Ada sebuah syarikat besar dan hebat,semua orang yang tahu akan kehebatan dan prestige syarikat ini pasti ingin bekerja disini.Katakanlah syarikat ni adalah Tesla atau Google atau Facebook. Bila kita bekerja disitu,kita pasti tertanya2, orang yang sepertimana selalu dapat pelbagai insentif & manfaat hebat daripada syarikat.Syarikat besar mestilah bonus pun kasar2. Kita sering lihat orang yang mendapat insentif hebat ni bukan orang-orang biasa, mereka dikalangan ceo,pengurus-pengurus cawangan,mereka yang setia pada syarikat dalam tempoh yang lama dari awal,tak kira susah senang syarikat, kemudian yang sangat dedikasi dan sentiasa mencapai KPI yang syarikat tetapkan. Syarikat pun ada bagi guideline,KPI yang dikehendaki. Malangnya kita tidak lihat dan faham guideline ni. Tapi kita belasah je lah kerja, asal kerja siap dan dapat submit. Tanpa sedar,bertahun2 kita bersungguh kerja, tapi dapat pun insentif yang dijanjikan tu. Kita mula bosan dan mempersoalkan majikan tak adil,mula cakap belakang,kenapa ada orang lain dapat sedangkan kita yang kerja keras siang dan malam tak dapat,gaji tak naik2,position pun still sama je. Majikan kita kata,kamu kerja keras,tapi kamu tak ikut kriteria SOP yang telah ditetapkan.Kamu ada baca guideline tak? Ada,tapi tak berapa faham, tak jelas. Kalau tahu tak jelas kenapa tak tanya dan belajar? Soal majikan kita. Guideline dalam english, saya tak faham. Makan masa nak belajar, lagipun teknikal lah, ambik masa nak belajar nanti banyak kerja tertangguh dan tak siap, jawab kita. Jadi bila kamu tak faham,bukan salah kami,ianya salah kamu sendiri. Cuba kamu tengok bos-bos,kamu kenal ke mereka-mereka yang dapat insentif dan bonus besar tu? Kamu ada tengok bagaimana cara mereka bekerja? Kalau kamu ikut cara mereka pasti kamu pun akan dapat sama. Kamu kenal mereka? "Tak",jawab kita perlahan tertunduk malu.
Dalam al-Fatihah, bukankah kita mohon kepada Allah untuk diberikan petunjuk ke jalan yang lurus. Ke kita tak perasan kita minta jalan lurus atau kita sendiri tak faham kita minta apa setiap kali solat? Jalan ini telahpun dilalui oleh orang-orang berjaya dalam hidup mereka.Allah beritahu,jalan ini adalah jalan yang Allah akan dan telah kurniakan nikmat-nikmat yang banyak kepada mereka. Nikmat ni bukan orang bagi,tapi Allah sendiri yang beri. Pemilik dunia dan seisinya, Maha Kaya. Soalan kita, siapa mereka ini yang special sangat sampai dapat 'insentif hebat' dari Allah? Macamana kita nak tahu diri kita ni termasuk tak dikalangan 'mereka' yang Allah kata ni? Yelah mestilah kita nak dapat nikmat yang sama kan.Siapa yang tak nak tu memang sangatlah tak cerdik atau memang dia sendiri yang memang taknak. Sebab apa? Sebab kalau kita tak berada dalam golongan yang diberi nikmat ni,maknanya kita mungkin berada dalam 2 golongan lagi,iaitu golongan yang Allah sangat murka dan sesat.2 golongan ni memang rugi dan takkan selamat.
Macam dalam Al-Fatihah kita minta " Tunjukkan kami jalan yang lurus", ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ , An-Nisa 68, Allah juga ada kata, " وَلَهَدَيْنَـٰهُمْ صِرَٰطًۭا مُّسْتَقِيمًۭا " Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus. Ha, yang lepas ni penting, dalam surah 4,An-nisa' ayat 69 Allah bagitau kita siapakah pula mereka yang berada di atas jalan lurus yang dikurniakan nikmat ni. Kat sini, kita boleh tahu kita ni termasuk tak dalam golongan ni. Inilah cara Al-Quran didik,bersihkan hati kita,kita tanya dan muhasabah diri sendiri,lepas tu baiki dan upgradelah. Melainkan kalau kita taknak,maka kita akan abaikan mesej ni dan teruskan hidup macam biasa.
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)."
Mereka yang taat kepada Allah dengan taat kepada Rasul itulah yang akan diberi 'nikmat' oleh Allah. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja sampailah ke hari kiamat. Mereka inilah yang dimaksudkan telah mendapat nikmat dalam Surah Fatihah itu: صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم". Maka, kalau kita hendak mendapat nikmat seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam surah Fatihah itu, kita kena ikut sunnah Nabi.
Allah cerita ada 4 golongan special yang dapat nikmat,
- Golongan pertama adalah dari kalangan nabi-nabi. Kita tak mungkin tergolong kat sini,ni kelas special.
- Golongan kedua adalah siddiqin iaitu orang-orang yang amat benar,menerima kebenaran walau macamana keadaan pun,apa sahaja dari Allah dan rasul,mereka taat pada bukan pada percakapan saja,tapi perbuatan,sanggup dan berkorban untuk agama tanpa alasan.Ni pun mungkin kita susah.
- Golongan ketiga - iaitu orang-orang yang syahid.Mereka yang sanggup korban jiwa raga untuk agama,iman mereka nampak di segenap kehidupan mereka. Ini kalau dikalangan tak ramai,atau sangat susah nak jumpa.Kalau orang-orang biasa macam kita,mungkin tak ada.
