27 Februari 2026 - Alhamdulillah berpeluang luang masa bersama team Raja Badreen Design Studio (RBDS) untuk satu sesi iftar. Sebelum waktu berbuka, kami berkumpul dulu untuk buat agihan goodies yang didalamnya ada pamphlet Madrasah Ramadan, kuih dan air untuk persediaan berbuka. Lepas dah siap agihan, semua berkumpul semula.
Majlis santai dimulakan dengan ucapan daripada En Raja Badreen, seorang arkitek berjaya, based di Pahang, juga merupakan lembaga pengarah yayasan dan RBDS. Beliau perkenalkan sedikit tentang yayasan. Lepas tu admin dijemput untuk buat sharing ringkas tentang Ramadan.يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Maksud taqwa tu bukan sekadar takut. Taqwa ialah bila kita buat apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang Allah larang sebab kita sedar Allah sentiasa nampak kita. Macam analogi mudah, kalau kita tahu CCTV tengah rakam, automatik kita jaga tingkah laku. Tapi taqwa lebih tinggi daripada tu sebab walaupun tak ada manusia nampak, kita tetap jaga diri sebab yakin Allah sentiasa melihat.
Min juga pesan bulan Ramadan ni ibarat musim menuai pahala. Kalau petani tahu musim tu musim buah, dia takkan duduk diam. Dia akan kerja lebih kuat sebab tahu hasilnya nanti berlipat kali ganda. Begitu juga Ramadan. Allah dah janji pahala digandakan. Jadi rugi kalau kita lalui macam bulan biasa. Banyak amalan simple kita boleh buat seperti solat sunat, sedekah, bagi makan orang berbuka, bantu kawan yang susah, atau sekadar tanya khabar orang yang kita tahu sedang struggle.
Kemudian min tanya mereka pernah dengar tak siapa yang Allah kata mendustakan agama. Kebanyakan jawab orang yang hina Allah atau hina agama. Sebenarnya dalam Surah Al-Ma'un Allah sebut pendusta agama ialah orang yang abaikan anak yatim dan tak beri makan orang miskin. Hakikatnya agama bukan sekadar pada lisan atau penampilan, tapi pada cara kita melayan manusia terutama yang lemah.
Kadang kita rasa nak bantu orang kena tunggu kaya dulu. Sebenarnya tak. Ustaz pernah pesan kalau tak mampu bagi duit atau makanan, bagi air kosong pun dah dikira sedekah. Nilai bukan pada besar kecil pemberian tapi pada ikhlasnya hati. Macam lilin kecil dalam bilik gelap, walaupun kecil tetap memberi cahaya.
Min juga selitkan sedikit tentang gerak kerja yayasan kami yang banyak jalankan program berteraskan pendidikan dan kebajikan. Hakikatnya sangat ramai yang perlukan bantuan dan sokongan, dari kelas bimbingan, program komuniti, sampai aktiviti turun lapangan bantu golongan memerlukan. Cuma kadang-kadang kekangan kami bukan pada dana sahaja, tapi pada tenaga kerja. Program ada, perancangan ada, tapi tangan yang membantu masih belum cukup.
Jadi min ajak mereka sekiranya nanti ada masa lapang jemput sangat sangat join kami sebagai volunteer. Sumbangan tenaga, idea dan masa tu sangat diperlukan.Lepas sharing, kami santai santai, baca doa bersama yang dipimpin imam masjid, kemudian berbuka sama sama. Terima kasih team RBDS atas peluang dan ruang. Semoga setiap usaha kecil kita Allah pandang besar dan jadikan ia asbab kita lebih dekat denganNya. Semoga perkongsian sedikit ni ada manfaat untuk semua yang membaca.
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments