Font size: +
2 minutes reading time (476 words)

YKA Youth Camp 2024 Berakhir dengan Jayanya

Kem YKA Youth Camp 2024 anjuran Yayasan Kebajikan At-Tibyan telah melabuhkan tirainya dengan penuh keberkatan dan kenangan manis. Program yang berlangsung dari 23 hingga 25 Ogos 2024 selama 3 hari 2 malam ini mengangkat tema "Wisdom of Luqman: Navigating Life with Faith & Virtue," mengajak bukan sahaja para peserta yang terlibat, tetapi turut fasilitator, dan ibubapa untuk bersama-sama merenung, mentadabbur, dan memahami nasihat hikmah Luqman al-Hakim dari al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.Pengajaran dari surah ini menjadi modul utama yang diketengahkan dalam kem kali ini untuk mengembalikan perhatian kita kepada kompas utama manusia yang telah Allah SWT sediakan agar tidak tersesat dan sentiasa berada di atas jalan yang benar.

Sepanjang kem, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memperkukuhkan pengajaran daripada modul yang disediakan. Hari pertama dimeriahkan dengan aktiviti ice-breaking, perlantikan kumpulan, penyerahan barang-barang amanah, nama serta bendera kumpulan serta slot khas berkaitan denga tauhid dan syirik serta perlunya sentiasa taat pada perintah Allah dalam setiap keadaan. Bukan itu sahaja, aktiviti fizikal turut disediakan antaranya termasuklah aktiviti jungle trekking pada hari kedua yang membawa peserta merentasi hutan sambil mentadabbur alam dan memahami tauhid serta ciptaan Allah, merentasi anak sungai sejauh lebih kurang 30 minit. Penat masih lagi belum habis,di sebelah petang, peserta diuji dengan aktiviti air yang mencabar iaitu water confident ketika hujan, di mana mereka bekerjasama bersama-sama ahli kumpula merakit untuk merentasi tasik bersama misi-misi penting.


Pada malam terakhir, satu sesi yang penuh emosi telah diadakan di mana pelajar menerima,membaca dan membalas surat wasiat dari ibu bapa mereka, yang kemudian diserahkan semula pada sesi penutupan. Sesi emosi ini melihatkan ramai dari kalangan peserta tidak kurang juga fasilitator menitiskan air mata. Sesi ini penting untuk mengingatkan pengorbanan ibu ayah mereka untuk melihat mereka menhadi insan yang terbaik satu hari nanti. Hari terakhir kem mempertemukan ibu bapa dengan slot istimewa yang membincangkan peranan mereka dalam membina usrah yang bahagia dan damai, sejajar dengan nasihat dari Surah Luqman. Penekanan diberikan bahawa tugas mendidik anak tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada orang lain, dan peranan ayah sangat penting dalam memberikan nasihat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada LKPP Corporation Sendirian Berhad atas tajaan kemudahan fasiliti yang sangat baik di Agro Semuji, serta LKPP Property Sdn Bhd dan Print Kaler atas tajaan t-shirt rasmi program yang berkualiti tinggi. Terima kasih juga kepada rakan-rakan tim fasilitator dari Akademi Fasilitator Muslim (AFM Training & Consultancy) yang sangat profesional dan sporting, serta kepada semua penyumbang yang telah menjayakan program YKAYC24 pada tahun ini.

Tahniah kepada semua Luqmanian Batch 1. Keep in touch, insyaalah akan ada berita gembira kepada anda selepas ini, doakan kami agar terus istiqamah merancang dan mengadakan program-program sebenSemoga pengalaman berharga ini menjadi ingatan dalam perjalanan hidup para peserta, dan ikatan ukhuwwah yang terjalin akan terus berkekalan, insyaAllah. 

Saksikan montage penutup program Wisdom of Luqman

×
Stay Informed

When you subscribe to the blog, we will send you an e-mail when there are new updates on the site so you wouldn't miss them.

Erti Jiwa Merdeka
Maintaining Faith and Prayer Through Trials

Related Posts

 

Comments

No comments made yet. Be the first to submit a comment
Already Registered? Login Here
Guest
Monday, 16 September 2024