By Saiful Mujaddeed Yusoff on Thursday, 14 November 2024
Category: Tazkirah

Apa doa yang nabi ajar selepas solat subuh?

Seusai solat subuh berjemaah semasa Program Youth Camp anjuran Yayasan Kebajikan At-Tibyan, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi berkenaan doa yang diajarkan nabi selepas solat subuh:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as-aluka 'ilman nafi'a,

 wa rizqan thayyiba, wa 'amalan mutaqabbala.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ILMU yang bermanfaat, REZEKI yang baik dan AMALAN yang diterima." 

-Hadith Riwayat Ahmad & Ibn Majah, 925-

Waktu doa dibaca: Selepas selesai wirid solat subuh. 

*Ada juga qaul yang menyatakan bahawa ia dibaca sejurus selepas salam (sebelum wirid), ataupun sebelum salam. Yang sepakat, ia dibaca pada waktu subuh. Wallahua'alam.

Leave Comments