By maisarah on Monday, 05 January 2026
Category: Tazkirah

Kejayaan Sebenar

Masuk je tahun baru, ramai yang share macam-macam pencapaian.
Career naik, target tercapai, hidup nampak makin "on track". Tapi pernah tak kita tanya, apa sebenarnya maksud berjaya dari perspektif Islam? Allah jawab terus dalam Al-Quran, dalam Surah al-Mu'minun (23:1-11). Allah sebut:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman."

Dan ciri pertama yang Allah tekankan ialah orang yang khusyuk dalam solat.

Bila dengar khusyuk, kita selalu bayangkan "focus, tak fikir benda lain."
Betul, tapi itu baru sebahagian. Menariknya, biasanya dalam Quran lepas solat, Allah terus sebut tentang zakat. Tapi dalam Surah al-Mu'minun ni, Allah selitkan sesuatu sebelum zakat: ayat tentang menjauhi perkara lagha (sia-sia). Baru lepas tu Allah sebut zakat.
Ayat 3:
"Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia (lagha)."
Ini penting! Maknanya, khusyuk dalam solat bukan dinilai masa kita berdiri atas sejadah sahaja, tapi dilihat selepas kita bangun dari solat.
Kalau lepas solat mulut masih mengumpat, tangan masih buat benda tak berfaedah dan hati masih leka dengan perkara sia-sia dan iitu tanda khusyuk kita belum sampai.

Lagha ni apa?
Segala benda yang sia-sia, tak beri manfaat pada iman, akal atau akhlak, sama ada perbuatan atau percakapan.
Contoh paling dekat: lepas solat terus buka cerita orang, atau leka dengan benda yang melalaikan. Selagi kita selesa dengan lagha, selagi itu khusyuk masih jauh. Dan selagi itulah, kejayaan sebenar menurut Islam belum dicapai. Sebab solat bukan sekadar rutin ibadah, tapi latihan harian untuk membentuk cara hidup.

Orang yang benar-benar berjaya bukan sekadar orang yang solat, tapi orang yang solatnya mengubah hidup dia. Tahun baru ni, jom kita cuba kejar kejayaan yang lebih besar. Bukan hanya berjaya di dunia, tapi juga berjaya di sisi Allah dan akhirat. 

Leave Comments