YKAT Blog

Font size: +
1 minute reading time (193 words)

LAWATAN KE PEJABAT PGW

Program Lanjutan dari Majlis Berbuka Puasa di De Rhu tempohari, kami dari pihak Yayasan Kebajikan At Tibyan membuat kunjungan hormat ke Pejabat Persona Grata Wanita (PGW) Komited Malaysia, cawangan Pahang di Jalan Abdul Rahman, Kuantan. Tidak membawa tangan kosong, sempena kunjungan ke pejabat ini kami menyumbangkan Duit Raya kepada 7 orang kakitangan DIC yang selama ini bertungkus lumus mengendali ahli-ahli dan anak-anak DIC serta menjalankan program rutin seharian. 

Sebelum pada ini, program berbuka puasa di De Rhu beach resort pihak YKAT telah menyumbang "DuitRaya" kepada 32 orang anak-anak keluarga DIC ini. Bersama-sama ini juga, pihak YKA turut membawakan sumbangan sekotak seorang susu berperisa kurma KELUARAN EKSLUSIF DARI NURRAYSA untuk diagihkan kepada 30 orang anak-anak dan kesemua kakitangan PGW.Semoga sumbangan tidak seberapa dari pihak YKAT Dan NURRAYSA dapat memeriahkan dan keraian aidilfitri kali ini. 

Ziarah Asnaf Felda Panching Timur
TAJAAN IFTAR ' DRUGS INTERVENTION COMMUNITY' (DIC)...
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Thursday, 18 April 2024