Font size: +
4 minutes reading time (776 words)

Generasi ketagih gajet, kesan buruk & ini salah siapa?

Smart Parent : Generasi ketagih gajet, kesan buruk & ini salah siapa?

Pernah alami anak mengamuk bila kita ambil gajet dari mereka. Ini adalah satu petanda anak kita telah mengalami sindrom ketagihan daripada penggunaan gajet yang berlebihan. Ia bukanlah sesuatu yang normal. Screentime yang tidak terkawal menyebabkan gangguan emosi yang teruk dikalangan anak-anak. Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun lagi parah. Situasi ini amat membimbangkan kerana ia menjadi satu fenomena 'biasa'. Dimana sahaja kita pergi kita akan melihat orang akan memegang telefon sambil tangan skrol tidak henti-henti,ada yang terpaku melihat video. Masa bersama keluarga sedang keluar makan di restoran, namun masing-masing dengan gajet masing-masing dengan buat hal sendiri. Generasi kita nak jadi apa ni? Hal ini semakin parah nak menjadi-jadi, jika tidak diambil peduli daripada keluarga, pasti akan memberi perkembangan buruk kepada anak dan remaja.

Ketagihan ini lebih teruk dari rokok. Pelbagai kesan negatif akan timbul implikasi dari penggunaan yang tidak terkawal. Masalah kesihatan fizikal, emosi,sosial, dan gangguan pelajaran. Waktu yang sepatutnya digunakan untuk tidur digunakan untuk melayan video di dalam gelap, ini pasti mengundang bencana kesihatan jika berterusan dalam tempoh yang lama. Depresi, masalah mata, dan postur badan antara yang mungkin boleh berlaku.

"Connected but disconnected" 

Inilah yang sesuai kita gambarkan. Interaksi dalam dunia sebenar telah menjadi terhad. Pernah saya ke sebuah restoran, ada satu meja 12 kerusi telah dibooking untuk 'reunion'. Tidak lama kemudian, sampai sekumpulan anak muda memenuhi meja tersebut. Bercakap sekejap, kemudian masing-masing dengan telefon masing-masing. Reunion apa ini? Tak percaya, cubalah perhatikan di restoran dan kedai makan, masa makan pun masih lagi ada yang kencang bermain game, tengok umur dah dalam lingkungan 30-40 tahun. Rutin kita sebagai manusia normal yang memerlukan interaksi sosial kian terhakis. Kemahiran komunikasi dengan komuniti Kita semakin parah, hubungan dengan jiran terjejas kerana kesibukan dan payah untuk bertemu, hubungan rakan-rakan dan keluarga semakin renggang.

Kita telah tersilap fokus untuk memperlihatkan kehidupan 'baik' kita di medsos.Tetapi kita lupa yang lebih penting adalah hubungan sebenar kita dengan manusia sebenar disekeliling kita. Bila kita last menelefon sahabat kita untuk bertanya khabar?

Apa punca ni? Semua bermula di rumah. Ibu bapa telah awal menunjukkan contoh kepada anak-anak. Bila mereka penat balik kerja dan tidak dapat melayan karenah anak-anak, sebagai jalan pintas adalah dengan memberi telefon dan memberikan mereka menonton video. Datuk & nenek juga dah tak ingin mendengar anak-anak kecil menangis turut sama menghulurkan telefon kepada cucu-cucu mereka. Ini adalah penyelesaian paling mudah tanpa perlu berfikir panjang. Interaksi ibu ayah-anak yang sepatutnya terjadi dengan pelbagai cerita dan komunikasi, tidak berlaku. Inilah punca utama yang semakin lama menjadi barah. Tidak ada disiplin langsung dalammenggunakan telefon. 

Ingat tak dulu, kita hanya menggunakan telefon untuk menghantar sms dan menelefon. Guna bila perlu sahaja.Tapi kini, telefon di tangan setiap masa. Penggunaannya lebih dari itu iaitu 'bersosial' yang sebenarnya bukan bersosial pun. Seorang ada lebih dari 1 gajet.


Tidak dinafikan akan kepentingan peranti ini dalam hidup kita, kerana ada yang menjadikannya sebagai punca pendapatan. Jadi apa langkah kita sebagai ibubapa? Ya Disiplin. Ini satu tips, bila masuk rumah, kita tidak lagi boleh pegang telefon. Jika ada keperluan, biarlah ia berlaku di dalam bilik, iaitu di luar pandangan anak-anak. Gunakan masa sebaiknya untuk beriteraksi dengan anak-anak bila berada di rumah. Jangan berikan gajet terlalu awal kepada mereka. Seingat saya dulu, ayah hanya memberikan telefon setelah berumur 18 tahun, itupun setelah masuk ke kolej.

Dengan kandungan yang tidak terbatas dan unsur hiburan yang berlebihan, pasti ia memberi impak kepada anak muda. Mereka akan membandingkan kesempurnaan kehidupan mereka dengan mereka yang lain, kerana di medsos lebih banyak menonjolkan kemewahan dan keseronokan, walhal banyak darinya hanyalah dibuat-buat semata-mata untuk mendapatkan keuntungan dan duit. It's fabricated, tipu dan banyak kepura-puraan. Dengan mengadap perkara sebeginilah yang lama-kelamaan membuatkan mereka penuh dengan sikap malas berfikir dan bergerak aktif. Bila perasaan malas melanda, buat apa pun tak jadi. Itulah yang kata masuk angin keluar asap.

Masyarakat terutanya institusi keluarga perlu turut serta dalam mengatasi masalah ketagihan gajet ini. Berikan alternatif lain kepada diri dan keluarga kita. Masyarakat harus memberi sokongan dan mempromosikan gaya hidup seimbang yang melibatkan aktiviti fizikal dan sosial. Pengeluar gajet juga memainkan peranan dalam membangunkan perisian dan aplikasi yang boleh membatasi masa penggunaan gajet pada anak-anak dan juga orang tua.

Kesimpulannya, ketagihan gajet memberikan kesan buruk yang serius kepada perkembangan anak,remaja malah orang dewasa jika tidak digunakan secara bijak. Tanggungjawab dalam mengatasi masalah ini melibatkan ibu bapa, pendidik, dan masyarakat secara kolektif. Dengan kesedaran dan usaha bersama, kita dapat melindungi generasi hadapan daripada kesan negatif yang amat dasyat ini. 

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Adab Ziarah & Dakwah: Ujian Dalam Kesusahan
Menjadi Smart Parent di Zaman Serba Mencabar
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Friday, 18 October 2024