YKAT Blog
Mencari Cahaya dalam Kegelapan
"Boleh x kalau sya nk meluah kt sini. Saya sudah 5hari stop ubat secara tiba-tiba. Saya da putus harapan nak sembuh. Emosi saya tak stabil.. perkara yg kecil pn akan buat sy menangis terlalu sedih. tengok movie pn boleh menangis, buat kerja pn boleh menangis, baring pun boleh menangis. Entahlah saya tak tahu kenapa sy. Saya betul2 penat dengan semua ni.. Saya keliru, sy betul2 malas atau saya SAKIT. tapi kalau sakit orng tak layan saya mcm ni. Tapi kalau betul MALAS, kenapa ia belarutan.. saya rasa semua orang tak faham saya. Semua orang tak percaya pada sya. Sampai sy yakinkn diri saya, saya tak SAKIT. Saya NORMAL. Saya tak perlukan ubat. Tapi.. kenapa saya menangis, kenapa sy penat, kenapa sy tak mampu nk buat apa2, kenpa saya rasa hidup sy menyakitkan. kenapa saya rasa nk hilang dr dunia ni.. Kenapa? Kenapa? dan kenapa..Maaf..Terima kasih..."
by Insan Keliru
Jawapan Kami
Santunan untuk Hati yang Terluka: Memahami dan Mengamalkan Ajaran Al-Quran
Semoga saudara hadapi dengan sabar. Semua sakit manusia (mental & fizikal) sebenarnya datang berpunca dari hati (ceritalah apapun plot cerita jalan hidupnya). Nabi beritahu, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Hadis Riwayat Bukhari dari Nu'man bin Basyir).
Al-Quran diturunkan untuk rawat hati yang mati. Ayat 82 Surah Al-Isra'. "Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.Hati ada hidup ada hati yang mati.Hati yg hidup adalah hati yang sejahtera, dan aman. Hati yang mati atau sakit adalah sebaliknya. Jiwanya tak tenang, hingga akhirnya menyebabkan badan dan jasadnya turut menderita.Ternyata puncanya hati. Allah beritahu, ada satu benda yang diberi untuk merawat sakit dalam hati..Rawat yang berkesan bukan sekadar baca.Tp rawatan yang paling berkesan adalah apabila hamba itu memberi perhatian dan faham apa yang Allah cerita dalam Al-Quran. Pengajaran itu yang membuatkan hati jadi hidup..
Dalam menghadapi stress ini, akhirnya kita akan rasa sempit. Apa punca sempit? Kerana ia semacam ditekan dari luar,punca? Sebab didalam ada ruang kosong. Perhatikan apa Allah kata dalam Surah Taha 124. "Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku (lupa,lalai dari taat kepada Allah), maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.".
PENYELESAIAN HOLISTIK & PEMBUKA JALAN: ISTIGHFAR & Mohon Ampun. Kerana dosa ada penghalang utama kebaikan dari datang dalam hidup.
Apa yg sy cuba usaha & lakukan ni ,mudah2an agar saudara lebih tenang. Bagaimana? Memahami ayat dan maksud apa yg Allah bicara.Apakah ada perkara lain yg kita dengar selain dari Al-Quran & As-Sunnah yg boleh memberikan ketengan kpd jiwa? Tidak. Nasihat agama ramai yg anggap cliche,akhirnya ramai yg jauh dan berlepas dari bergantung penuh dengan Pencipta. Sy d sini bukanlah utk mempersoalkan tahap keyakinan sesiapa,tetapi ingin memberikan kekuatan.
Bukankah orang yg paling kuat diuji adalah Baginda Nabi SAW? Mula Berdakwah seorang diri dalam keadaan masyarakat yg amat jahil dan jahat.
Beliah dicaci dihina,dilabel org gila, ahli sihir dan bermacam-macam lagi.Jika sakit mental, baginda mungkin org yg akan paling terkesan dengan sakit mental. Bayangkan ianya berlaku sepanjang 23 tahun Nabi berdakwah. Apa kesakitan yang kita hadapi lebih besar dari apa yang baginda hadapi? Lalu, apakah yg memberikan kekuatan, penyembuh dan semangat kpd Nabi sehingga agama sampai kedalam jiwa kita hari ini? Tidak lain & tidak bukan,ia adalah Al-Quran. Inilah yg kita nak renung jauh dan dalam2.Kita baca,tp kita mungkin xfaham. Bila tak faham bagaimana mungkin utk kita amal setiap bicara Tuhan dengan kita.Walhal itulah santunan yg paling baik kerana ia dari Pencipta yg mengetahui segala apa yg berlaku dalam diri manusia.
Ar-rad:28, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia..Bagus meluahkan, sekurang tidak bersarang di jiwa.Semoga kalam Allah terus memberi penyuntik semangat kpd saudara! Maafkan sy atas kekurangan, cuma sekadar ingin berkongsi dan membantu saudara!
When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.
Comments