Macam mana nak "pulang" dengan tenang?
Pernah tak terlintas dalam hati, macam mana agaknya nak pulang menhgadap Allah dengan rasa tenang tanpa sesal? Kita ni hidup tidak selamanya dan semua orang pasti akan melalui saat "kepulangan". Firman Allah dalam Surah Ali-Imran:185:
كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ
Maksudnya: Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati
Tapi, persoalannya, macam mana nak pastikan perjalanan pulang kita sesuatu yang tidak menakutkan?
Sebenarnya kita sentiasa diberi peluang selagi mana kita hidup ni untuk balik dengan cara yang lebih baik. Caranya bagaimana? Dengan memperbaiki diri, belajar dari kesilapan dan menjadi versi yang terbaik pada setiap hari. Dalam al-Quran Surah AL-Fajr ayat 27-30, Allah berfirman:
"Wahai orang yang jiwanya tenang, kembalilah engkau kepada Tuhan dengan berpuas hati kerana engkau termasuk dalam kumpulan hamba-hambaKu yang bahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu.
Jadi, apa langkah yang pertama?
Boss min pernah share, dalam hidup, bila sampai sesuatu tahap, kita kena berhenti sekejap dari kesibukan dunia dan ambil masa sekejap untuk reflect diri . Cuba tanya pada diri:
- Benda yang aku buat selama ni Allah suka tak?
- Aku dah gunakan masa yang diberikan kepada aku dengan sebaiknya ke tak?
- Aku dah cukup jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia ke belum?
- Ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi tak?
Kita kan, tak perlu tunggu sempurna untuk berubah. Nak berubah mudah, tapi nak istiqamah tu yang sukar. Kalau nak istiqamah, mula dengan step by step. Setiap langkah kecil yang kita ambil adalah bukti kesungguhan kita untuk pulang dengan hati yang tenang. Jangan terlalu gopoh dan juga jangan pula terlalu lengah untuk berubah, sebab kita tak tahu bila Allah akan panggil kita untuk pulang kepada Dia.
Baruni min ada share berkaitan penulisan ni dalam media sosial, ada yang komen kata setiap kali bertaubat, selalu tergelincir yang membuatkan dia tertanya, adakah Allah terima taubat dia? Soal terima atau tak, tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT. Tugas kita apa? Teruskan bertaubat even banyak dah dosa yang dibuat sebab Allah sangat suka akan hamba-Nya yang bertaubat dan berusaha memperbaiki diri.
Jadi, selagi mana diberi ada peluang, rebutlah peluang ni. Kita hidup taklama, tapi peluang untuk kita perbaiki diri sangatla banyak. Jadi, apa kata kita jadikan hari ini sebagai permulaan untuk kita perbaiki diri? Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri. Kemudian nanti tanya semula,
"Aku dah bersedia ke untuk pulang dengan tenang"
Pada akhirnya, hanya kita yang tahu jawapannya.