- Golongan keempat - yang terakhir ni, insyaallah kita ada chance nak masuk,kalau kita nak lah,iaitu menjadi orang-orang yang soleh.Iaitu seorang yang beramal mengikut apa yang diajar dan ada contoh dari Nabi.Amal soleh ni mestilah merujuk kepada amalan nabi kerana sudah pasti setiap amalan baginda adalah amal soleh. Yang nabi tak buat,bukanlah amalan soleh. Mereka tidak berani mengamalkan amalan bidaah. Ini mengajar kita yang golongan Solehin adalah tahap yang paling rendah untuk selamat dari neraka. Walaupun 'paling rendah' tapi tetaplah tinggi dan mulia di sisi Allah kerana mereka adalah manusia yang taat dan patuh. Maksudnya, untuk mendapat kedudukan dalam syurga, sekurang-kurangnya kena jadi golongan solehin. Inilah golongan yang 'cukup-cukup makan' sahaja untuk masuk syurga.
Kalau kita perasan dalam Al-Quran, bila sebut pasal orang beriman mesti ada digabungkan dengan beramal soleh.Maksudnya apa, ciri orang beriman ni tak cukup dengan sekadar mengaku beriman di mulut sahaja, tapi dia mestilah turut serta dengan beramal(bekerja). Kerja tu pula adalah kerja(ibadah/amalan) dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi(sunnah + amal soleh).
Kesimpulannya,ade 4 golongan manusia saja yang dapat masuk syurga,selain dari tu kita tahu kemana mereka akan pergi. Jadi sekarang kita mungkin dah tahu kita berada kat mana.Termasuk atau tak termasuk dalam golongan ke 4 tu.Mungkin ada skit,mungkim ada hari rajin ada hari malas,mungkin ada hari baik ada hari tak, yang penting terus usaha tinggkatkan diri jadi semakin soleh, bukan toleh. Inilah maksudnya Al-Quran jadi panduan. Sekarang tinggal pada kita pula, nak ikut ke tak. Jadi kenalah usaha untuk jadi orang soleh ni,tak boleh tunggu atau duduk saja. Nak masuk syurga tak cukup dengan harapan. "Harap-harap aku dapat masuk syurga" tapi solat malas, banyak mengumpat,cakap buruk,solat lambat,ngaji kurang,Quran tak belajar,mencuri menipu. Tak boleh macam tu.Mesti usaha doa, buat kebaikan banyak.Moga Allah jadikan hati kita senang dengan kebaikan.
Jika kat dunia,kalau kita nak ada rumah cantik,besar, kereta best,gaji besar 5 6 angka,nak melancong ke tempat-tempat menarik, kita akan berusaha dan bekerja betul-betul (amalan), sanggup OT.Bila dapat gaji barulah kita reward untuk dapat & beli apa yang kita inginkan.Bila dapat kita akan puas. Jika dalam kehidupan dunia pun kita sanggup berusaha bersungguh-sungguh,agak-agak untuk dapat syurga yang tak ternilai harganya tu,boleh duduk relax-relax ke? Tak boleh, mesti kena dengan amalan(bekerja) juga.Amalan pula mestilah yang ikut KPI Allah dan rasul dah tetapkan. Ya,memang amalan sahaja tak cukup untuk masuk syurga.Tapi kena ingat, dengan amalan dan kesungguhan tu, ia akan menjadi sebab untuk datangnya rahmah Allah. Dengan Rahmah Allah, kita dapat masuk syurga yang indah selama-lamanya.
Macam ni nak bagi faham. Pak Samad adalah seorang pakguard bekerja mengawal keselamatan seorang Tan Sri. Dia sangat bersungguh bekerja,kalau jaga malam dia memang berjaga betul.Alhamdulillah dapat gagalkan beberapa percubaan mencuri.Sentiasa segak, bersedia dengan arahan Tan Sri.Kadang-kadang jadi driver,memandu dengan berhemat memastikan Tan Sri sentiasa selamat.Ada masa terluang, dia siram dan trim-trim pokok kat laman Tan Sri, bagi makan kucing dan ikan dalam kolam. Semua jiran-jiran Tan Sri kenal Pak Samad dengan keramahannya dan suka bercerita,memberi nasihat kalau berjumpa. Setipa waktu walau sibuk tetap ada di surau. Gajinya takdalah besar sangat pun, memadai sebagai seorang pengawal & driver, tapi dia setia berkhidmat sehingga 30 tahun. Dia hari persaraannya, Tan Sri memberikannya hadiah sebuah rumah banglo berharga 1.5juta dan sebuah kereta mercedes sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan kesetiaan. "Eh Tan Sri,saya tak layak dapat ni,ni terlalu besar buat saya".Jika ditimbang dengan gaji,memang tak layak Pak Samad. Tapi saya beri bukan kerana gaji,tapi kerana penghargaan dan ucapan terima kasih tak terhingga diatas kesetiaan awak kepada saya. Bayangkan kalau Pak Samad kerja sambil lewa.Bila disuruh dia akan buat,bila tak disuruh, dia pun tak buat.Macam tukul dengan pahat. Bila buat pula tak lebih dan tak kurang.Bila banyak dia merengus dan membebel. Apakah Tan Sri rasa nak beri hadiah penghargaan pada hari persaraannya? Anda sudah tentu ada jawapannya!