1. Dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim, kita mesti banyak buat ibadah sebagai tanda kita nak dekat dengan Allah, dan sebagai tanda kita nak jadi hamba yang bersyukur. Kerana tanda seseorang bersyukur ada dengan mentaati perintah Allah.@abuwaidz 3 Rahsia Amalan Ibadah Tidak Jadi Sia-Sia. Kita taknak jadi orang rugi,bila buat ibadah dapat penat dan tak dikira. Bila nak beribadah mesti kena ikut cara yg telah ditunjukkan, bukan cara yg kita rasa baik atau orang kata baik. Cara ibadah mestilah cara Allah SWT yg ditunjukkan melalui Nabi SAW, kerana Dialah pemilik syariat ini. Jika beribadah bukan mengikut cara yg dikehendakiNya,pastilah kita bukan menjadi hamba yg taat dan berserah diri namanya! . #rahsia #akubertaubat #amalanbaik #pencintanabi #ahlisunnahwaljamaah ♬ original sound - Abdul Azim
2. Tapi pernah tak kita bertanya dan kita pernah terfikir tak, ibadah kita laksanakan tu samada diterima atau tak...ke kita rasa semua ibadah yang kita buat tu Allah terima? Atau ada juga yang tidak diterima? Kalau tak diterima kenapa pulak?
3. Macam kita kerja di pejabat, kita rajin buat kerja sepertimana yang bos arahkan, kita buatlah dengan apa yang kita rasa betul kemudia apabila dihantar kepada majikan, pastu tiba-tiba bos tak nak terima sebab apa yang kita buat bukan seperti yang mcm dia suruh. Dia suruh buat cara lain kita buat cara lain yang kita rasa macam betul. Mesti kita akan rasa penatkan, dan sia-sia kerja tu, buang waktu!
4. Apa rasa kalau apa sahaja ibadah yang kita telah usahakan sepanjang umur kita, tiba-tiba Allah tak terima. Bolehkan perkara tersebut berlaku? Ya, boleh sebab Allah ada cerita dalam Al-Quran, lihat Al-baqarah 266
أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَن تَكُونَ لَهُ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ لَهُ فِيهَا مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَأَصَابَهُ الْكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَاءُ فَأَصَابَهَا إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ فَاحْتَرَقَتْ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
5. Orang ni dia rasa dia dah buat amalan baik dari muda hinggalah usia tuanya, kemudian semuanya sia-sia bila angin panas datang memusnahkan kebunnya. Itu perumpamaan yang Allah buat untuk orang yang berinfaq, tetapi diikuti dengan ungkitan dan kata-kata yang menyakitkan hati. Tak ikhlas dan infaq bukan kerana Allah,semua sia-sia dan penat sahaja.
6. Ingat tak kisah anak Nabi Adam,Habil & Qabil ketika persembahkan korban ada diceritakan dalan Al-Maidah 27. Salah satu ibadah mereka diterima, manakala yang lainnya tidak, kerana apa? Kerana tiada ikhlas dan tiada taqwa. Ibadah dibuat dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Sedang Habil memberikan yang terbaik yang dia ada.
وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًۭا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ ٢٧
Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua putra Adam,1 ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka (kurban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia (Qabil) berkata, "Sungguh, aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa."
7. Nabi Allah Ibrahim minta doa dan bermohon kepada Allah agar terima ibadah dan amalan dia membina kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail. Walaupun dia seorang nabi, kekasih Allah, tetapi masih lagi meminta petunjuk Allah agar Allah terima amalannya. Kalau tidak diterima, pasti sia-sia. Cuba lihat Al-baqarah ayat 127
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِـۧمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَـٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ١٢٧
8. Jadi memang ada ibadah yang kita buat di terima dan tak diterima. Sebab tu penting untuk kena minta supaya Allah tunjuk jalan cara beribadah yg benar., kerana skarang banyak amalan yang bercampur-campur antara adat nenek moyang amalan orang-orang lama, sehingga kita tidak tahu yang mana satu agama dan yang mana satu amalan agama yang benar.
9. Syarat ibadah nak diterima ada 3 syarat utama, iaitu beriman, ikhlas & ikut cara nabi (ittiba' Sunnah).Tanpa salah satu dari 3 perkara ini pasti amalan tak diterima.
10.Kalau boleh buat cara sendiri dah lama nabi Ibrahim buat cara sendiri sebab diakan nabi, pasti ada peruntukan khas. Tetapi baginda sendiri tak berani memandai-mandai.Sebab itu Allah utus pada setiap kaum rasul, utk tunjuk cara beribadah yang betul. Jangan jadi seperti bani israel, yang terkenal bila Allah suruh begitu, mereka buat begini.Mereka pandai-pandai tunjuk bijak dan tukar ajaran Allah sebab akal fikiran mereka kata baik. Apa yang diceritakan dalam Al-Quran bukan sekadar cerita sejarah. Kita tahu sejarah pasti akan berulang, dan itulah yang Allah nak kita ambik iktibar, sebab perkara itu berulang dalam kalangan umat Islam hari ini.
رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةًۭ مُّسْلِمَةًۭ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ١٢٨
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu, dan anak cucu kami (juga) umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah (haji) kami, dan terimalah taubat kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.
11. Jadi hati-hati, jangan buat ibadat pastu dapat penat saja, kemudian tak diterima Allah. Sangat-sangatlah rugi.Orang-orang yang tak beriman sepenuhnya dengan pertemuan dengan Allah, dia lupa, dia leka dan dia buat ibadah tak mcm yg Al-quran.Iaitu Al-quran suruh ikut nabi, tetapi yang dibuat ikut yang lain yang bukan dari Nabi.
ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ١٠٤
12. وَأَنجَيْنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ يَتَّقُونَ ٥٣ An-Namlu 53, Allah bagi tahu, Dia selamatkan sesiapa sahaja yang ikut rasul mereka. Pengikut nabi-nabi dulu tak ramai sebab ikut kebenaran ni tak popular. Banyak bukan petanda kebenaran, kerana pengikut Firaun lebih ramai dari pengikut nabi Musa. Tetapi Allah selamatkan yang sedikit.
13. Jadi kita nak tanya diri kita, ibadah yg aku buat hari ini, ikut cara nabi atau tak. Nabi buat atau tak? Jika ikut, insyaallah kita selamat. Jika tak sia-sia dan buang masa. Semoga kita dapat ikut sunnah nabi dalam setiap kehidupan kita, Itulah namanya ittiba'ur rasul...ikut nabi...bukan ikut org,ikut rasa,hati dan mimpi!