YKAT Blog
//-->
2 minutes reading time
(367 words)
Menyantuni Gelandangan
" RAYAU MALAM" Inisiatif Positif Masjid Tepian Putra Kuantan
Untuk kali yang ketiga, *Masjid Tepian Putra Kuantan* bersama-sama *Yayasan Kebajikan At-Tibyan* mengadakan program menyantuni gelandangan dipusat Bandar Kuantan. Pada minggu ini, kawasan Jalan & Lorong Pasar Besar Kuantan menjadi sasaran lokasi program. Pihak Jawatankuasa Masjid Tepian Putra, diketuai Oleh Dato' Hamdan bin Husin, selaku Pengerusi Masjid sudi turun Padang melapangkan masa untuk mengagihkan pek makanan kepada para gelandangan di kawasan tersebut. Tujuan Utama program ini dijalankan adalah untuk menyampaikan sedikit bantuan dan mesej dakwah bagi melunasi peranan Institusi Masjid demi mengajak hati- hati mereka ini kearah kebaikan.
Program kira-kira 2 jam ini dimulakan selepas isyak, dengan membawa 50 Pek makanan dan minuman utk diagihkan kepada para gelandangan .Turut diedarkan buku Risalah Poket keagamaan yang telah disediakan oleh pihak Yayasan Kebajikan At Tibyan sebagai satu usaha untuk mengajak mendekatkan mereka kearah agama.
Walaupun pada mulanya sebahagian mereka menjauhkan diri apabila pasukan kami berlegar di Lorong Pasar ini, namun ada juga antara mereka yang menerima sapaan bingkisan yang diedarkan dan sudah mengenali Masjid Tepian Putra melalui program Gerobok Rezeki.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengenalpasti situasi dan aktiviti malam yang menjadi unsur negatif didalam tanggapan sesetengah pihak. Adalah menjadi tanggungjawab sebuah institusi masjid untuk tampil menyelesaikan masalah ini dan menyampaikan mesej dakwah kepada mereka. Satu perkara yang memberi impak positive kepada program ini adalah, kesudian sesetengah gelandangan ini untuk ditemubual , mengadu masalah dan bersedia untuk menyertai program anjuran masjid, khusus untuk komuniti gelandangan Lorong Pasar Baru ini.
Semoga Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada mereka ini, atas apa yang kita usahakan. Insyaallah pihak masjid dengan kerjasama YKAT akan terus istiqamah melaksanakan program yang sebegini untuk masa-masa akan datang!
Stay Informed
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
//-->
Comments