" RAYAU MALAM" Inisiatif Positif Masjid Tepian Putra Kuantan
Program kira-kira 2 jam ini dimulakan selepas isyak, dengan membawa 50 Pek makanan dan minuman utk diagihkan kepada para gelandangan .Turut diedarkan buku Risalah Poket keagamaan yang telah disediakan oleh pihak Yayasan Kebajikan At Tibyan sebagai satu usaha untuk mengajak mendekatkan mereka kearah agama.
Walaupun pada mulanya sebahagian mereka menjauhkan diri apabila pasukan kami berlegar di Lorong Pasar ini, namun ada juga antara mereka yang menerima sapaan bingkisan yang diedarkan dan sudah mengenali Masjid Tepian Putra melalui program Gerobok Rezeki.
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengenalpasti situasi dan aktiviti malam yang menjadi unsur negatif didalam tanggapan sesetengah pihak. Adalah menjadi tanggungjawab sebuah institusi masjid untuk tampil menyelesaikan masalah ini dan menyampaikan mesej dakwah kepada mereka. Satu perkara yang memberi impak positive kepada program ini adalah, kesudian sesetengah gelandangan ini untuk ditemubual , mengadu masalah dan bersedia untuk menyertai program anjuran masjid, khusus untuk komuniti gelandangan Lorong Pasar Baru ini.
Semoga Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada mereka ini, atas apa yang kita usahakan. Insyaallah pihak masjid dengan kerjasama YKAT akan terus istiqamah melaksanakan program yang sebegini untuk masa-masa akan datang!