By Abdul Azim on Saturday, 09 September 2023
Category: Tazkirah

Generasi Media Sosial - Keyboard Warrior

 Semua benda kita nak beri komen. Ada je isu sensasi di media sosial, berebut-rebut kita rasa nak tulis idea, membuak-buak perasaan marah dan nak kritik sebab tak sama dengan kefahaman kita. Dengan harapan isu tu dapat diselesaikan dengan pendapat yang kita berikan. Orang kata nak jadi keyboard warrior la.

Isu artis,abg tesla kawin lagi, mengkritik kerajaan, parti politik dan bermacam-macam lagi isu, netizen adalah yang pertama kehadapan. Sesiapa yang berada di medsos akan tahu betapa hotnya bila berlaku sesuatu isu, mcm2 pendapat keluar, ada yg komen yang berfaedah, ada yang perli, ada yang memaki,mencarut dan tak kurang juga ada yang mengeluarkan hukum hakam fatwa agama sendiri dan mencurahkan minyak supaya orang lain lagi hot, ini satu bentuk dosa yang tak ramai orang sedar. Sebab apa? Sebab kita meletakkan emosi dan hawa nafsu dihadapan.

Tapi tahu tak, sekecil-kecil perkara yang kita buat akan dicatat dan ditanya? Lihat surah Al-Zalzalah, surah yang selalu kita dengar, Allah kata,

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ  وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ 

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!, Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

Kalau sekecil zarah pun dicatat, apatah lagi kalau sebesar kepala kita? Agak2lah siapa zaman ni yang buat dosa sebesar zarah? Moga Allah pelihara kita dan keluarga.

Jika apa yang kita komen dan beri pendapat itu baik, alhamdulillah, jika sebaliknya, na'uzubillah. Ia akan kekal, dosa akan terus mengalir selagi mana manusia melihat,membacanya. Jangan cepat sangat buat komen, sabar bang. Sebabnya banyak perkara yang kita tak tahu, kenapa dan mengapa perkara tersebut terjadi. Banyakkali terjadi bila selepas satu ketika, kita , " owh, patutlah dia buat macam tu" rupanya apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang berlaku. Pepatah kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya.

Jadi, elak beri ulasan separuh masak, ia akan keruhkan keadaan. Dalam Surah Al-Isra' Allah bagitahu kita supaya jgn ikut benda2 yang kita tak ada pengetahuan mengenainya, semua akan ditanya. 

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ ٱلسَّمْعَ وَٱلْبَصَرَ وَٱلْفُؤَادَ كُلُّ أُو۟لَـٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًۭا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Kalau tak tahu lebih baik kita diam, kurang-kurangnya walaupun tak pandai dan tak tahu, tapi takdelah nampak kita ni bodoh sangat. Inilah yang baginda Nabi Saw pesan kat kita, yang orang kita tak nak amal dan buat. Dalam satu hadis riwayat Bukhari Muslim,

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam."

Maksudnya siapa yang betul-betul yakin akan ada hari pembalasan dosa pahala tentang apa yang dia buat,pasti dia tak akan berani bercakap,menulis dan beri komen tentang benda yang dia tak tahu. Sebab duk dalam api bulan sehari, satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Berani ke? 

Dalam Surah Al-Kahfi ayat 49 yang selalu kita baca malam Jumaat, ada cerita tentang bila kita menerima buku amalan nanti. Orang-orang berdosa ni berada dalam keadaan sangat takut, pastu akan kata : 

يَـٰوَيْلَتَنَا مَالِ هَـٰذَا ٱلْكِتَـٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةًۭ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحْصَىٰهَا

," Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!"

Mereka akan tengok semua tercatat dalam tu tak tinggal sikit pun. Kecik atau besar. Pastu mereka pasti akan dibalas tentang apa yang mereka dah buat.Jangan kata Allah zalim pulak bila terima balasan, sedangkan kita yang menzalimi diri sendiri sebab tak dengar dan tak nak ikut apa yang Allah & Nabi pesan dari awal.

Jadi, buatlah konten,komen yang memberi manfaat kepada manusia. Manusia perlukan nasihat, berikan nasihat yang baik mudahan bila mereka berubah, kita turut mendapat pahala dan kebaikan darinya. Ingat, ia boleh menjadi ladang dosa atau ladang pahala kepada kita. Mari kita lihat dan baiki keadaan ini. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat. Oleh itu mari tenangkan diri dan menenangkan masyarakat daripada maklumat yang tidak betul & selamatkan pahala kita dari diambil orang di akhirat nanti. Teruskan beramal soleh dan sampaikan kebaikan!

@abuwaidz Generasi Medsos - Cepat Reaksi, Ladang Dosa & Pahala Komen dan reaction kita akan menentukan kita orang yang bagaimana? Hati-hati dala beri komen, pastikan ia memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain. Ia boleh menjadi tempat kita mengutip pahala dan juga dosa turut boleh mengalir sepanjang masa. Fahami Al-Quran agar kita terus menjaya generasi yang selamat. #dosamedsos #generasi #tadabbur #ghulamaldakwah #komen #malaysiatiktok #fypシ #fypシ゚viral #nasihat #nasihatkehidupan #abgtesla #politiktiktok #netizenmalaysia ♬ original sound - Abdul Azim
Leave Comments