Font size: +
5 minutes reading time (1007 words)

Tak tahu tujuan hidup

"Untuk orang yang rasa tiada tujuan hidup. macam mana nak kerja macam orang normal? saya nak cari kerja, saya nak bina masa depan baru. Tapi bila fikir balik untuk apa? saya takde rasa nak apa2 kat dunia ni. Kalau ada orang yang sebelum ni rasa macam saya, macam mana nak dapatkan tujuan hidup. sebab saya rasa nak berubah. tapi serius susah sangat macam ada trauma berat dalam hati. btw saya sebelum ni di diagnosis BPD.Sekarang saya takde tujuan tu semua. dulu saya rajin beribadah, rajin buat qiam sebab nak dapat redha Allah, sekarang saya tak rasa semua tu. tapi saya takut masuk neraka." 

by Insan Buntu

JAWAPAN DARI AL-QURAN

Setiap dari kita ada ujian tersendiri. Ada yang diuji dengan kesenangan, dan ada pula yang diuji dengan kesusahan. Allah sebagai Pencipta yang Maha Mengetahui telah memberikan panduan bagaimana menghadapi kesulitan itu melalui Al-Quran. Membaca dan memahaminya insyaallah akan membuka jalan kearah hidup yang lebih jelas. Apakah ada kata-kata lain yang lebih baik dari Al-Quran yang dapat menentramkan hati kita?

.

1. TUJUAN HIDUP MANUSIA >> Surah Az-Zariyat 56

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Setiap yang diciptakan dimuka bumi ini ada tujuannya,barang,binatang,tumbuhan dan juga manusia. Cuma ramai kita yang mungkin terlupa atau terleka dari tujuan hidup asal, sehingga hidup kita mungkin tersasar kearah perkara dan daerah lain. Namun itulah merupakan lumrah hidup manusia, dalam hidupnya ada turun dan naik, kerana itu Nabi diutuskan sebagai penunjuk jalan untuk memberikan peringatan kepada umat manusia serta meluruskan kembali tujuan kita.

2. DOSA MENGGELISAHKAN JIWA

Dalam satu hadis Nabi "Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu." Keadaan serba tidak kena dengan sesuatu, adalah tanda diri diselubungi kesalahan, tetapi mungkin kita tidak sedar, atau menafikan, tetapi itulah yang Nabi beritahu. Setiap orang pasti pernah merasakan perkara ini. Tidak ada yang terlepas. Dalam satu hadis, "Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa, beristighfar dan bertaubat, nescaya digilap hatinya.Sebaliknya, apabila mengulangi dosa, akan ditambah padanya titik hitam sehingga memenuhi hatinya, maka itulah dipanggil al-raan (الرَّانُ) yang Allah nyatakan: {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

3. PUNCA JIWA RASA SEMPIT

Apabila kita mendapat tahu tentang punca sesuatu masalah, pasti insyaallah mudah untuk kita merawatnya. Apabila dilanda ujian dalam hidup, kebanyakkan kita akan merasa gundah, resah dan sempit. Apa puncanya? Dalam surah Taha 124, Allah menjelaskan punca dada rasa sempit kerana salah satunya adalah tidak taat dan berpaling dari apa yang Allah perintahkan. Ini bukanlah untuk merendah-rendahkan atau bersangka buruk kepada sesiapa, tetapi pemberitahuan serta peringatan dari Allah sendiri untuk kita berfikir dan muhasabah.  Kadang-kadang kita menafikan diri sendiri. Penafian tidak menyelesaikan melainkan kesanggupan menerima hakikat diri. Mari kita renung:

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"Dia (Allah) berfirman, "Demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu (pula) pada hari ini kamu diabaikan."

4.SOLAT KUNCI KEJAYAAN

Azan ada sebut, marilah menuju kejayaan. Kejayaan sebenar adalah bila 'dapat masuk syurga, dan terselamat dari neraka'.Taat perintah Allah adalah kunci berjaya & solat adalah kunci utama kejayaan. Tinggal & cuaikan solat maka hidup kita tidak akan terurus, jiwa terasa kosong, rasa tiada kekuatan dan mudah diganggu oleh anasir tidak baik. Solat yang betul,diawal waktu, jika dikerjakan dengan ikhlas pasti dapat menjaga kita dari perbuatan mungkar kerana disana ada disiplin yang sangat tinggi."Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar." Al-Ankabut 45

5. KUNCI KETENANGAN HATI

Bermohonlah ampun dengan Istighfar kepada Allah adalah langkah awal agar hati menjadi suci. Abu Hurairah melaporkan dalam satu hadis baginda SAW bersabda , " Apakah pandangan kamu jika ada sebatang sungai di hadapan salah seorang kamu , lalu dia mandi di sungai itu lima kali sehari , apakah masih melekat sebarang kotoran pada tubuhnya ?" Para sahabat menjawab , " Tidak ada lagi sebarang kekotoran ." Lalu baginda bersabda lagi , " Begitulah perumpamaan bagi solat lima waktu . Allah menghapuskan segala kesalahan hamba-Nya ." Zikir, ingat Allah juga penyebab hati boleh menjadi tenang. Selawat, tasbih,tahmid & tahlil, membaca & tadabbur Al-Quran adalah amalan yang dapat menyucikan hati.

6.ALLAH SAHAJA DAPAT SELESAIKAN. BERGANTUNG 100% PADANYA!

Apa yang kita hadapi hari ini adalah salah satu bentuk ujian. Sesiap yang bertakwa dan bergantung harap padanya pasti akan ada jalan keluar.Dalam Surah At-Talaq ayat 2, Allah berjanji akan memberi jalan keluar dari masalah hidup dari jalan yang tidak disangka-sangka. Selama seseorang istiqomah melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang Nya, Allah ta'ala pasti akan memberinya jalan keluar.Allah ta'ala akan memberikan kelapangan dan jalan keluar dari setiap kesulitan dan kesempitan. Dan sebaliknya, orang yang tidak bertakwa kepada Allah akan terjatuh ke dalam kesempitan, beban dan belenggu.

7.JALAN KELUAR UNTUK HIDUP YANG LEBIH BAIK & KEMBALI NORMAL

Setiap orang impikan hidup dalam keadaan tenang, aman dan baik seperti orang lain. Tetapi ia tidak datang begitu sahaja, ia harus diusahakan sebagaimana kita berusaha untuk mendapat kejayaan di dunia, kerja keras,rajin, disiplin,fokus dan akhirnya kita akan mendapat apa yang diimpikan. Begitu juga jika ingin mendapat jiwa yang tenang, ia perlu diusahakan dengan cara yang betul meskipun dari segi materialistik kita tidak sesenang orang lain. Amalan soleh adalah kunci besar kepada kehidupan yang lebih baik. Istiqamah buat perkara baik, seperti solat awal waktu berjemaah,sedekah, memberi nasihat, mendengar pesanan agama, berdakwah, kerja-kerja kebajikan dan sebagainya.Lihat apa Allah kata dalam surah An-Nahlu 97:

"Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."

Waalahualam Semoga kita semua mendapat kebaikan dan mendapat jalan keluar dari petunjuk Allah dari segala kesusahan hidup!

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Scripture and Science: A Profound Connection Revea...
Mencari Cahaya dalam Kegelapan
 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Friday, 22 November 2024