Image
Image
Image

A unique adventure that will take young participants on an amazing journey to explore the life values rooted in the wisdom of Luqman al-Hakim's advice.

KEM REMAJA TERBAIK (SIRI-6)

DI PAHANG TELAH KEMBALI!

Image

HANYA TINGGAL

Image
Image
Image

Kem Ibadah YKA telah dilaksanakan sejak 2016 oleh Yayasan Kebajikan At-Tibyan. Kem Remaja ini adalah dilaksanakan oleh anak muda, kepada anak muda. Ia adalah bertujuan menyuntik nilai-nilai agama dan akhlak dalam diri generasi muda dalam cara & suasana yang menyeronokkan.

Belia kita sentiasa dihujani dengan gambaran palsu tentang 'keseronokan'. Sama ada dalam TV, Netflix, TikTok, Media sosial, permainan dalam talian dan juga kumpulan rakan sebaya, konsep 'seronok' sering disebut sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam agama kita yang indah.

Generasi muda adalah generasi yang amat penting untuk dibentuk kerana mereka adalah pewaris masa depan agama dan negara. Pelbagai aktiviti menarik disusun sebagai bekal membantu mereka bersedia menghadapi pelbagai isu remaja & fitnah akhir zaman ini. Kem Remaja ini komited dalam menggalas tugas dan nilai ini selaras tunjuk ajar dari Al-Quran & Sunnah Baginda Muhammad.

Tema YKAYC 2024

"Wisdom of Luqman: Navigating Life with Faith and Virtue"

Sebuah pengembaraan unik yang akan membawa peserta muda  melalui perjalanan menakjubkan untuk mengeksplorasi nilai-nilai kehidupan yang berakar pada kebijaksanaan nasihat Luqman al-Hakim. Tahun ini, kami berfokus pada pembinaan karakter, keimanan, dan akhlak yang baik dalam diri anak-anak kita, berlandaskan prinsip-prinsip Islam yang digariskan oleh Luqman yang terakam dalam Al-Quran, seorang tokoh terhormat dalam tradisi Islam yang diakui atas nasihatnya yang penuh hikmah.

Image
Image

TENTANG YKA YOUTH CAMP

Image

YKA Youth Camp adalah seperti kem-kem biasa yang lain : Anda akan menghantar anak-anak anda untuk pengalaman menakjubkan yang tidak akan mereka lupakan. Cuma yang berbezanya adalah semuanya mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Kami akan menyediakan penceramah yang berpengalaman & faham jiwa anak muda. Mereka akan membimbing dan menanamkan kepada anak-anak anda nilai-nilai menjadi seorang muslim yang kuat dan soleh buat masa ini dan di akhirat. Setiap hari penuh dengan aktiviti yang membolehkan anak-anak anda menyerlahkan potensi penuh mereka secara fizikal dan setiap malam dipenuhi dengan ilmu. Anak-anak anda akan mendapat pengalaman holistik sepanjang program.

Perkhemahan ini akan diadakan di Agro Semuji Resort, Kuantan - sebuah campsite yang khusus menjalankan program outdoor. Dengan kemudahan lengkap serta persekitaran alam semulajadi dan ketenangannya, pasti lebih memberikan impak kepada anak-anak yang menyertai kem ini. Kapasiti untuk kem ini amat terhad hanya 100 maksimum sahaja supaya setiap belia berpeluang untuk diberi tumpuan. InsyaAllah anak anda akan berterima kasih atas pengalaman ini 10 tahun akan datang.

Image

LOKASI KEM IBADAH YKAYC 2024

100% PERCUMA +

100 PELAJAR

KEM IBADAH UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK MEMAHAMI TUGAS HAKIKI & TANGGUNGJAWAB MEREKA SEBAGAI INSAN DAN ANAK KEPADA IBUBAPA

+

MOTIVASI | BINA SEMANGAT | TEAM BUILDING

YKA YOUTH CAMP 2024 INI AKAN BERLANGSUNG DALAM MASA :

Image
Image

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENGHADIRI KEM INI!
JUMPA DI SANA LUQMANIAN!