YKAT Blog
"Aku tak gagal lagi kan"
Baru-baru ada muncul satu trend baru di tiktok yang update personal life masing-masing dan kebanyakan mereka yang hop to this trend yang berumur awal 20-an. Mereka berkongsi pencapaian, pengalaman dan impian yang mereka ingin gapai pada masa hadapan dan akhiri penulisan mereka dengan "Aku Masih belum Gagal, kan?"
Rasa sebegini akan timbul bila kita selalu sangat tengok kehidupan orang lain yang jauh lebih bahagia dan berjaya seperti yang dipamerkan di media sosial. Ada yang telah travel ke banyak negara, ada yang dah ada kerja tetap dan ada juga yang menikmati hidup seolah-olah tiada langsung masalah. Kita pula, masih di tempat yang sama. Pencapaian tak hebat, kerja biasa dan selalu ada masalah sehingga tanpa sedar kita aka terasa seperti ketinggalan, "FOMO".
Dalam dunia serba pantas dan media sosial yang sentiasa menonjolkan momen terbaik orang lain, perasaan FOMO menjadi semakin biasa. Kita mudah terpengaruh dengan kejayaan dan kebahagiaan yang dipaparkan tanpa mengetahui realiti di sebaliknya. Hakikatnya, setiap orang ada perjuangan masing-masing, cuma ia jarang dipertontonkan.
Kajian psikologi menunjukkan bahawa FOMO berkait rapat dengan keperluan asas manusia untuk merasa diterima dan relevan dalam komuniti. Apabila kita melihat orang lain 'mencapai' sesuatu, kita takut tertinggal. Padahal, hidup bukan perlumbaan untuk menyaingi sesiapa.
Sebenarnya kita juga telah berjaya. Kita selalu rasa kurang, rendah diri, lemah dan tak hebat bukan sebab kita gagal untuk mencapai sesuatu yang terbaik tapi sebenarnya kita telah gagal untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7:
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu ...
Jadi, mulai hari ini jom tanamkan azam supaya kita berhenti bandingkan diri dengan kehidupan orang lain dan mula fokus pada diri sendiri. Setiap orang ada perjalanan dan garis masa yang berbeza. Mungkin ada yang sudah berjaya dalam kerjaya di usia 25, tapi ada juga yang menemui kejayaan selepas 40 tahun. Apa yang penting ialah fokus membina kehidupan yang bermakna mengikut versi kita sendiri.
Hidup ini bukan tentang siapa yang paling "menyala" "bewarna-warni" di media sosial, tapi yang penting ialah bagaimana kita menghargai perjalanan kita sendiri. Jangan risau andai belum "sampai" ke destinasi yang orang lain sudah capai kerana setiap orang ada waktu yang tersendiri. Percayalah, apa yang terbaik untuk kita akan tiba tepat pada masanya.
Penulis ada terbaca quotes ini di media sosial, jadi penulis nak share disini agar manfaatnya terus meluas.
"Barangkali sesuatu itu ditunda kerana hendak disempurnakan, dibatalkan kerana hendah digantikan dengan yang utama dan ditolak kerana hendah diganti dengan yang lebih baik"
"Jika Allah mengabulkan doaku, maka aku akan berbahagia. Tapi jika Allah tidak mengabulkan doaku, maka aku akan lebih bahagia. Kerana yang pertama ialah perancanganku, manakala yang kedua pula ialah perancangan Tuhanku"
Renung-renungkanlah...
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments