dan pasti sangat merasa hampa. ada juga Al-Quran cerita mata manusia akan terbelalak

قُلُوْبٌ يَّوْمَىِٕذٍ وَّاجِفَةٌۙ

Hati manusia pada hari itu sangat takut. Dan manusia pd ketika tu Tak boleh bercakap sepatah pun, jadi bisu takut. seperti mana Allah cerita dlm surah Al Mursalat 35-36

هٰذَا يَوْمُ لَا يَنْطِقُوْنَۙ

وَلَا يُؤْذَنُ لَهُمْ فَيَعْتَذِرُوْنَ

Manusia dalam keadaan berlutut, dan tenggelam dalam peluh sbb matahari sgt dekat dan dalam satu hadis nabi bagitau ada yg tenggelam sampai ke telinga dan itu semua berdasarkan kadar amalan masing2.

Tapi tahukah kita ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yg dashyat ni? Dalam semua berbilion manusia tgh berdukacita,takut tu ada geng yang teduh. Kalau kita, mesti kita nak jd dalam 7 golongan ni kan? Siapa mereka ni? Sebenarnya kalau tgk hadis ni, kita boleh tahu samada kita duk dalam geng yang dapat teduhan ni atau tak. Kalau tak,sekarang kita kena usaha supaya tergolong dalam group yang mendapat naungan Allah ni, pasti lepas lepas tu akan lebih mudah dan selamat. Dalam satu hadis sahih riwayat imam bukhari bgitau yg pertama adalah

  1. Pemimpin yg adil
  2. Pemuda yg membesar dalam ketaatan
  3. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ Seorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
  4. وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، ، Dua org yg bertemu dan berpisah kerana Allah
  5. Seorang pemuda yg diajak berzina oleh perempuan yang kaya dan cantik tetapi dia menolak dan berkata, فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، aku takut pada Allah
  6. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ Seorang yg bersedekah sehingga tangan kirinya tak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya. Ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga tak ada orang tahu infaq yang telah dikeluarkan 
  7. Dan seorang yg berzikir kepada Allah dalam keadaan sunyi sehingga air matanya mengalir.


Dalam 7 ini, ada tak ciri-ciri yang ada pada diri kita? Kalau ada alhamdulillah, kalau tiada, masa masih ada untuk kita berubah dan berusaha betul-betul dengan istiqamah. Mudahan Allah berikan taufiq dan hidayah. Ingat, kejayaan yang sebenar bukan bila kita ada rumah atau kereta besar, tetapi apabila kita terselamat dari api neraka dan masuk syurga Allah, tak kiralah masa di dunia dia orang paling susah ke tak. Teruskan beramal soleh!



×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

KHIDMAT NASIHAT & PEMBIMBING EMOSI
Adakah kita mandul?
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Sunday, 22 December 2024