IM3, Kuantan
Mon - Sat: 9.00 am to 5.00 pm.
Font size: +
2 minutes reading time (456 words)

Penyakit yang paling bahaya: Bukan Covid tapi Kanud

WhatsApp-Image-2025-05-20-at-12.29.29-PM

Bila sebut tentang penyakit paling bahaya, ramai yang akan terus terfikir tentang penyakit jantung, kanser, strok atau mungkin penyakit berjangkit spt COVID-19/HIV/AIDS. Sememangnya, semua itu sangat serius dan telah meragut berjuta nyawa di seluruh dunia. Tapi al-Quran mengajak kita melihat satu lagi jenis penyakit yang lebih senyap, lebih halus tapi jauh lebih bahaya.

Dalam Surah al-'Adiyat ayat ke-6, Allah berfirman:

إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌۭ

Maksudnya: "Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar (kanūd) kepada Tuhannya." Inilah penyakit yang sebenar-benarnya bahaya iiatu penyakit "kanud" yg bmaksud ingkar kepada Tuhan.

Apa yang menarik, dalam ayat ini, Allah menggunakan istilah "Rabb" bukan "Allah". Dalam konteks bahasa Arab, "Rabb" membawa maksud Pencipta, Pemelihara, Penguasa dan Pentadbir seluruh alam. Maksudnya, manusia ini bukan saja ingkar kepada Tuhan yang disembah (ilah), tapi lebih dari itu. Manusia berani ingkar kepada Tuhan yang mencipta dan mengatur hidup mereka. Nmpk tak betapa seriusnya perbuatan ingkarni sebab ia melibatkan pnolakan thdp kekuasaan mutlak Tuhan.

Bayangkan kita sebagai manusia biasa, tanpa sebarang senjata, pergi try cabar seorang polis lengkap bersenjata. Orang akan kata kita tak waras atau paling kurang pun, sangat tak bijak. Itu baru dengan manusia. Sekarang cuba bayangkan bila kita ingkar kepada Tuhan yang mencipta kita, yang beri oksigen untuk kita bernafas dan yang pegang nyawa kita. Rasa2, cerdik tak buat mcmtu? Sangat tak bijak kan? Tapi sayangnya, kita buat semua itu tanpa rasa bersalah, malah kadang tak sedar pun.

Contoh mudah, mengumpat. Ramai anggap ia sekadar "cakap belakang". Tapi sebenarnya, mengumpat ni satu bentuk ingkar perintah Allah. Allah dengan jelas larang perbuatan ini dalam Surah al-Hujurat ayat 12: "Dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya." Larangan ini bukan kecil tau. Bila kita langgar, itu maknanya kita sedang melawan Tuhan walaupun hanya dengan lidah dan kata-kata.

Masalah manusia ni, kita selalu fikir orang yang melawan Tuhan tu mesti orang yang memperlekeh agama, tolak al-Quran atau hina sunnah. Tapi hakikatnya, setiap kali kita tak taat pada perintah Allah sama ada dalam hal solat, aurat, jujur, adil atau akhlak, kita juga sedang termasuk dalam golongan yang ingkar. Dalam bahasa mudah, bila tak taat, maknanya kita sedang melawan. Lawan Tuhan bukan semata-mata dengan suara lantang, tapi dengan perbuatan yang kecil pun dah cukup sbg tanda ingkar.

Cuba kita muhasabah kjp. Mungkin kita jaga makan untuk elak penyakit jantung. Mungkin kita bersenam untuk elak obesiti. Tapi adakah kita cukup jaga hati dan akhlak kita untuk elak penyakit "kanud"? Nabi SAW bersabda: "Dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Maka jagalah hati dari penyakit ingkar kerana ia lebih bahaya dari segala jenis penyakit yang pernah wujud.

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Aku ni manusia yang rugi ke?
Peluang Kedua
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Wednesday, 23 July 2025